PERHATIAN

Blog ini adalah adaptasi dari blog asal : ondscene.blogspot.com
Banner ini hasil ciptaan kerrel http://www.kerrelynn.blogspot.com

Categories

Isu/Analisis

Bayangan Maut Sepanjang 59KM

Hot:

Lebuhraya Utara Selatan
KM 400 – KM 459
(Tg Malim – Sg Buloh)

Kepada anda yang biasa melalui laluan ini, sila ambil perhatian, dan terutama kepada mereka yang akan bercuti panjang sempena Tahun baru Cina minggu depan, anda berkemungkinan akan melalui laluan ini.

Oleh itu, berhati-hatilah ketika memandu.

Kajian ini tidak ditaja oleh sesiapa atau mana-mana pihak. Ia adalah inisiatif penulis setelah penulis merasakan menjadi tanggungjawab sosial yang amat berat bagi menyedarkan pengguna jalanraya betapa perlunya berhati-hati ketika memandu serta mematuhi undang-undang.

Share/Save/Bookmark

Jenayah

Rampasan Minyak Pelincir, Minyak Gear,Minyak Brek – Semuanya Tiruan

Hot:

Bt 17
Jalan Rawang
Selangor
5 Feb 2010
Syabas kepada anggota polis dari IPD Gombak, kerana pada asalnya, serbuan dilakukan untuk kes lain, tetapi akhirnya menemui yang lebih besar.
Tangkapan dilakukan di dalam kilang ini bagi kes berkaitan dengan dadah, tetapi anggota polis merasa curiga barangan di dalam kilang lalu menghubungi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Gombak untuk kepastian.
Dan siasatan dilakukan bersama peguam dari sebuah syarikat minyak tersohor dan mengesahkan, semua barangan di dalam kilang di Batu 17 Jalan Rawang ini adalah barangan tiruan.
Ketika saya tiba di kawasan kilang ini, anggota penguatkuasa KPDNKK sedang melakukan siasatan dan pengiraan bfrangan yang dirampas.
Namun, ada satu halangan untuk saya membuat liputan apabila seorang lelaki (dari firma guaman) yang mewakili sebuah syarikat minyak, menghampiri saya.
Lelaki itu -”U siapa?”

Saya – “Kenapa? Ada apa masalah?”

Share/Save/Bookmark

Kemalangan

Rupanya Menantu Sendiri Yang Maut

Hot:

Share/Save/Bookmark

Ondscene

Allahyarham Datuk Mohd Hazam Abd Halim Yang Saya Kenali

Hot:

 
Kuala Lumpur
5 Feb 2010

Secara jujur, saya tidak mengetahui Allahyarham Datuk Mohd Hazam Abd Halim adalah seorang berpangkat Datuk sehingga saat kematiannya.

Share/Save/Bookmark

Ondscene

Jenazah Datuk Mohd Hazam Dibawa Ke Seremban

Hot:

Perhatian
Jenazah Allahyarham Datuk Mohd Hazam yang meninggal dunia setelah terbabit dalam kemalangan jalanraya tengahmalam tadi, dalam perjalanan ke rumahnya di Seremban dan dijangka tiba sedikit masa lagi, dari Hospital Kuala Kubu Bahru
Jenazah diiringi beberapa pegawai atasan dan anggota polis menuju ke kediamannya untuk dimandi dan dikafankan sebelum dikebumikan .
Alamat kediaman Allahyarham di:
No.1, Jalan TTJS 3/1C
Taman Tuanku Jaafar,
Seremban.
(saya akan menyambung entry kes kemalangan membabitkan Allahyarham sebentar lagi dan bebeberapa coretan kenangan sepanjang saya mengenali arwah – seorang pegawai polis yang begitu berdedikasi, serta cekap dalam menjalankan tugas dan sentiasa merendah diri.)
Semoga Allah m,encucuri rahmat ke atas rohnya.
Alfatihah.
Posted by ondscene at Friday, February 05, 2010 3 comments
Update me when site is updated

Share/Save/Bookmark

Kemalangan

Ketua Penolong Pengarah Siasatan 2 JSJ Komersial Bkt Aman,Maut Kemalangan

Hot:

 

KM 419-7
Lebuhraya Plus
Bukit Tagar
arah selatan
Hulu Selangor

5 Feb 2010

Share/Save/Bookmark

Scam/Spam

Awas Email dari ‘Gmail’

Hot:

 

PERHATIAN:
Kepada anda yang menerima email sebegini, sila abaikan atau ‘report as spam’ kerana ianya adalah email palsu yang sama-sekali tiada kaitan dengan Gmail.
Email spam ini semata-mata bertujuan untuk menceroboh akaun anda setelah anda memberikan maklumat katalauan (password) anda.
Satu cara paling mudah untuk kesan samada ianya adalah email tulen atau palsu, anda hanya perlu klik pada ’show details’, dan akan dipaparkan email ini dari siapa.

Untuk maklumat lebih lengkap dan terperinci, anda boleh klik pada tanda arrow di sebelah ‘reply; kemudian klik pada ’show original’

Lihat juga pada logo GMAIL pada email tersebut.Logo Gmail team yang sebenar ialah ini:

Posted by ondscene at Thursday, February 04, 2010 0 comments
Update me when site is updated

Share/Save/Bookmark

Operasi

Jangan Suka-suka Hati Nak Tambah…

Hot:

                                   

Share/Save/Bookmark

Jenayah

Wanita Disamun dan DIjerut Leher Hingga Mati

Hot:

                                               

Jalan Indah 13
Selayang Indah
Gombak, Selangor
3 Feb 2010
8 pagi
Siapapun akan terkejut, ketika pulang bekerja, setelah pintu rumah dibuka, menemui isteri yang sudah tidak bernyawa lagi.
Lebih menyayat hati apabila isteri ditemui dalam keadaan leher dijerut seutas tali.
Kejadian dipercayai berlaku awal pagi , ketika suami keluar bekerja.
Suami keluar bekerja di Pasar Borong Selayang kira-kira jam 12 tengahmalam dan meninggalkan isteri seorang diri, dan apabila pulang jam 8 pagi tadi, isterinya telah meninggal dunia.
Kejadian berlaku di rumah sewa pasangan ini di Jalan Indah 13, Selayang Indah, Gombak.
Pasangan ini telah tinggal di rumah sewa ini lebih 10 tahun lalu, di mana isterinya bekerja sebagai tukang cuci.
Ini merupakan suami kedua wanita terbabit yang pernah berkahwin sebelum ni, dan wanita ini mempunyai beberapa anak dari perkahwinan pertama yang tinggal di Indonesia.
Menurut jiran, anak-anaknya bekerjaya tinggi dan ada antaranya menjadi doktor.
Siasatan awal polis mendapati, penjenayah memasuki rumah ini dengan membuka cermin tingkap dan menyeluk tangan membuka tombol pintu dari arah dalam.
Penjenayah dipercayai lebih dari seorang.

Keadaan rumah yang berselerak menunjukkan penjenayah dipercayai melarikan barang kemas mangsa.

Share/Save/Bookmark

Candid

Siapakah Mereka Ini?

Hot:

Share/Save/Bookmark

Kebakaran

Kereta Honda EK Hangus

Hot:

 

Jalan 1/44 Taman Bukit Cheras

Cheras

31 Jan 2010
4.15 petang
Entry ini sepatutnya saya siarkan 31 Jan 2010 lalu, tetapi terlupa…
Entah di mana silapnya, sebuah kereta tiba-tiba terbakar yang bermula dari bahagian belakang (bonet).
Pemandunya yang tiba-tiba ternampak dan terhidu asap, akibat panik, menyebabkan kereta jenis Honda ini terbabas ke dalam longkang dan melanggar tembok.
Pemandunya sempat keluar menyelamatkan diri.
Kejadian berlaku kira-kira jam 4 petang di Jalan 1/44, Taman Bukit Cheras, Kuala Lumpur.
Ketika anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Cheras tiba di lokasi beberapa minit setelah menerima panggilan, mendapati kebakaran telah memusnahkan hampir keseluruhan kereta.
Bagaimanapun, bahagian enjin kereta tidak terbakar.

Kebakaran dipercayai berlaku akibat sistem pendawaian pada sistem audio kereta yang dipasang di bahagian bonet…

Share/Save/Bookmark

Kemalangan

Maut Digilis Lori Kontena

Hot:

 

Share/Save/Bookmark

Ondscene

Maaf Kelewatan Kemaskini

Hot:

Saya memohon maaf kepada anda pembaca ondscene atas kelewatan update beberapa kes yang dipaparkan terutama kes kilang tepung yang menjijikkan itu.

Kepada anda yang setia menanti, saya akan cuba update semuanya malam ini bagi memberikan gambaran lebih jelas dan telus.

Saya tidak berkesempatan untuk arrange dan watermark foto-foto kerana sejak semalam hingga saat ini saya  terlalu teramat sibuk.

Yang terkini, kes kemalangan maut lagi di MRR2 Ampang  – penunggang motosikal digilis lori kontena.

Ada yang memberi komen berbau lucah, ada yang berbau perkauman terlampau- saya nasihatkan, ini bukan tempatnya.

Share/Save/Bookmark

Kemalangan

2 Maut Kemalangan Motosikal

Hot:

 
KM6-2
Lebuhraya KL-Seremban
berhampiran susur Bukit Jalil
29 Jan 2010
8 pagi
2 maut apabila motosikal yang dinaiki hilang kawalan dipercayai setelah bergesel dengan kenderaan lain sebelum terbabas jam 8 pagi tadi.
Akibatnya, kedua-dua mangsa tercampak di atas jalan, di mana seorang darinya terpelanting ke dalam longkang di tengah-tengah pembahagi jalan.
Beberapa buah kenderaan sempat mengelak dari menggilis mangsa yang tercampak di atas jalan.
Manakala motosikal mereka terseret kira-kira 30 meter.
Kedua-duanya dalam perjalanan pulang ke rumah di Serdang Jaya, Seri Kembangan.
Mereka yang tinggal berjiran sebelumnya  menghadiri persiapan untuk menyambut Thaipusam di Batu Caves.
Mangsa dikenali sebagai P. Marthavan 21 tahun dan Uthaya Kumar Rishiya 25 tahun

Marthavan yang tercampak ke dalam longkang, pecah kepala dan serpihan otaknya bertaburan di atas jalan.

Share/Save/Bookmark

Kemalangan

Kepala Hancur Digilis Treler

Hot:

Jalan Lingkaran Tengah 2

Bandar Tasek Selatan
Dia dalam perjalanan ke tempat kerjanya dengan menunggang motosikal.
Bagaimanapun, malang memang tidak berbau, apabila motosikalnya dipercayai bergesel dengan sebuah kenderaan sebelum mangsa terjatuh.
Kemalangan berlaku kira-kira jam 9 pagi di Jalan Lingkaran Tengah Dua (MRR2) dari arah Ampang ke Bukit Jalil berhampiran Wisma Edutech Bandar Tasik Selatan.
Mangsa sebelum ini dipercayai terjatuh dari motosikalnya setelah terlanggar sebuah kereta di hadapnnya.
Sebuah treler yang mengekori dari belakang, gagal mengelak lalu menggilis kepala mangsa.
Sebuah kereta juga gagal mengelak.
Mangsa, Remmy Roslan, 23 tahun, dari Taman Sri Sentosa,Bentong Pahang ,maut ditempat kejadian akibat kecederaan teruk di kepala dan badan.
Difahamkan, pemandu treler dan kereta terbabit terus membuat laporan di balai polis berdekatan setelah kejadian berlaku.
Orang ramai yang menyaksikan kemalangan itu menjadi pilu  apabila melihat sebotol bekas air dan sebungkus roti bertaburan dijalan raya ,dipercayai untuk sarapan paginya yang tidak sempat dijamah.
Polis terpaksa menutup dua lorong di jalan ini berikutan cebisan daging mangsa yang bertaburan di atas jalan.
Sesiapa yang menyaksikan kejadian diminta tampil untuk membantu siasatan dibalai polis berhampiran atau menghubungi talian Rakancop -

03-21159999.

Share/Save/Bookmark