Hancur berkecai

mini 27072008(002) Hancur berkecai
Pagi ini, dalam perjalanan ke Damansara, saya terserempak dengan satu kemalangan yang membabitkan dua kenderaan – sebuah MYvi dan sebuah motosikal.
Ia berlaku kira-kira jam 7-30 pagi tadi, betul-betul di susur Mahameru -Damansara di bawah jejambat Parlimen.
mini 27072008(006) Hancur berkecai
Difahamkan,penunggang motosikal ini edera parah setelah motornya dirempuh sebuah Myvi yang dipercayai dipandu laju.

Akibat rempuhan, Myvi kemudian terbabas melanggar beberapa batang pokok bunga yang terhumban ke dalam longkang. Pemandunya juga cedera.
mini 27072008 Hancur berkecai
Dalam kejadian ini, siapa salah kita tak tahu, tetapi yang pasti , selain cedera, kedua-dua kenderaan pula rosak teruk.

Motor tu dah kira total-lost, Myvi ni pula kira boleh baiki lagi.
Tapi yang pasti , memang benar slogan yang selalu diwar-warkan – KELAJUAN MEMBUNUH…

  • Share/Bookmark

Post Lain Yang Berkaitan

No Comments

(Required)
(Diperlukan, tidak akan dipamerkan)
CommentLuv Enabled