PERHATIAN

Blog ini adalah adaptasi dari blog asal : ondscene.blogspot.com
Banner ini hasil ciptaan kerrel http://www.kerrelynn.blogspot.com

Categories

Salam On-d-scene

Hot:

Salam on-d-scene

Setelah sekian lama difikirkan, akhirnya saya mengambil keputusan menceburi dunia blog ini dengan beberapa tujuan yang saya rasa, mampu kita berkongsi sama-sama pengalaman, pengamatan dan peristiwa yang berlaku dalam kehidupan seharian kita.

Blog ini merupakan paparan kejadian sebenar yang berlaku dan sempat dirakam oleh lensa kamera, dan bersesuaian dengan nama blog ini – on the scene (di tempat kejadian)

Mungkin ada yang lebih berminat pada isu semasa seperti politik, hiburan dan sosio budaya, tetapi saya rasakan, tak salah jika saya mengajak anda semua berkongsi perkara-perkara yang berlaku di depan mata kita sendiri dan boleh menjadi pengajaran atau keinsafan kepada kita.

Tanpa ada apa-apa kepentingan, blog saya ini selain dari cuba untuk menyampaikan maklumat setepat dan secepat yang boleh, ia juga memberi ruang kepada kita untuk berfikir, walau sejenak, perkara-perkara yang berlaku di sekeliling kita.

Terlalu banyak rakaman perisiwa berlaku yang sempat saya rakamkan sejak lebih 10 tahun lalu dan kini hanya tersimpan sebagai foto-foto arkib peribadi (beribu-ribu foto) yang sebenarnya boleh kita kongsi bersama dan mengambil iktibar dari apa yang berlaku.

Kepada yang ingin sama-sama berkongsi, sila email ke email saya foto dan lampiran keterangan foto dan akan saya posting di sini.

Secara ringkasnya, blog ini antara lain akan memaparkan:

1. Kemalangan jalanraya, laut, udara
2. Tragedi seperti tanah runtuh, bangunan runtuh
3. Operasi menyelamat (seperti lemas, sesat di hutan)
4. Jenayah seperti bunuh, rompak, ragut
5. Foto-foto candid
6. Kesusahan, keperitan, tragedi malang menimpa seseorang, keluarga atau kelompok masyarakat.
7. Senarai ini akan bertambah, dan bertambah, dan bertambah…..

Tanpa mengambil kira latar belakang politik, ugama dan bangsa, blog ini adalah untuk anda layari.

Bagi mereka yang kebetulan kisahnya dipaparkan di sini, saya alu-alukan anda email kepada saya supaya saya mendapat gambaran lebih tepat akan sesuatu kejadian dan saya akan membuat sebarang pembetulan atau follow up.

Salam perkenalan dan ’see you at the scene…!!!

5 comments:

Shah Crime Bernama said…
gempak, untuk pengetahuan pembaca, sam ni yang shoot gambar pontianak dalam botol (ada keluar berita TV3) dulu. Sebelum tu ada shoot gambar UFO kat Kg Baru (Aku saksi), tapi aku ceroita kat org semua tak percaya.Oklah sam, keep the good work, dari Shah Crime Bernama

Anonymous said…
Syahbassss mr sam! Suatu idea baru, blog berdasarkan peristiwa sebenar dan Up2Date. Info yang ada jangan harap anda dapat dari mana-mana akhbar bahasa melayu. Kalau ada pun di akhbar bahasa cina, tu pun kalau faham le.Anyway, tahniah dan teruskan usaha anda sam. Syaiful (vtc)

Anonymous said…
cayalah bro…..
(lovelytiger)
Azo said…
Ni boleh jadi sumber rujukan berita di tempat kejadian.
on the scene said…
tq bro azo.
Pengalaman yang boleh kita kongsi bersama, mengikut bidang masing2.
Ur link, azowebsphere, saya dah masukkan dlm my blog. Byk pengetahuan yg perlu diketahui umum dan saya jadikan rujukan.anyway, thxs, keep in touch

Update me when site is updated


related post

Share/Save/Bookmark

Leave a Reply

 

 

 

You can use these HTML tags

<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>