Displaying posts published in

October 2009

Pesawat Ringan Terhempas-Juruterbang Maut

Share Lembah Beringin.Hulu Selangor29 Okt 2009 (Saya baru sahaja keluar dari lokasi dalam hutan kira-kira 3 kilometer dari jalan utama Lembah Beringin di mana pesawat malang itu terhempas.) Seorang juruterbang pelatih Kelab Penerbangan Diraja Selangor , Mohd Ihsan Sayed Abu Tahir , 22 tahun terbunuh setelah pesawat ringannya terhempas ketika cuba melakukan pendaratan cemas petang [...]

Terkini- Pesawat Ringan Terhempas-Nasib Juruterbang Belum Diketahui

ShareTerkini Lembah BeringinHulu Selangor29 Okt 20097-30 petang Sebuah pesawat ringan jenis Eagle dipercayai terhempas di dalam satu kawasan hutan di Lembah Beringin, Hulu Selangor sebentar tadi. Kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 6-20 petang sebentar tadi. Sehingga ini nasib juruterbang masih belum diketahui, dipercayai memandu secara solo. Gerakan mencari dan menyelamat dilancarkan serta-merta sebaik menerima laporan. [...]

Update 4 Maut-Mahasiswa UPSI Maut di Putrajaya

ShareKM 1.5 Persiaran Selatan,Jln Kajang-Dengkil-SepangSelangor26 Okt 20091-30 ptg. Fakta : 4 sekeluarga maut:Nor Adila Mohd Zawawi – 26 tahunNor Lenny Marlina Mohd ZawawiWan Anisah Wan Ibrahim 56 tahunSiti Nur Balkis Mohd Ariff- 3 bulan 4 sekeluarga termasuk seorang bayi berusia 3 bulan, maut apabila kereta Perodua Kancil yang dinaiki bertembung dengan sebuah kereta yang terbabas [...]

Terkini- 4 Maut Kemalangan 2 Kereta

ShareSepang/Putrajaya26 Okt 2009 Maaf- entry ini tiada foto. 4 orang maut sebentar tadi dalam satu kemalangan membabitkan dua kereta berhampiran Persiaran Selatan, Putrajaya. Butiran lanjut akan disiarkan sebentar lagi.

2 Pemancing Maut-Pokok Tumbang Timpa Pondok

Share Sg Pusu,GombakSelangor24 Okt 2009 Saya tiba di lokasi ini setelah hampir sejam berjalan mendaki dan menuruni bukit, ketika kerja-kerja memotong pokok yang menghempap mangsa, baru sahaja selesai. Hajat mereka untuk meneruskan aktiviti memancing sehingga keesokannya. Namun, malang sesuangguhnya memang tidak berbau. Lima sahabat dan mempunyai pertalian keluarga ini, keluar mendaki sebuah bukti berhampiran kampung [...]