Kenangan Hadiah Paling Bermakna
“Kita bukan orang kaya, ibadat jangan lupa, jangan tinggalkan. Jika membantu orang, jangan harapkan balasan,. Buat dengan ikhlas. Mak selalu doakan kau. Mak selalu risau dengan kau, sebab kerja kau ni kadang-kadang membahayakan diri.”
Itu antara pesanan yang selalu arwah ibu sampaikan.
Jam ini mengingatkan saya, betapa masa terus berjalan dan tak akan berputar kembali.
Dalam tempoh 11 Nov 2008 hinggalah 11 Nov 2009 hari ini, genap setahun, ia merupakan tempoh yang amat sukar untuk dilalui.
Sebelum ini , tepat 12-01 tengahmalam,11 Nov, akan dapat ucapan dari seseorang melalui sms, disusuli dengan kad-kad yang masih tersimpan elok sehingga sekarang.
Tetapi kali ini, segalanya telah berakhir, namun yang paling setia ialah ucapan-ucapan dari syarikat-syarikat telco, bank, dan macam-macam yang semuanya ‘auto-generated’!!!
Tahun ini banyak situasi yang tidak memihak kepada saya. Beberapa kegagalan dan ketidaksempurnaan dialami dan merupakan antara tempoh yang paling buruk dan sukar dalam hidup ini.
Tetapi, siapa yang mengenali saya, saya bukan seorang yang mudah menyerah kalah, atau seorang yang cepat berputus asa.
Diharap mana-mana kegagalan itu akan dapat dipulihkan dalam tempoh terdekat yang memerlukan pengorbanan dan usaha yang lebih bersungguh-sungguh.
Kesihatan saya juga agak tidak mengizinkan sekarang sejak kebelakangan ini yang mungkin antaranya disebabkan beberapa peristiwa yang berlaku.
Kepada pembaca setia blog ini, bagaimana benar dan telusnya gambaran peristiwa yang dipaparkan di sini, begitulah benarnya kehidupan kita ini – kita harus menerima kenyataan.
Detik dan waktu tidak mungkin boleh diputar kembali, kehidupan mesti diteruskan, dan kepada mereka yang kehilangan orang yang disayangi, ahli keluarga, sanak saudara, rakan taulan yang dipaparkan di dalam blog ini, harap anda semua tabah menghadapinya.
Dan kini, hadiah paling bermakna sekali ialah- apabila segala usaha kita selama ini, mencapai kejayaan walaupun mungkin terpaksa lalui jalan sukar…
Tiada yang mustahil dalam kehidupan ini, kecuali kematian…





selamat hari lahir
semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki
selamat hari lahir buat abang ondscene yang di hormati serta di kasihi..memoga panjang umur dan memoga murah rezeki (makin murah rezeki makin berisi perut itu kehkehkeh)…
saya dan sekeluarga harap abang banyakkan beribadat agar bila bertugas nanti di jauhkan malapetaka…
selamat hari lahir..wish u all the best in ur future undertakings ya..
salam
cantik besday abang nih. moga happy sentiasa, bahagia dunia akhirat.
along,
selamat hari jadi. moga panjang umur, murah rezeki, beroleh kesihatan yg baik dan bertambah lagi amal ibadat. teringat hari ni hari jadi along, so terus buka blog along. nampak catatan hari jadi ni.
wish you all the best.
suza, kuala terengganu
slamat hari lahir.
May god bless you always..
semoga hidup jd lebih bermakna dan lebih bermanfaat…
amin…
hehe happy bday .. agak sedih gak la baca posting tu
hepi besday
happy birthday bro
selamat hari lahir bro..semoga panjang umur, dan murah rezeki. semoga berbahagia selalu..
happy birthday bro
semoga pertambahan usia seiring dengan sejuta kebaikan yang lain. semoga sentiasa dilindungi Allah s.w.t dalam apa jua keadaan..
teruskan cerita2 dan laporan2.. sbb anak saya yg berusia 3 tahun pun dah addicted dgn blog bro.. asal nampak saya on laptop jer, terus mintak 'nak tengok eksiden'..
selamat hari lahir
semoga panjang umur
murahrezeki
dimudahkan perjalanan dalam hidup
jgn sedey2..papepun selamat harijadi..moga pjg umur..jaga kesihatan selalu….
semua org ada memori lama…apepun camne ngan keadaan ayah abg skrg selepas kematian ibu abg?
our birthday is same 11nov..myb tahun yg lain..hehehehe…:-)