PERHATIAN

Blog ini adalah adaptasi dari blog asal : ondscene.blogspot.com
Banner ini hasil ciptaan kerrel http://www.kerrelynn.blogspot.com

Categories

Tembakan Cinta- Teman Wanita Jadi Tebusan

Hot:

Ampang Waterfront 3
Ampang, Selangor
13 Nov 2009
12-30 tgh
Cemburu dipercayai punca kejadian ini berlaku.
Dan akhirnya, berlaku kejadian yang membawa padah yang amat malang kepada seorang lelaki .
Semuanya bermula kira-kira jam 12-30 tengahari apabila seorang lelaki berusia 23 tahun datang ke salon yang terletak di Ampang Waterfront 3, Ampang.
Tujuannya untuk menemui teman wanitanya , pemilik salon terbabit, berusia 35 tahun.
Lelaki ini memandu sebuah Nissan Fairlady, yang dipinjam dari wanita itu.
Manakala Faiflady ini pula sebelumnya dipinjamkan oleh rakan wanita terbabit kepadanya kerana keretanya difahamkan terbabit kemalangan.
Sebaik memasuki salon yang terletak di tingkat atas, berlaku pertengkaran antara kedua-duanya.
Ini menyebabkan dua pekerja wanita di dalam salon turun ke bawah kerana tidak mahu campur urusan mereka berdua.
Bagaimanapun, beberapa minit kemudian, orangramai terdengar tiga das tembakan dilepaskan dari salon terbabit.
Polis segera dihubungi.
Maka, bermulalah episod yang boleh diibaratkan seperti dalam filem Hollywood.
Polis yang tiba, mengepung tempat kejadian.
Difahamkan, wanita terbabit kemudian dijadikan tebusan oleh teman lelakinya sendiri.
Usaha untuk menyelamatkan keadaan menjadi sukar kerana salon itu hanya mempunyai satu sahaja laluan ke tingkat atas.
Rundingan perlu dilakukan segera bagi membebaskan wanita terbabit dan tindakan perlu pantas kerana lelaki terbabit bersenjatapi.
Polis kemudian menghubungi telefon bimbit wanita terbabit.
Rundingan dilakukan Pegawai Risik Operasi Balai Polis Ampang, ASP Kamal Khan Mohd Sharif.
ASP Kamal berjaya bercakap dengan lelaki terbabit, dan mengarahkan dia menyerah diri, jika tidak mahu tindakan lebih keras dilakukan.
Masa 5 minit diberikan kepadanya.
Setelah 5 minit, ASP Kamal menghubunginya kembali dan memberi tawaran terakhir kepadanya.
Akhirnya, lelaki itu turun dan mengangkat kedua-dua tangannya ke kepala menandakan berakhirnya episod ini tanpa sebarang pertumpahan darah.
Polis yang melakukan siasatan di dalam salon, tidak menemui pistol digunakan lelaki terbabit yang difahamkan pernah menjadi pengawal peribadi kepada seorang VIP.
Pemeriksaan menyeluruh, akhirnya menemui pistol disorokkan di dalam sebuah cerek elektrik bersama beberapa butir peluru.
Kesan tembakan turut ditemui di dalam salon itu dipercayai sebagai tembakan amaran.
Kejadian turut menarik perhatian orangramai yang berkumpul di kawasan ini.
Akhirnya, saspek, wanita terbabit dan beberapa saksi termasuk pekerja salon dibawa ke IPD Ampang untuk soal-siasat.
Apakah sebenarnya yang menyebabkan sehingga berlaku kejadian ini, akan kita ketahui setelah siasatan lengkap dilakukan dan kes dibicarakan di mahkamah.
Posted by ondscene at Friday, November 13, 2009 3 comments
Update me when site is updated


related post

Share/Save/Bookmark

Leave a Reply

 

 

 

You can use these HTML tags

<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>