2 Parah- Van dan Kereta Bertembung
KM 4
Jalan Batang Kali-Genting Highland
23 Nov 2009
3-15 petang
Dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur dari kes kemalangan bas sekolah di kilometer 18, perjalanan agak perlahanan kerana hujan.
Sebaik menghampiri ke simpang Jalan batang Kali-Hulu Yam, beberapa buah kenderaan di hadapan memberi isyarat lampu kepada pemandu.
Saya menjangka tentu ada kemalangan di hadapan.
Memang benar, sebaik melalui selekoh di KM 4, dua buah kenderaan, di kanan sebuah Gen-2 terbabas di tepi jalan, remuk bahagian hadapan.
Manakala di sebelah kiri, sebuah van terbabas ke dalam longkang.
Kelihatan beberapa orang sedang cuba mengeluarkan seorang mangsa dari Gen-2 terbabit.
Saya dan rakan, Shukur yang mengekori di belakang saya segera berhenti untuk memberi bantuan.
Setelah mangsa, seorang lelaki, Tan Hing Tong, 51 tahun diberikan rawatan, dia segera dihantar oleh orang awam ke Hospital Kuala Kubu Bahru.
Tan cedera parah di muka dan kepala.
Pada mulanya, disangkakan hanya seorang mangsa yang terlibat.
Bagaimanapun, ketika menghampiri van yang dalam kedudukan senget terbabas ke dalam longkang, rupanya terdapat seorang lagi mangsa.
Pemandu van yang sebenarnya dalam kebingungan akibat kemalangan itu, berkata, bahawa dia akan uruskan mangsa itu, seorang pekerja wanita yang turut bersamanya.
Mereka merupakan pekerja sebuah syarikat sanitary di Petaling Jaya dalam perjalanan menghantar barangan ke sebuah hotel di Genting Highland.
“Kenapa la abang tak bagitau awal-awal, ada seorang lagi mangsa..Kena hantar ke hospital kerana mungkin mengalami internal-injury.”
Sebenarnya, wanita ini, Salmah Othman, 52 tahun dari Taman Bukit Ankasa, Pantai Dalam Kuala Lumpur, cedera agak teruk kerana kesan dari pertembungan dua kenderaan, cermin van retak akibat mangsa tercampak ke arahnya.
Salmah sebenarnya, sepanjang di’abai’kan, sedang kesakitan dan tidak dapat keluar kerana pintu van yang rosak.
Setelah pintu van diumpil, barulah Salmah dapat dikeluarkan dan segera dihantar ke Hospital Kuala Kubu Bahru oleh Syukor dengan keretanya.
Kemalangan dipercayai berlaku apabila van terbabit terbabas ke laluan sebelah ketika melalui selekoh sebelum bertembung dengan Proton Gen-2 yang datang dari arah Genting Highland.











Bro
betul tak aku cakap?
kebanyakan pemandu sekarang tidak fiir hal hal keselamatan langsung
memandu laju tidak kira di mana, hujan atau pun panas, siang atau malam
Memang sah, silibus sekolah memandu harus di gubal semula
pemandu kat msia mmg suka tunjuk lagak…berani mati!!!
kesian kat makcik tu sebab diabaikan. buatnya tetiba van tu terbakar, tak ke percuma je terbakar hidup².
ketika saya hendak beredar dari lokasi ini, saya tergerak hati utk melihat keadaan van itu. memang terkejut melihat makcik tu dlm kesakitan di dalam van. ada juga dlm setengah jam makcik tu keseorangan dlm van tu.
daripada kita susah hati keadaan kereta kita yg dahpun remuk atau mangsa lain, kita kena utamakan mereka yg bersama kita dahulu.