Pusat Urut Di Rumah- Tukang Urut ‘Pecah Gudang’
By admin on December 7th, 2009
Batu Caves
Selangor
4 Dis 2009
Entry ini sepatutnya disiarkan 4 Dis lalu, tetapi tak sempat.
Kali ini operasi yang saya rasa, langsung tidak menyelerakan…!!! Ha..ha…!!!
Maklumat diperolehi ialah , serbuan ke atas rumah kediaman yang dijadikan sebagai pusat urut.
Sebenarnya, bukan mudah untuk mengesan rumah sebegini kerana mustahil untuk mengetuk setiap rumah dan membuat pemeriksaan di dalamnya.
Silap-silap ada yang kena belasah dan disaman di mahkamah.
Penyelesesainnya, maka kenalah disiasat, risik dan melakukan penyamaran.
Apabila sudah sah dan sahih bahawa target adalah seperti yang dijangka, maka barulah serbuan dibuat.
Dan untuk operasi ini, anggota penguatkuasa Majlis Perbandaran Selayang sendiri yang menyamar sebagai pelanggan – missionnya – diurut dan disahkan itu adalah rumah yang jadi pusat urut, maka barulah diserbu…
2 buah rumah berjaya dikesan, yang terletak di tingkat atas deretan rumah kedai.
Rumah pertama memang sudah disahkan dan tanpa perlu ada anggota yang menyamar jadi pelanggan, maka ia diserbu.
“Ya Allah…begini jadinya…”
Itulah kata-kata pertama yang keluar dari mulut seorang wanita warga Indonesia, si tukang urut ini sebaik pintu dibuka dan anggota penguatkuasa menyerbu masuk.
Ada seorang pelanggan di dalamnya…
Beberapa kali wanita ini mengucap dan mengeluh kerana tidak sangka rumah jadi tempat urut ini sebenarnya tiada siapa yang perasan ia adalah pusat urut kecuali pelanggan tetap, tetapi berjaya dihidu pihak berkuasa.
Lain pula jadinya pada rumah kedua.
Lebih setengah jam penghuninya enggan membuka pintu walaupun diketuk beberapa kali.
Di dalamnya, seorang anggota penguatkuasa yang menyamar jadi pelanggan, telah memberi maklumat akan rumah yang patut diserbu melalui sms.
Masalahnya, apabila dua wanita di dalamnya, enggan membuka pintu, dan tentu sekali ‘pelanggan’ itu tidak akan mengaku sebagai anggota penguatkuasa.
Akhirnya, setelah grill pintu sedang diumpil penguatkuasa, maka barulah seorang wanita membuka pintu.
“Pelanggan diminta keluar. Ini serbuan…”
Dengan muka yang selamba dan agak ‘ketakutan’, anggota yang menyamar itu, keluar seolah-olah tidak mengenali rakannya sendiri yang membuat serbuan.
Dan hasilnya, dari kedua-dua serbuan, beberapa buah tilam dirampas, minyak urut dan kipas…. (tak de aircond sini) dan semuanya wanita warga Indonesia.
Buku catatan yang dirampas, menunjukkan pusat-pusat urut ini mampu meraih pendapatan sehingga RM500 sehari.
Masalahnya, masih ada juga pelanggan yang datang ke sini walaupun tukang urut di sini hampir semua muka dan badan macam GENG PECAH GUDANG…
Post Lain Yang Berkaitan
Categorized under:
Operasi.
Tagged with: no tags.
11 Comments
kat area mane ni bro? mcm area dekat2 pasar borong kl je..
maybe pelanggan mak indon tak pon bangla kot.. umah urut dah mcm umah mat bangla.. huhuhu tilam nipis pon jd.. mcm2 lah drg ni..
pasni mps wat pe ngan tilam n minyak angin yg dirampas?
ish..ish…teruknya..
nafsu punya pasal..tak kira langsung muka pecah gudang ke ape…
tapi kan…macam best pulak keje serbu-menyerbu ni kan..?(walaupun bahaya)
Mak datukkkk….cantiknyer baju tukang urut!!!!!
Boyan ni dah buat dosa pun boleh plak mulut kumat kamit mengucap.. masa nyawa ada lg bolehla main2kan kalimah Allah… dah nazak nnt nk sebut huruf lam pun x lepas kot.. mmg boyan di malaysia ni harus dihapuskan.. nyah dr sini…
pecah gudang pun ade nafsu…ade ati jugak nak beromen beb….abis muke cantik je ke yg ade nafsu…
sreshaziela- area sunway bt caves. pelanggannya org mm'sia…
putubambu- itulah masalahnya… sebenarnya , byk operasi lebih x-rated, tapi tak larat nak gi, sebab kdng2 berjam2 lamanya nak habis, takpun kadng2 ops gagal sebab maybe maklumat bocor…
hayati- baju cantik?..takpelah…haha…
memang dlm operasi mcmni, tukang2 urutnya adalah dari negara seberang nun…
anon- yg muka pecah gudang tu biasanya takde nafsupun, tapi yg jadik pelanggan tu…
saye pernah join same buat menyamar ngintip camni.. (ni kes ops dalaman punye.. paham2 jele.. heehee) masetu 3 org temasuk saye.. 2 gi urut, saye stanby luar.. chief tukang urut pempuan melayu.. org kita sendiri.. sorang lg mmg indon.. mule2 mmg dorg takut gak. sbb ramai plak, slalu dia bg masuk sorang dua je.. muke dorg mmg muke pecah gudang lah.. tah camne membe2 bole nk urut gak.. last2 membe tak pueh hati.. urut mahal, buat skejap.. x lawa plak tu.. besok terus gi serbu.. kowtim balik.. ehem.
Avatar:nape nak urut lame2…kalau betul nak urut tak yah masuk lam bilik,kat luar bilik kan boleh..tak adelah buat bende2 yg bukan2…sy pun pernah kene urut gak…URUT NGAN BIDAN!!!
nape nak urut lame2? ntah.. tanye bro ondscene.. bro boleh tolong huraikan.. hehe
avatar:pandai ko ye….masaalah ko suruh org len tlg settlekan…tak leh jwb sendiri ke?…hehehe
bagus la blog ko ni keep it up