Awas Maklumat Palsu Produk Tidak Halal – Satu Penganiayaan

Saya banyak menerima pertanyaan mengenai satu email yang saya rasa dah tersebar ke jutaan kotak email .

Malah email ini telah beredar sejak tahun lalu hinggalah ke saat ini.

Ianya mengenai : “SENARAI NON-HALAL FOODS”.

Tidak perlu saya siarkan apakah email itu kerana ia mudah didapati di pelbagai ruangan forum ,kotak email anda dan juga di dalam blog-blog, malah mungkin anda juga sebenarnya yang menyumbang kepada menyebarkan maklumat palsu ini.

Yang menjadi mangsa di sini ialah:

Dr Safurah Hj Jaafar ;

Principal Assistant Director;
Ministry of Health , Malaysia ;
Tel: 03-2540088.

Inipun saya rasa tidak perlu saya ulas, cuma kepada anda yang berakal, dan pengecaman paling mudah ialah nombor telefon yang dipaparkan- 7 digit… dan juga jawatan beliau.

Difahamkan, penama telah membuat laporan polis mengenai email palsu ini.

“RISALAH INI DIEDARKAN OLEH DR. RASHEED MOS,UNIVERSITI MALAYA KL, PERSATUAN PENGGUNA MALAYSIA , MAJLIS AGAMA IS LAM MALAYSIA & JABATAN KASTAM MALAYSIA. KAJIAN TELAH DIBUAT OLEH MAHASISWA UTM, UUM, USM, UM, UKM, & CAP. “

Untuk makluman anda juga, tiada siapa yang bernama sebagai Dr Rasheed Mos di Universiti Malaya.

Kepada anda yang hendak menyangkal entry ini, saya harap anda baca betul-betul, kerana ramai yang mudah melenting jika membaca perkara sebegini.

Kepada sesiapa yang telah memulakan rangkaian email ini, anda kena fikirkan apakah implikasinya, kerana ia melibatkan pelbagai pihak yang memungkinkan menjadi fitnah yang amat besar.

Sila abaikan email itu dan hentikan perbuatan bodoh yang tidak membawa faedah malah boleh menjadikan anda sebagai penyebar fitnah.

Salam.

  • Share/Bookmark

Post Lain Yang Berkaitan

7 Comments

  • Pada 2010.02.09 21:56, hayatiharun menulis:

    Alhamdulillah..setakat ini sy masih lagi belum menerima ape2 maklumat mengenai e-mail palsu ni…tpi terimakasih krana abg bg info ni..kalau tak sy mmg tak tau pun….TQ

    • Pada 2010.02.09 23:58, From The News menulis:

      terima kasih atas info ini. saya selama ini pun mengabaikan email2 macam ini kerana tiada bukti sahih.

      anyway, this is a good reminder to all.

      • Pada 2010.02.10 00:10, minahleter menulis:

        setahu saya Dr. Safurah Hj. Jaafar tu Pengarah Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga di Kementerian Kesihatan Malaysia.memang laa sangat menipunya.

        • Pada 2010.02.10 01:10, ondscene menulis:

          hayatiharun-kita boleh baca dan terima email sebegini, tetapi jika infonya tidak lengkap atau meragukan, kena dapatkan pengesahan. bagi saya, jika sekadar mendapat email hanya mengandungi tulisan tanpa bukti sokongan seperti foto, ia mungkin boleh diselidik lagi.

          from teh news- sebab itu, untuk menulis news, kita tidak boleh hanya sekadar 'hear say' kerana ia masih boleh dipertikaikan.

          minahleter- betul tu cik minah.kesian kat puan director tu.

          • Pada 2010.02.10 01:16, BRO_MONDAY menulis:

            tensss bro, 4 dis info…
            ai don laik email berantai² ni…
            kalo dapat pun, ai bace dan terus dilit…
            lagipun mailbox x bape nak besar die punye kapasiti…('',)

            • Pada 2010.02.10 03:12, mohamadkholid menulis:

              saya selalu abaikan kerana jika kita fwdkan, macam memfitnah juga. pernah terkena kpd syarikat pengeluar makanan bumiputra

              • Pada 2010.02.10 04:31, Anonymous menulis:

                benda dah tersebar sejak bulan april 2009

                (Required)
                (Diperlukan, tidak akan dipamerkan)
                CommentLuv Enabled