Blog ini merupakan paparan kejadian sebenar.
Mungkin ada yang lebih berminat pada isu semasa seperti sosio-politik, hiburan dan budaya, tetapi saya juga mengajak anda berkongsi perkara yang berlaku di depan mata kita sendiri.
Tanpa ada apa-apa kepentingan, selain cuba untuk menyampaikan maklumat setepat dan secepat yang boleh, juga memberi ruang untuk kita berfikir, walau sejenak, perkara-perkara yang berlaku di sekeliling kita.
Banyak rakaman peristiwa yang sempat saya rakam sejak lebih 15 tahun lalu dan kini tersimpan sebagai foto arkib peribadi (ribuan foto) yang sebenarnya boleh dikongsi bersama.
Ringkasnya, blog ini antara lain memaparkan:
1. Kemalangan jalanraya, laut, udara
2. Tragedi seperti tanah runtuh, bangunan runtuh
3. Operasi menyelamat (seperti lemas, sesat di hutan)
4. Jenayah seperti bunuh, rompak, ragut
5. Foto-foto candid
6. Kesusahan, keperitan, tragedi malang menimpa seseorang, keluarga atau kelompok masyarakat.
7. Senarai ini akan bertambah, dan bertambah…..
Tanpa mengambil kira latar belakang ugama, politik, budaya dan bangsa, blog ini adalah untuk anda layari.
Bagi yang kebetulan kisahnya dipaparkan di sini, dialu-alukan email kepada saya supaya saya mendapat gambaran lebih tepat akan membuat sebarang pembetulan atau follow up.
Reality in Real Life…!!!




saya bagi pihak keluarga ingin mengucapkan berbanyak terima kasih yang tidak terhingga kepada penulis blog dan juga yg telah merakamkan gambar. kejadian pada tanggal 19hb April 2012 baru-baru ini yg bertempat di MRR2 dgn tajuk Kemalangan Maut-Warga Emas . . . diharap pihka yg telah terlibat dapat menghubungi kami atau saya sendiri d alamat d.h.hazlan@gmail.com kerana kami ingin sekali berjumpa pihak tuan/puan bagi kami mengucapkan sekalung terima kasih secara peribadi. tq
Asslamualaikum.
Ajal dan maut adalah ketentuan Allah s.w.t. Di sini saya ingin berkongsi sedikit amalan yang mana insyaAllah dengan berkat amalan ini, Allah s.w.t akan melindungi kita daripada malapetaka dan perkara buruk.(1.)Sebelum keluar dari rumah untuk bermusafir, menyumbang sedikit wang di tabung masjid/surau kerana amalan sedekah akan menolak bala. Dalam hadis diriwayatkan sabdaan Rasulullah SAW. yang bermaksud :
“Sungguh sedekah itu akan memadamkan kemarahan Tuhan dan menghindarkan dari kematian yang buruk (su’ul khatimah).” (Hadis Riwayat al-Turmuzi)
Maksud kematian yang buruk (su’ul khatimah) ada kematian mengejut disebabkan kemalangan jalan raya, mati terbakar, mati lemas atau mati dibunuh. Di khuatiri semasa mengalami kematian tersebut tidak sempat mengucap kalimah “Laailahaillallah” dan tidak sempat bertaubat.
Salam,
Betul, sedekah dapat mengelakkan bala dan musibah.
Satu lagi amalan yang saya amalkan, adalah dengan membaca doa pendinding & penggerak. Hendaklah dibaca 7x sebelum memulakan satu2 perjalanan. Banyak bahaya yang boleh dielak dengan izin Allah SWT. Saya juga pernah mengalami beberapa peristiwa yang membuatkan saya terasa, “betapa ajaibnya amalan/suruhan Rasulullah SAW kita ini”.
Maksud doa ini:
“Dengan nama Allah, yang tidak memberikan mudarat sesuatu di bumi juga di langit dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui”
Ini link dari darussyifa mengenai doa/zikir ini:
http://www.darussyifa.org/modules.php?name=Content&pa=showpage&pid=34
Salam hormat. Terima lasih kepada penuis blog ini. Banyak yang dapat saya belajar dari kemalangan yang berlaku dan saya rasa kita perlu mengambil iktibar dari orang lain. Amat berguna untuk saya sebagai seorang jurulatih keselamatan jalan raya.