Terowong KLCC
Kuala Lumpur
17 Februari, 2013
9 pagi
Bayangkan, anda memandu memasuki terowong, sebaik tiba di kawasan berselekoh, anda telah terperangkap.
Kereta anda terus meredah air bertakung tanpa sebarang amaran atau petanda dan natijahnya, kereta anda terus terhenti.

Kejadian ini berlaku pagi tadi, di laluan terowong KLCC berhampiran Jalan Tun Razak.
Tiada sebarang hujan lebat atau limpahan air dari mana-mana sungai berhampiran, namun ianya terjadi juga.

Adakah kerana tiadanya sistem penyelenggaraan yang sistematik menyebabkan saluran tersumbat atau berlaku kerosakan pada mana-mana komponen pengepaman di sini?
Mujur berlaku pada hari cuti – bayangkan jika berlaku esok, sudah tentu banyak kenderaan tiba-tiba menjadi ‘mangsa’…














X byk kereta yg kena….tapi…yg kena mercedez,toyota…aduhhhh…byk modal tu….
mungkin nie yang sering dikatakan
“1st class infrastructure, 3rd class maintenance mentality”
Saya setuju dengan komen dmake.
Memang saya nampak dalam kebanyakan kes, kita gah dalam membina/membuat sesuatu yang baru tetapi boleh dianggap gagal dalam hal berkaitan penyelenggaraan. Akibatnya, segala yang dibuat akhirnya musnah dan kita akan keluarkan lagi duit untuk membina sesuatu yang baru pula lagi
Modal ape nyer… kasi buat KLCC yg bayar… ape ade hal…
dalam situasi ini CCTV berfungsi, tetapi tiada tindakan dari DBKL untuk mengambil langkah bertanggungjawab untuk menghindar pengguna jalanraya dari bahaya. Mujur tiada kejadian yang tidak diingini berlaku .. namum, pihak DBKL perlu mengambil iktibar dari kejadian ini supaya tindakan susulan di ambil dengan serta merta di masa akan datang…bagi menghindar kejadian yang lebih serious. Dua perkara perlu di siasat: a) kenapa CCTV tidak di pantau? b) kenapa system ‘drainage’ di terowong ini tidak berfungsi?
I agree dgn An.
Mungkin Control Centre ingat dah pasang CCTV. Boleh buat pantau sendiri, so officer pun hilang taktau kemana…..hahahah