Ranting Yang Ditinggalkan – Kalau Terbakar Panggil Bomba…
Jalan 4/60C
Taman Segambut Muda
Kuala Lumpur
8 Jun 2011
Pembaca ondscene, William Lim , mengirimkan email mengenai masalah ini kepada saya pada 8 Jun lalu (3 hari lalu).
Hari ini baru saya ada kesempatan untuk posting di sini.
Saya tidak tahu apakah status situasi sekarang mengenai keadaan ini – dan jika masih belum diambil tindakan oleh pihak berkenaan, lakukanlah segera.
Dahan dan ranting pokok ini sebenarnya telah dipotong oleh pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur /kontraktor minggu lalu dan ditinggalkan berlonggok di tepi jalan di kawasan ini.
Ia bukan soal cantik atau mencacatkan pandangan di kawasan ini, tetapi lebih kepada isu keselamatan dan tanggungjawab pihak berkenaan.
Sepatutnya, sebaik dahan dan ranting ini dipotong, ia perlu segera dialihkan /dibuang pada hari yang sama atau selewat-;ewatnya keesokan harinya dan bukan ditinggalkan berhari-hari.
Jika kerja ini dilakukan pihak kontraktor, DBKL WAJIB memastikan ia tidak ditinggalkan separuh jalan atau ditangguhkan.
Atau jika pihak DBKL sendiri yang melakukannya, prosedur sama harus dilakukan, tanpa sebarang alasan seperti tiada lori untuk mengangkut, tiada peralatan untuk dimuat naik ke atas lori atau kekurangan kakitangan.
Cuaca panas, daun dan ranting telah menjadi kering, ia akan mengundang risiko kebakaran (tidak kira apa cara atau bagaimana kebakaran itu boleh berlaku), yang akan membawa padah lebih buruk
Blog ini dibaca oleh pelbagai lapisan masyarakat termasuk pihak berkuasa tempatan.
Jika ia masih belum dialihkan, lakukanlah segera, atau jika baru dialihkan semalam, ia masih tetap dikira sebagai tidak bertanggungjawab kerana mengapa terlalu l;ama masa untuk melakuklannya.
Post Lain Yang Berkaitan
4 Comments
You must be logged in to post a comment.



Salam.
Rakyat Malaysia hari ini… perlu lebih bertanggungjawab atas apa yang kita lakukan.
Ke mana hilang nilai ” common sense” atau peka? Aduih!
Bayangkan rumah kita dibuat seperti di atas, pasti mengamuk.
Jangan buat sesuatu yang kita tak mahu orang lain buat terhadap kita.
Kalau sedikit, rasanya tidaklah menjadi maslaha besar, tapi tengok gambar, macam banyak sangat.
Jangan dah terkena baru…… Anda sambung lah sendiri. Hehehe…
beringat sebelum kena….
Hasmizal recently posted..HTF BAKAL BERUBAH WAJAH – 2
ada jgak yg mcm ni…