Tanah Runtuh Lagi

KM 23.9
Jalan Gombak Lama-Bentong
Gombak, Selangor
4 Mei, 2011
10 pagi
lagi foto dan butiran menyusul

Bukan sahaja kediaman yang boleh terancam, malah laluan juga boleh terhalang akibat kejadian tanah runtuh.

Ketika di Selayang Baru dalam kes di bawah, saya dimaklumkan oleh anggota bomba, mereka baru sahaja selesai di lokasi kes tanah runtuh di Jalan Gombak Lama berhampiran Hospital JHEOA.

Lokasi ini sebelumnya pernah berlaku runtuhan, dan kanvas yang menutup kawasan runtuhan masih ada.

Kejadian ini berlaku kira-kira jam 6 pagi tadi- dan menutup laluan kedua-dua arah.

Hujan lebat yang berlaku tanpa henti sejak beberapa hari lalu dipercayai punca struktur tanah menjadi tidak stabil dan kesan dari kejadian lama.

Kerja-kerja pembersihan dilakukan oleh pihak JKR Gombak dan kontraktor.

Post Lain Yang Berkaitan

2 Comments

  • Pada 2011.05.04 18:53, Anyss menulis:

    Assalamualaikum,
    Dulu-dulu, jalan ni lah kena lalu kalau balik kampung. Sekarang dah ada lebuhraya

    • Pada 2011.05.04 18:54, Anyss menulis:

      Macam berjangkit pulak…sana sini mula runtuh
      Anyss recently posted..Cinta Ini

      You must be logged in to post a comment.