Panas-Putus Cinta Dengan Ibu, Penyanyi Berkahwin Dengan Anak…

Malaysia.

Kalaulah berita ini disiarkan blog hiburan, nescaya panas berapi lah agaknya blog mereka.

Yang pasti, kedua-dua pihak telah membuat laporan polis.

Ibu mendakwa, anaknya berkahwin tanpa restu, dan dilarikan penyanyi terbabit

Manakala anak pula  mendakwa,  dia berkahwin dengan kerelaan.

Faktanya, penyanyi terbabit sebelumnya pernah menjalin hubungan cinta dengan wanita terbabit tetapi akhirnya terputus di tengah jalan.

Dan kesudahannya, penyanyi itu berkahwin dengan anak wanita itu pula…

Akan didedahkan sebentar lagi kerana ianya telah menjadi panas di antara kedua-dua pihak…

Masing-masing mendedahkan fakta mereka…

=======================================================

Ok, sebenarnya, masing-masing mempunyai hujah tersendiri.

Sebelah pihak berkata, mereka bercinta, sebelah pihak lagi kata tidak.

Ibu mendakwa, sepanjang 4 tahun perkenalan, dia menyara kehidupan penyanyi lelaki terbabit. – kereta dan juga rumah.

Akhirnya, dakwa si ibu, penyanyi terbabit melarikan serta menyorok anak bongsunya selama 44 hari.

Akhirnya, anaknya bernikah dengan penyanyi itu.

Dan bagi si ibu yang juga seorang balu, dia bimbang kehidupan anaknya akan menjadi susah berikutan penyanyi itu dakwanya tidak mempunyai pekerjaan tetap malah kaki judi.

Sebaliknya, penyanyi lelaki pula mendakwa, dia tidak pernah berkasih dengan si ibu., tetapi si ibu pula yang ingin sangat mengenalinya kerana dia merupakan penyanyi pujaannya.

Dan bagi penyanyi lelaki itu, dia sebenarnya bercinta dengan anak wanita itu tanpa pengetahuan wanita itu.

Akhirnya, mereka berkahwin, walaupun si ibu tidak merestuinya…

Dan sebenarnya, apakah begini caranya menulis ruangan gosip…!!!???!!!

Ha..ha..ha..!!!

Post Lain Yang Berkaitan

19 Comments

  • Pada 2010.02.19 07:41, winter gurl menulis:

    sapa ??? hehehe

    • Pada 2010.02.19 07:44, AvaTar menulis:

      cinta itu buta..
      x dpt maknye.. kebas anak la plak..
      bg si mak jeles kot..

      • Pada 2010.02.19 08:42, awangsulungmerahmenyala menulis:

        haloo,
        saya suka dengan sebuah lagu yang pernah dipopularkan oleh seorang penyanyi tahun 80an.beliau agak femes juga suatu ketika dahulu,suara ala ala jamal.

        antara bait bait liriknya,

        telah aku temui
        dan aku mengenali sekeping hati
        kini cinta bersemi
        hatiku hatimu
        janji dipadu

        begitulah liriknya,vokalisnya bernama shidee dah lama tak dengar citer tentang shidee iya?mana dia?

        • Pada 2010.02.19 08:50, AenalRamly menulis:

          saya akan menanti kisah seterusnya dr abang ondscene.. =)shidie baru je kawen x silap saya la bang awang..ada masuk paper minggu lepas..

          • Pada 2010.02.19 08:58, MrsNor menulis:

            rasa-rasa boleh agak … Shidee 50 tahun berkahwin dengan Siti Fairunnisa 22 tahun.. masa kawin keluarga perempuan tak dtg dgn alasan "keluarga pengantin perempuan tidak menghadiri kerana ada urusan peribadi"….

            • Pada 2010.02.19 10:46, abanglong menulis:

              tak dapat mak; amik anak boleh diterima akal gak la. tapi kalau tak dapat anak, kawin dengan mak… haruuu rasanya. hehe

              • Pada 2010.02.19 13:00, Hazrey menulis:

                Tak sama bro, kau memang tak ada potensi jadik penulis hiburan sebab kau tak emotional. Patut kau kena masukkan elemen emo sikit, baru betul. Hahahahah..

                Maka, dengan itu, kau duduk jerlah buat apa yang kau pandai buat sekarang, lagi aman dunia. Hahahah..

                Tapi sungguh zoo negara kan cerita ni.

                • Pada 2010.02.19 13:01, Anonymous menulis:

                  mak mertua shidie tu yang perasan lebih.. shidie mmg syok kat anak dia.. hahaha

                  • Pada 2010.02.19 13:03, Anonymous menulis:

                    rumah, kereta mak mertua(pengadu) yg bayar.. shidie nk cinta sama si anak.. sape yang persan lebih? mak mertua shidie la.. haha

                    • Pada 2010.02.19 13:33, imz menulis:

                      baru lepas tgk buletin utama..kes shidee tu kan..penyanyi 80-an tu…pening2X

                      • Pada 2010.02.19 15:36, echah_syed menulis:

                        ishhh…shidee tu bukan ex-suami raja ema ke??

                        tapi dia dah tua sgt utk seorg yg berumur 22 tahun.risau takut dia yg kena tinggal 2,3 tahun akan datang…hiks :p

                        • Pada 2010.02.19 17:29, Anonymous menulis:

                          bro…x panas pon…x yah la tulis pasal hiburan lagi lepas nie…malas nak amik pot…

                          teruskan usaha…

                          • Pada 2010.02.19 22:28, kakcikseroja menulis:

                            Combi..

                            shidee tu belum pernah nikah.. ex-hubby raja ema tu sheqal…:)

                            • Pada 2010.02.20 00:49, ondscene menulis:

                              wintergurl – saper? haha, kelakar ..kelakar…!!!

                              avatar- kisah ni bersegi-segi. mana satu yg betul pun tak pasti, sebab dunia hiburan ni, kisahnya berbelit2…

                              awang-shidee ada kat bukit sentosa…

                              aenal-mmm,hari ni ada lagi dlm paper kot..

                              mrsnor- malangnya, setiap tekaan yg betul takde hadiah…..

                              abanglong- begitulah agak kot!

                              hazrey – betul bro, sungguh tak ber emo stori ni! nampaknya, aku ni kena bukak blog lain kot, pasal gosip ni. pasti blog tu hancus.
                              zoo negara ke? bukan taman botanical ke?

                              anon- mungkin juga

                              anon- cinta tak buta, tapi hati yg buta kot, tu jd macm tu

                              imz-jgn pening2. tu belum masuk melodi atau terjah lagi tu

                              echah- kalau tua berduit/ber RM, ok la kot..

                              anon- ha, bro anon, sebenarnya nanti saya jelaskan mengapa saya tulis cerita mcmni sesekali.

                              kakcikseroja- betul…

                              • Pada 2010.02.20 02:13, ramriram menulis:

                                dunia oh dunia

                                • Pada 2010.02.20 04:15, ain fathihah menulis:

                                  haha, pelik lah blogger on d scene tulis cerita gosip. xbest2.

                                  • Pada 2010.02.20 05:34, winter gurl menulis:

                                    Tua la juga shidee , isteri dia dah boleh jadi anak @ cuci dia , nak tiru ala barat ke , kawin isteri muda .

                                    pening pening and lawak , dulu kekasih skg kena panggil mak mertua …hrhrhr sakit hati mak mertua sidee

                                    • Pada 2010.02.20 05:46, TheCyberTrooper menulis:

                                      sayang semuanya.. sudah terlambat.. tak perlu.. kau merayu lagi.. hahaha.. abg sham dah nak jadi blog oh artis ker?? hehehehe – encikgalol

                                      • Pada 2010.02.20 11:53, Friend menulis:

                                        Tua berduit xpe gak, mcm yg dgn zizie zet tu.. (oopss..) :p

                                        ni idup org tanggung sbb rase kasih… last² anak kne kebas.. huuu.. haru..

                                        shidee ni pkai gune² kot..

                                        You must be logged in to post a comment.