18 Kenderaan Rosak teruk -Bumbung Pangsapuri Diterbangkan Ribut

Blok A
Pangsapuri Desa Sepakat
Taman Sri Manja
Jalan Klang Lama
Petaling Jaya
15 Ogos 2010
4 ptg

Kejadian berlaku kira-kira jam 3-35 petang.

Ribut yang berlaku tidak sampai5  minit ini merosakkan kira-kira 18 kenderaan di tempat letak kereta pangsapuri ini.

Turut mengalami kerosakan , kira-kira 10 buah rumah di tingkat 9 – bahagian bumbung dapur diterbangkan ribut.
Kejadian berlaku membabitkan Blok A, Pangsapuri Desa Sepakat, Taman Sri Manja, Petaling Jaya.
Menurut penduduk, kejadian berlaku begitu pantas.
Mereka sebelumnya terlihat seperti kabus berwarna putih berpusar arah kediaman mereka.
Ketika itu hujan lebat.
Ia kemudian terus menuju ke blok A dan dengan sekelip mata, terus meranap dan menerbangkan bahagian bumbung blok ini.
Akibatnya, serpihan kayu, atap asbestos dan bahan binaan diterbangkan angin dan jatuh ke arah tempat leatk kereta.
Mujur ketika kejadian, masih belum banyak kereta diletakkan di situ kerana ramai penghuni keluar.
Bagi kira-kira 10 buah rumah di tingkat paling atas, iaitu tingkat 9, bahagian bumbung dapur mereka turut diterbangkan angin.
Ia merupakan kejadian pertama berlaku di kawasan ini.
Menurut penduduk, kejadian seakan-akan kejadian ribut yang berlaku di Jasin , Melaka, dua hari lalu.
Dan bagi melihat kesan dari kejadian ini, penduduk membawa saya sehingga ke bahagian bumbung pangsapuri ini untuk melihat kesan darinya.
Kawasan ini mempunyai lima blok, tetapi hanya Blok A yang terlibat.
Ia mula diduduki sejak lima tahun lalu.
Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa atau kecederaan berlaku.
Adakah kualiti pembuatannya juga merupakan salah satu faktor mengapa kejadian ini berlaku sehingga sebegini akibatnya?

Post Lain Yang Berkaitan

6 Comments

  • Pada 2010.08.15 13:56, aReaL menulis:

    Nasib Baik Tiada Kemalangan Jiwa Berlaku… Di Puchong Pun Hujan Lebat Dan Angin Kencang Juga…

    (Video+Gambar) Tragedi Ribut Di Bazar Ramadan Stadium Jasin, Melaka

    • Pada 2010.08.15 22:19, Tany menulis:

      Oooo ini yg berlaku. Tgk gambar dlm utusan online tp tak tau apa terjadi.. alamak, ni yg takut ni nk balik apartment kt PJ musim ribut skrg ni. Mujur takde yg terkena.. tapi uih, habis kereta rosak.

      • Pada 2010.08.16 03:14, queriocity menulis:

        Ya ALLAH selamatkanlah hambaMU ini..

        semalam sy melalui highway NPE dalam jam hampir 4ptg..terasa motor sy ditolak-tolak ke tengah highway..angin terlalu kuat, hujan juga lebat.

        Alhamdulillah, ALLAH masih memelihara saya..

        sahabat2 sy, mohon jauhi maksiat dan tegurlah jika ada kawan2 nak melakukan maksiat di bulan ramadhan ini..sebabnya, jika ALLAH turun bala..ianya tidak memilih siapa..

        • Pada 2010.08.16 06:50, The Rack Company menulis:

          Asm,

          Bagi saya kualiti pembinaan tidak menjadi persoalan, tetapi faktor yang lebih utama adalah design bangunan itu sendiri. Di Malaysia kita hanya mengalami ribut bersama hujan dan jarang ada angin puting beliung. Jadi rekabentuk bumbung lebih menitikberatkan ketahanan bumbung menerima beban dari luar dan bukan pressure dari dalam bangunan sendiri. Apabila ribut, tekanan di luar adalah rendah daripada tekanan dalam bangunan.Apabila tiada lubang angin, tekanan ini akhirnya akan memecahkan bumbung bangunan ataupun menerbangkan khemah anda.

          Satu cara ialah dengan membuat injap lubang angin pada bumbung, tak kiralah rumah,garaj, khemah parasol atau arabian canopy anda. Yang sewa tak payah la. Insya allah bumbung anda akan lebih tahan.

          • Pada 2010.08.17 03:56, farahanim menulis:

            ya allah..peliharalah rakyat malaysia dari segala bencana dan musibah.
            macam2 berlaku bulan ramadhan ni.kepada admin,takde ke entry tentnag anak disimbah asid oleh ayah mereka atau suami yang tetak isteri depan anak mereka?

            • Pada 2010.08.18 15:22, Wandy menulis:

              dah habis bukit bukau/hutan ditarahnye..xde pelindung angin ribut dah..

              You must be logged in to post a comment.