Banjir Di Sarawak

Kg Simpok, Jalan Padawan,
Kuching, Sarawak
26 Dis 2011
 
Nota: Ondscene ‘berehat’ sejak beberapa hari lalu, dan kembali bersiaran hari ini.
 

Hujan lebat di beberapa negeri sejak beberapa hari lalu menyebabkan keadaan banjir bertambah buruk, antaranya di Pahang, Johor, Kelantan, Terengganu, Sarawak dan Sabah.

Di Sarawak, seorang pembaca ondscene, Lina Sin, mengirimkan berita ini.

Sambutan Krismas bagi kira-kira 300 penduduk  di Kampung Simpok, Jalan Padawan cemas apabila rumah mereka tiba-tiba dinaiki banjir.

 Banjir di perkampungan yang didiami kira-kira 6,000 masyarakat Bidayuh itu bermula jam 1 pagi ketika penduduk sedang nyenyak tidur selepas kepenatan meraikan sambutan Krismas semalam.
Insiden banjir pertama kali berlaku di musim perayaan itu menyebabkan penduduk panik dan masing-masing bergegas memindahkan barang-barang ke tempat selamat.
Hujan lebat sepanjang hari semalam, menyebabkan Sungai Siren yang terletak di tengah-tengah perkampungan itu melimpah dan menenggelamkan kira-kira 50 rumah penduduk.
Memandangkan sedang menyambut Krismas, maka banyak barang-barang terpaksa dipindahkan di ruang tamu yang sebelum ini sudah dihias cantik.
Kali terakhir banjir melanda perkampungan ini ialah 2008 dan tidak menyangka insiden sama berlaku ketika penduduk sedang bergembira meraikan perayaan Krismas.

Post Lain Yang Berkaitan

2 Comments

You must be logged in to post a comment.