Batu Runtuh Di Bukit Antarabangsa

Wangsa Height
Jalan Wangsa 7
Bukit Antarabangsa, Ampang
Selangor
19 Sept 2009
Bagi penduduk Pangsapuri Wangsa Height,Jalan Wangsa 7, Bukit Antarabangsa, kebimbangan mereka ada asasnya.
Runtuhan batu yag berlaku menyebabkan mereka resah dan kejadian berlaku hanya kira-kira 1 kilometer dari lokasi runtuhan Disember tahun lalu yang meragut 6 nyawa.
Kejadian petang tadi berlaku kira-kira jam 5-30 petang apabila beberapa ketulan batu besar runtuh dan menimpa sebuah kereta di ruang letak kereta pangsapuri ini.
Nasib baik ketika kejadian, tidak banyak kenderaan diletakkan di sini kerana ramai penghuni telah pulang ke kampung untuk berhari raya.
Dan batu-batu besar itu juga hampir menimpa tiang pangsapuri ini…
Bagaimanapun, dari pemerhatian, bukit di tepi pangsapuri ini perlukan penyelenggaran malah kecerunannya juga sekitar 90 darjah menegak menyebabkan bila-bila masa runtuhan lain boleh berlaku.
Kejadian tadi berlaku ketika hujan lebat dan dipercayai aliran air di dalam tanah menyebabkan struktur menjadi longgar lalu runtuh.
Dengan bantuan Majlis Perbandaran Ampang Jaya MPAJ, beberapa buah kereta yang ditinggalkan penghuni yang balik kampung, dialihkan ke tempat lebih selamat.
Kerja-kerja pembersihan selesai lewat tengahmalam tadi.

Post Lain Yang Berkaitan

No Comments

You must be logged in to post a comment.