Bukit Runtuh- 2 Maut Tertimbus

Hulu Langat,
Selangor
17 Oktober, 2008

Dua pekerja warga Indonesia maut setelah mereka terperangkap di dalam sebuah lori apabila tebing sebuah bukit tiba-tiba runtuh.

Kejadian berlaku di sebuah kuari di Hulu Langat, Selangor.
Kejadian bermula kira-kira jam 10-30 pagi apabila lima pekerja kuari terbabit berada di kaki bukit terbabit.

Dua dari mereka berada di dalam lori untuk kerja-kerja mengangkut tanah dari lereng bukit.
Bagaimanapun, tanah dari tepi bukit tiba-tiba runtuh menimbus lori terbabit menyebabkan dua pekerja di dalam lori terperangkap.
Tiga lagi berjaya menyelamatkan diri.
Dua buah jengkaut kemudian digunakan untuk cuba mengeluarkan mangsa.
Kira-kira jam 11 pagi, satu lagi runtuhan berlaku dan menenggelamkan terus lori.
Anggota bomba dari balai kajang terpaksa dikejarkan ke tempat kejadian untuk kerja-kerja menyelamat.
Dan kira-kira jam 3.30 petang, dua mangsa terbabit ditemui setelah penggalian sedalam kira-kira lima meter dilakukan.
Bumbung lori terpaksa dipotong bagi mengeluarkan mangsa yang disahkan telah meninggal dunia.
Mayat dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat.

Post Lain Yang Berkaitan

9 Comments

  • Pada 2008.10.17 13:36, jawa peranakan menulis:

    bang..

    kenapa gambar lelaki yang sedang berdiri tu abg block?

    ada sesuatu yang tidak kena berkenaan beliau ke?

    • Pada 2008.10.17 13:37, jawa peranakan menulis:

      abg punya coverage memang best la..

      kalah wartawan..

      • Pada 2008.10.17 19:19, syahrilkadir menulis:

        salam buat member kamceng aku yang sorang ni

        bilalah agaknya kita dapat huha sekali lagi

        teringat zaman busy kita dulu

        sampai kat aceh ngan yogjakarta pun kita leh jumpa

        • Pada 2008.10.18 03:16, black_canary menulis:

          abg ni mmg wartawanlah jawa peranakan..anyway tahniah KB

          • Pada 2008.10.19 05:05, on the scene menulis:

            abang jawa, sebenarnya saya terpaksa ‘black’ kan gambar tu kerana dialah yang berjaya menyeludup saya masuk ke tempat kejadian…mmm faham2 jela, bukan senang nak dapat masuk kat tempat macam tu… so, identiti dia saya terpaksa rahsiakan dari pengetahuan umum…

            • Pada 2008.10.19 05:07, on the scene menulis:

              bro syahril, memang betul, cal dah berpuluh kali kita ni sejak tak jumpa 3, 4 tahun lalu, tapi masing2 tak kesempatan nak jumpa… ok, nanti kita set la jumpa kat mana…

              mmm…wartawan jalanan je saya ni, sebab tu kebanyakn kes yang kat atas jalan je…!!!
              Mr BC, bila nak gi pekena mee jawa ke…heheh….(bro jawa peranakan mungkin boleh buatkan mee jawa yg sedap…!!!)

              • Pada 2008.10.20 01:30, jawa peranakan menulis:

                speciality saya pecal..nak try?

                • Pada 2008.10.20 05:49, black_canary menulis:

                  KB..tu org dah ofer pecal tu..
                  Pecal pun pecallah..janji ROCK…

                  • Pada 2008.10.20 07:23, on the scene menulis:

                    pecal bedal atau bedal pecal…
                    sedap tu…pecal jawa…
                    memang tak pernah rasapun

                    You must be logged in to post a comment.