Gelongsoran Tanah Di Pusat Peranginan

Bukit Tinggi,
Bentong, Pahang
15 Jan 2010
9 pagi

Kejadian ini berlaku kira-kira jam 9 pagi.

Dan nasib baik ketika kejadian, tiada sebarang kenderaan atau pelanggan berada di bahagian bawah tebing bukit ini.

Ia membabitkan tebing setinggi kira-kira 10 meter, blok H Selesa Hillhomes di Bukit Tinggi, Bentong.

Menurut Pengarah Urusan United Highlands Sdn Bhd, pemaju pusat peranginan ini Dr Aljafri Abdul Majid, pihaknya memberi jaminan kejadian ini tidak membahayakan dan mengambil langkah segera bagi mengatasinya.

Penghuni dan pelanggan diarahkan mengosongkan bangunan ini serta-merta dan dipindahkan ke blok lain untuk sementara waktu.

Kejadian ini dipercayai berlaku apabila paip air bawah tanah dipercayai mengalami kebocoran menyebabkan struktur tanah menjadi longgar.

Gelongsoran menyebabkan sebahagian longkang runtuh, dan tanah turut menimbus sebahagian tempat letak kereta.

Balai Bomba dan Penyelamat Bentong menerima panggilan jam 9.16 pagi dan tiba di lokasi kira-kira 15 minit kemudian bersama 7 anggota diketuai ketua Operasi Rahim Abdullah.

Siasatan awal mendapati, satu sumber air dipercayai dari paip air bawah tanah mengalir keluar, dan tindakan aliran air dihentikan serta-merta.

2 batang pokok turut ditebang bagi mengelakkan ia tumbang ke bawah akibat kejadian ini.

Sebagai tindakan awal, kawasan ini ditutup dengan  kanvas bagi mengelakkan runtuhan lain berlaku.

Kawasan peranginan ini dibangunkan sejak kira-kira 20 tahun lalu dan mempunyai 16 buah blok kondominium pelbagai tingkat di kawasan seluas kira-kira 5 hektar.

ini merupakan kejadian kali pertama berlaku di sini yang popular sebagai lokasi percutian keluarga dan sering menjadi tumpuan untuk pakej seminar dan kursus.

Ia juga merupakan antara lokasi utama pengambaran siri Gerak Khas.

Post Lain Yang Berkaitan

7 Comments

You must be logged in to post a comment.