Jualan Runtuh

Taman Rimbunan
Kepong, Kuala Lumpur
20 April, 2011
4.30 petang

Hanya 15 saat.


Jualan Runtuh pun berlaku!

Ye, ini benar-benar jualan runtuh, dan tidak dapat disangkal lagi oleh mana-mana pihak.

Ianya terlalu pantas sehingga tiada siapa yang sempat untuk membelinya!

Kejadian jualan runtuh ini berlaku kira-kira jam 4.30 petang di sebuah tapak jualan gudang di Taman Rimbunan, Kepong.

Ketika kejadian, hujan turun dengan lebat diikuti ribut.

Terdapat kira-kira 25 pekerja berada di dalam kira-kira 20 gerai jualan ini.

Menyedari sesuatu yang buruk bakal berlaku, mereka segera diarahkan keluar oleh penyelia, dan beberapa saat kemudian, runtuhan berlaku – semuanya dalam tempoh 15 saat.

Gerai ini mengadakan jualan sejak 9 April lalu .

Antara barang jualan termasuk pakaian, barangan kulit, perhiasan wanita, dan peralatan dapur.

Kerugian dianggarkan kira-kira RM1 juta ringgit.

Post Lain Yang Berkaitan

7 Comments

You must be logged in to post a comment.