Kenapa Bukit Ini Boleh Runtuh?
Maktab Rendah Sains Mara
Bentong, Pahang
6 Dis 2009
Saya menerima maklumat kes ini melalui sesesorang yang tidak dikenali yang menelefon telefon bimbit saya kira-kira jam 1-30 petang.
Memikirkan jarak yang agak jauh, saya hanya bergerak dari Kuala Lumpur, sejam kemudian.
Lokasinya, ke Maktab Rendah Sains Mara, MRSM Bentong, berhampiran Plaza Tol Bentong
Memang benar seperti gambaran yang diberikan oleh pemanggil – keadaannya memang teruk.
Bukit ini terletak di dalam kawasan MRSM dan runtuh kira-kira jam 12 tengahari tadi.
Runtuhan setinggi kira-kira 100 meter dan panjang juga kira-kira 100 meter ini mengakibatkan:
Keseluruhan sistem loji rawatan kumbahan MRSM Bentong musnah samasekali.
Sebahagian padang hoki juga tertimbus.
Dan bagi polis, ia bukan perkara main-main sehingga menyebabkan polis terpaksa mengarahkan penghuni dua blok guru supaya mengosongkan kediaman mereka sebagai lanngkah keselamatan.
Arahan dikeluarkan Pemangku Ketua Polis Daerah Bentong, DSP Muhamad Mansor Muhamad Noh.
Persoalan yang bermain di kepala ini macam-macam:
1- MRSM ini difahamkan, baru saha siap dibina dan mula mengambil pelajar tahun ini.
2. Ia juga difahamkan, masih belum dirasmikan.
3. Ia dibina di atas bukit yang telah ditarah, dan yang runtuh ialah baki bukit tersebut.
4. Apa akan jadi kepada semua kumbahan penghuni., pelajar di MRSM ini apabila ia telah musnah. Ke mana ia akan disalurkan…
5. Samada saya ini tak nampak, atau senagja tak nampak, tapi ke manakah pihak berwajib lain seperti JKR dan jabatan Geologi yyang sepatutnya berada di lokasi kejadian untuk membuat pemantauan dan penilaian.
6. Saya membuat panggilan ke Balai Bomba dan Penyelamat Bentong dan memperkenalkan diri, memaklumkan mengenai kejadian ini dengan harapan, mereka akan datang walaupun tiada kemalangan jiwa atau operasi menyelamat diadakan. Sekurang-kurang boleh sama-sama berbincang atau membuat penialain bersama polis..
7. Jawapan saya dapat dari operator ialah – “Kami tidak menerima laporan kejadian ini.” Saya tidak dapat berkata lagi jika dah jawab macam tu, kerana bagi saya, panggilan dari saya itu, bukan kah sudah di kira laporan kerana saya mengatakan, saya berada di lokasi kejadian.
8. Bagi saya, ini bukan perkara main-main walaupun ia tidak melibatkan kemalangan jiwa. MRSM boleh diibaratkan harta kerajaan, dan sepatutnya agensi kerajaan kena bertanggungjawab datang dan membuat penilaian bersesuaian dengan peranan mereka.
9. Mungkin polisi di negeri-negeri berbeza dari di Kuala Lumpur. Mungkin mereka hanya keluar membuat pemeriksaan pada hari bekerja sahaja,. itu saya tak pasti.
10. Dari pemerhatian mata kasar,runtuhan boleh dan akan tetap berlaku lagi bila-bila masa dan mampu merebak sehingga kawasan perumahan guru itu, Sebab itu, polis mengambil tindakan segera, mengarahkan dua blok tersebut dikosongkan walaupun jarak dari runtuhan, agak jauh. tetapi, jarak blok dengan tepi bukit hanya kira-kira 50 meter.
11. kenapakah bukit ini dijadikan begitu curam dan hampir menegak, tidak bolehkah kecerunannya direndahkan lagi?
12. Pemerhatian pada corong saluran air juga dibuat sambil lewa, iaitu menggunakan paip yang saiznya begitu kecil dan banyak yang dipasang secara ke atas dan bukan condong supaya aliran air dalan tanah boleh keluar.
13. Sehingga saya meninggalkan lokasi kira-kira jam 5-15 petang, hanya polis dan pengurusan sekolah memantau di lokasi.
Masing-masing tentu ada jawapan mereka sendiri, tetapi bukan hari-hari ada tanah atau bukit runtuh. Adakah jabatan kerajaan tertentu tiada plan kontigensi mereka sendiri?
Takkan kena tunggu wartawan siarkan, bongkar, atau buat panggilan,barulah datang.
Saya pasti, esok, 7 Disember 2009, hari Isnin, barulah berderu-deru macam-macam agensi akan datang setelah disiarkan berita TV dan akhbar .
(Jawapan mereka mungkin lebihkurang begini – apalah wartawan nak menyibuk dan buat berita lebih-lebih,. Kami taulah kerja kami.)
Post Lain Yang Berkaitan
7 Comments
You must be logged in to post a comment.











da siar bro td kat brite kol 8 td tv3.. die cakap geologi datang esok sebab tak da bende yg mampu dibuat skg ni.. hanya pindah guru je skg ni tindakan..
bro kalau dapat link web gambar kejadian kereta jatuh kat dalam KB mall melibatkan mahasiswi masterskill boleh la post link website sapa2 la yer
Ini pun satu lagi fenomena kedgilan manusia..tmpt keje sy pun kat atas bukit w/pun bukitnyer tidaklah setinggi mana pun tetapi setiap kali hujan lebat pasti sedikit sebanyak perasaan gusar terdetik dihati..bimbang jika sekiranya berbagai kejadian buruk bakal menimpa.Tetapi demi sesuap nasi keselamatan terpaksa ditolak ketepi.Utk pengtahuan abg ods kitaorang takde lah berprasangka buruk pd wartawan ni..kami hargai lagi adelah..sbb tu setiap hari baca paper.Cuma pengalaman berhadapan dgn wartawan ni sedikit sebanyak berbekam dihati a/bila sy berhadapan dgn kes kmalangan..sorg wartawan akhbar lebih mementingkan foto dr menyelamatkan mangsa…ketika itu sy antara org pertama ditmpt kejadian..memang menyedihkan…maaf kirenyer tersinggung dgn kata2 sy.
projek tangkap muat agak nya tengok gaya lereng bukit tu main simen ja salur air pon kecik berbanding dengan lereng bukit dekat petronas bedekatan higway berkenaan
http://elmariachi109.blogspot.com/2009/12/berita-baru-sheila-majid.html
for kereta jatuh dlm kb-mall
sedihnya sy.. isk..
Perancangan projek tentu telah diFIKIR, analisa kebaikan dan implikasinya. Apakah pemikiran terlalai atau terbendung pada arahan dan peruntukan? Kos peruntukan baik pulih akan jadi rezeki pada pihak lain.. Putaran proses BINA… RUNTUH… BINA…RUNTUH… apakah itu makna dan nilai kemajuan..?