Kereta Tenggelam…

Jalan Chan Sow Lin
Kuala Lumpur
1 Dis 2011
6 petang
 

Setiap kali hujan lebat, laluan ini amat popular dengan kejadian banjir kilat samada paras beberapa sentimeter hinggalah melebihi 1 meter.

Kepada pemandu yang tidak biasa di laluan ini, mereka mudah terperangkap kerana air hanya naik pada laluan tengah di kawasan curam dan berselekoh.

Ini menyebabkan mereka hanya akan menyedari terperangkap sebaik telah memasuki laluan selekoh dan ketika itu sudah terlambat untuk bertindak.

Hujan lebat petang semalam mengakibatkan banjir kilat ini – 2 kereta menjadi ‘mangsa’  sebuah  Volkswagen dan Perodua MyVi.

Kejadian sama pernah dirakamkan di dalam ondscene pada 2 tahun lalu pada 3 Dis 2009 – Banjir Di KL.

pix -Utusan 

 

Post Lain Yang Berkaitan

7 Comments

  • Pada 2011.12.02 07:54, eelobor menulis:

    dah selalu sangat berlaku kat situ. kalau hujan lebat, memang tak berani la nak lalu ikut situ….

  • Pada 2011.12.02 08:50, arena84 menulis:

    wah bahayanya…
    arena84 recently posted..10 Gambar Kucing Pelik Dunia

    • Pada 2011.12.02 09:13, Kujie menulis:

      walau pun jarang lalu jalan ni, tapi dalam kepala macam dah set jalan ni selalu banjir, mungkin dah kerap baca berita mengenai jalan ni.

      tepi terowong smart je , kan… bawa cangkul, korek je parit biar air mengalir masuk terowong…. hehehehe
      Kujie recently posted..Mana Lagi Penting – Berkahwin atau Degree ?

      • Pada 2011.12.02 11:32, Anyss menulis:

        Assalamualaikum,
        KL selalu banjir kilat bila hujan, risau jugak nak masuk KL musim2 hujan macam ni. Tambah pula jakun dengan jalan2 kat KL…tau redah je

        Tak boleh bayang kalau saya yang ada dalam kereta tu…nak panggil sape mintak tolong?

        • Pada 2011.12.02 16:16, sawi menulis:

          cadangan DBKL atau pihak berkaitan letak CCTV satu kat sini.
          so musim hujan blh monitor, air naik blh terus alert pada polis/dbkl utk tutup jln sebelum terlambat.

          kalau tgk sekarang di KL mmg byk cctv utk monitor traffic, so cadangan tambah satu kat jalan ni

          tp kalau dah ada, tinggal nak team work supaya gerak kerja ttp jalan ni dpt dibuat lbh cpt.

          • Pada 2012.03.08 20:01, Kisah Banjir Kilat Di Kuala Lumpur | ondscene menulis:

            [...] dan 2 Disember 2011 – Kereta Tenggelam [...]

            You must be logged in to post a comment.