Khaya Senegalensis Tumbang Hempap 5 Kereta

Jalan Raja Dr. Nazrin Shah,
Ipoh, Perak
29 Dis 2011
8 pagi
 

Khaya Senegalensis  (African Mahogany), spesis pokok berasal dari benua Afrika ini, banyak ditemui sebagai pokok hiasan di bandar-bandar.

Dan pagi ini, makcik Khaya ini tumbang – kejadian dipercayai berlaku apabila saluran paip bawah tanah pecah menyebabkan pokok setinggi 50 meter ini menimpa 5 buah kereta.

Kenderaan terbabit merupakan milik penghuni sebuah hotel yang menginap di situ.

Lebih 10 kakitangan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) bertungkus lumus memotong dahan pokok tumbang berkenaan bagi membolehkan kenderaan mangsa dipindahkan.

Usaha memotong dahan pokok menghadapi sedikit kesukaran berikutan dahannya keras selain mempunyai banyak dahan.

 

Post Lain Yang Berkaitan

4 Comments

You must be logged in to post a comment.