Musim Hujan – Berhati-hati Parkir Kenderaan

Pangsapuri Phase 2
Kuchai Lama , Kuala Lumpur
29 April, 2011

Di Lembah Klang sejak seminggu lalu, cuaca tidak menentu , hujan turun dengan lebat dan tidak tentu waktu.

Kejadian banjir kilat sudah berkurang dengan ketara sejak kebelakangan ini.

Namun,banyak cerun-cerun bukit, kawasan tinggi dan ada kawasan perumahan , masih perlu dicurigai dan sentiasa berawas.

Dalam kejadian kira-kira jam 5 pagi, tembok penghadang cerun di kawasan ini tiba-tiba runtuh.

8 buah kereta yang diletakkan di kawasan tempat letak kereta di sini, mengalami kerosakan akibat ditimpa tembok terbabit.

Kejadian dipercayai akibat sttruktur tanah yang menjadi tidak stabil setelah kerja-kerja penebangan pokok dilakukan di tebing tanah di sini beberapa hari lalu dan ditambah pula hujan lebat yang turun sejak beberapa hari lalu.

Ini juga adalah akibat dari sikap manusia itu sendiri yang tidak prihatin atau memandang remeh isu alam sekitar.

Bukan sahaja ketika memandu di jalan raya, malah ketika meletakkan keretapun , kemalangan boleh berlaku.

Mungkin kita kena fikirkan untuk mengambil insuran tambahan (insuran bencana alam) ke atas kenderaan kita…

Pic – China Press

Post Lain Yang Berkaitan

6 Comments

You must be logged in to post a comment.