Pokok Tumbang – Bukan Semua Pokok Bawah Seliaan PBT

Kuarters JKR
Batu 7, Kg Malaysia Tambahan
Sg Besi, Kuala Lumpur
18 Februari 2012
5 petang
 

Sejak kebelakangan ini, kian kerap kes pokok tumbang akibat hujan lebat/ribut.

Semalam beberapa kereta ditimpa  pokok tumbang di Jalan Kuching berhampiran Bulatan Kepong dan Taman Wahyu.

Dan hari ini , lagi kejadian sama berlaku – kali ini berlaku di pinggir bandaraya.

Sebuah Proton Iswara remuk samasekali ditimpa sebatang pokok tumbang ketika hujan lebat yang berlaku di kawasan sekitar.

Mujur semasa kejadian tiada pemandu atau penumpang di dalamnya.

Difahamkan, pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur tidak akan membayar sebarang pampasan akan kejadian ini kerana pokok ini bukan di bawah seliaan atau ditanam sebagai pokok hiasan oleh DBKL.

Ia adalah pokok dari belukar berhampiran kawasan tersebut.

Perlunya pemilik kenderaan mengambil insuran tambahan – insuran bencana alam, sebagai persediaan jika berlaku perkara begini.

Post Lain Yang Berkaitan

5 Comments

You must be logged in to post a comment.