Pokok Yang Terlampau…
Jalan Tun Razak
berhampiran bangunan RHB Bank
Kuala Lumpur
7 Mac 2011

Kejadian ini berlaku semalam, dan saya menerima maklumat kes ini kira-kira jam 5.30 petang – tetapi tak sempat untuk ke lokasi.
Kira-kira 40 buah kereta mengalami pelbagai kerosakan akibat ditimpa pokok besar yang tumbang dalam kejadian hujan lebat petang semalam.
Bagaimanapun, rakan kita, Mike Foo sempat merakamkan beberapa foto untuk tatapan anda.
Terimaksih banyak-banyak Mike yang amat rajin untuk berkongsi dengan semua pembaca. Saya syorkan , Mike ada blog supaya dapat jadi ‘back-up’ kepada ondscene!
Dalam perjalanan balik rumah, lebih kurang pukul 8 malam selepas hujan lebat di KL semalam.
Kebetulan ada bawa kamera malam ni.
Lokasi: Tempat parkir kereta terbuka, sebelah bangunan RHB bank, Jalan Tun Razak.
Masa saya melalui tempat ini, kebanyakan kereta sudah di tarik keluar.
Hanya beberapa yang tinggal, mungkin tunggu izin pemilik kereta.
Tempat parkir ini merupakan tapak pembangunan terbiar dan terletak bersebelahan Royal Selangor Golf Club.
Beberapa pohon tumbang ke arah tempat parkir ini.
Kereta disini kemungkinan besar milik staff RHB bank.
Harap harap insurans mereka termasuk tragedi semula jadi atau “act of god” .
Oleh itu, kita kena fikir-fikirkan juga untuk mengambil insuran tambahan (bencana) untuk kenderaan kita…
Post Lain Yang Berkaitan
19 Comments
You must be logged in to post a comment.




hurm.. ngerinye~ adeessss!!!
fuhhh x pasal2 je
Terkini : FrenzyFM Kini Dengan Interface Baru
suffer8zine recently posted..Jual Aiskrim Susu Badan
ada klausa dalam T&C insuran bodi yg boleh cover natural disaster punya asebab?rasa macam takdelah…
dengar kata, insurans untuk pejalan kaki di sambar petir pun ada. tapi tak de lah kat malaysia.
ada wang, semua boleh.
tapi saya sendiri pantang nak letak kereta/motorsikal di aras bawah tanah atau tempat terbuka. tempat parkir antara tingkat 3-5 paling best
bahaya pokok yg dah berkurun cenggini..tpi kalo ditebang x de lah lagi tmpat utk berteduh…tpi x pe..demi keelamatan,elok ditebang aje…
40 buah? Banyak jugak yg kena..ngeri jugak..minta tiada yg berada di dalam kereta ketika kejadian..
Airmien recently posted..Dosa Sesama Manusia
kuasa Allah tiada tandingannya..
keluarga3343 recently posted..7 Macam Pahala Di Nikmati Selepas Mati
Nasib-nasib….. Mau habis duit lagi…. Kepada para pemilik kereta, bersabarlah, dugaan ini memang berat…
patutla suami saya da 2 jam baru tiba dirumah… cian nya la mangsa2 tu
umidanish recently posted..mc- bz keje- nak cuti n honeymoon lagi
Serba salah jadinya. Bila tebang pokok besar ditepi jalan, DBKL kena kritik, tak ada prihatin kepada alam sekitar. tapi jika tak ditebang, inilah kesannya. Pemilik kenderaan di Kl, elok jadikan ini ikhtibar untuk mengambil perlindungan tambahan untuk malapetaka alam.
ish3 pokok nih, tebang karang….hehe tak dapat la nak tebang pasal da tumbang dulu. Semoga semua pemilik kenderaan yang rosak dapat bersabar dengan kejadian ni.
aku sampai kat jalan tun razak pukul 5.20pm. aku dalam perjalanan nak balik rumah kat pandan indah. AKU SAMPAI RUMAH PUKUL 8.30PM sebab pokok2 yg tumbang ni lah!! arrrgghhh! kalau ade kucing dalam kerete aku, memang aku dah gigit.
giler..myvi tu sampai tak nampak rupa dah
Innalillahiwainnailaihirajiun
Ptt la Jln. Tun Razak sesak len macam je petang kelmarin.Kalu tak silap sy ade lg pokok tumbang kot kt area tu.Subhanallah,dasyhat kuasa Allah swt.,baru Dia tunjuk sikit cinonet jer.Myvi tu tak total lost lg,tp mmg takleh nk pkai dh walaupun enjin boleh dihidupkan hu2.
Assalamualaikum,
Tak banyak syarikat insuran yang kaver untuk malapetaka alam…Sabar ajelah. Tuan punya kereta dah rasa demam, banyak2 bersabar ya
Anyss recently posted..Iklan Kursus Perguruan Lepasan Sijil Malaysia KPLSPM 2011 Keluar Hari Ini
mujur tiada nyawa yg melayang…….
Firza recently posted..HAPPY BIRTHDAY AYISHA AND ALIYYA
erm bagi kami yg memotong tu pow da jadi 1 masalah….
klu potong lebih ckit takot kene kat body kete….
klu nga sedap dok potong lak minyak dok aneh jew….
dah law besar2 lak 2 pokok nye….
bagi mangse2 mntk maaf la…
2 jew kami dapat laku kan…..
amende yg ko merepek ni mat? aku nak baca pun siksa ler… menjahanamkan bahasa betul la..
Jarang yang nak ambil insurans untuk tragedi semulajadi ni. Saya pun tak pernah ambil. Tapi kalau tengok macam ni, mungkin tahun depan nak ambil lar….
Sabahan Bloggers Club recently posted..Angry Bird coming to Facebook