Runtuhan Tanah Jalan Semantan – Tiada Mangsa Terperangkap
Jalan Semantan
Kuala Lumpur
5 Disember 2008
Syukur apabila kejadian tanah runtuh di Jalan Semantan semalam tidak membabitkan kehilangan nyawa atau kecederaan.
Operasi mencari dan menyelamat yang dilancarkan sebaik kejadian berlaku kira-kira jam 5 petang semalam, berakhir jam 1-25 pagi tadi.
Ini berikutan, semua 11 kenderaan yang berada di dalam timbunan batu, tanah dan tiang konkrit berjaya dikeluarkan.
11 kenderaan yang dikeluarkan adalah kenderaan yang dilaporkan tertimbus oleh pemiliknya.
————————————————————
Saya menerima panggilan dan maklumat kejadian ini jam 5-16 petang, tetapi kerana mempunyai tugasan lain, terpaksa la ‘berputih-mata’ untuk coverage awal.
Bagaimanapun, tengamalam tadi, saya sempat singgah dan kebetulan, kereta terakhir sedang cuba dikeluarkan.
Dan, berdasarkan 11 laporan yang dibuat, semua kenderaan telah berjaya dikeluarkan.
Ada antaranya yang remuk hancur berkecai samasekali, dan ada juga yang rosak sebahagiannya.
Lokasi kejadian adalah lokasi yang sama sebuah kereta terjatuh dari atas menyebabkan kematian pemandunya kira-kira dua tahun lalu.(tarikh sebenar saya tidak ingat, tetapi saya akan cuba cari dalam simpanan saya foto semasa kejadian dua tahun lalu itu)
Mungkin ada antara anda yang telah menonton TV, membaca di dalam akhbar kejadian runtuhan di Jalan Semantan ini, jadi, tak perlu saya rasa untuk tulis panjang-panjang di sini lagi…!!!

Post Lain Yang Berkaitan
1 Comment
You must be logged in to post a comment.



ENCIK REPORTER..kalo kes2 macam ni insuran cover tak kereta2 diorg yg damaged tu??