Tanah Runtuh Di Sana Sini
Jalan 3/1
Persiaran 3
Bandar Baru Selayang, Selangor
4 Mei, 2011
9 pagi
lagi foto dan butiran menyusul
Bukan sahaja di jalanraya kita perlu berhati-hati, malah duduk di dalam rumahpun kini boleh menjadikan kita merasa bimbang sesuatu akan berlaku.
Hujan yang turun tidak menentu sekarang , menyebabkan beberapa kejadian tanah runtuh / pokok tumbang berlaku.
Lewat petang semalam, satu kejadian tanah runtuh berlaku di Jalan Indah 6, Kg Ampang Indah ,Lembah Jaya Selatan, Ampang.
Kejadian ketika hujan lebat itu menyebabkan tebing tanah bersebelahan sebuah rumah ,runtuh dan menimpa dinding sebelah luarnya.
Rumah turut dimasuki air lumpur.
(Saya akan cuba dapatkan foto di lokasi kejadian).
Kesesakan jalanraya yang teruk menyebabkan saya gagal tiba di lokasi.
Pagi ini pula, saya menerima 1 lagi pangilan telefon – pokok tumbang dari tebing/lereng bukit – menimpa 3 buah kereta di Bandar Baru Selayang.
Saya tiba di lokasi kira-kira jam 8.30 pagi – dan apa yang berlaku, sebenarnya secara mudahnya ialah – akibat perbuatan manusia untuk meneroka tanah tanpa sebarang langkah sewajarnya diambil.
Akibatnya, penduduk di Pangsapuri Kenanga ini menanggung derita sejak 2 bulan lalu – apabila kerja-kerja pembinaan lot-lot banglo rancak dilakukan di atas bukit bersebelahan kediaman mereka.
Selama lebih 20 tahun mereka hidup dengan aman, namun kini mereka sukar tidur lena kerana ganggunan dan pelbagai kemungkinan boleh berlaku.
Kes batu-batu besar bergolek jatuh ke rumah mereka, air lumpur mengalir ke dalam rumah, malah pelbagai jenis ular juga selalu singgah ke rumah mereka akibat habitat haiwan terbabit kini telah terganggu.
Apa yang dihairankan , kawasan pembinaan di atas bukit terbabit langsung tiada zon penampan (buffer zone), tiada sebarang pagar, penghadang atau tembok di bina.
Bagi Bashir Ahmad, 63 tahun, kereta Honda Civicnya ini tidak sampai sebulan dibeli – dan akibat kejadian ini, bahagian bonet dan bumbung keretanya kemek.
Bagi Lian Ye Chin, 23 tahun, sejak kerja-kerja pembinaan dilakukan di atas bukit itu, dia sekeluarga sentiasa risau kerana runtuhan boleh berlaku bila-bila masa.
Post Lain Yang Berkaitan
2 Comments
You must be logged in to post a comment.




bencana alam semakin banyak berlaku..harap kita semua berhati-hati
naimulfirdaus recently posted..tips untuk menjadi blogger yang berjaya
Assalamualaikum,
kok ya pun nak buat banglowww yang besau-besau, patutnya kena juga prihatin dengan orang yang berada dicerun. bahaya betul kalau batu besar macam tu melayang jatuh ke bawah. Tak kan nak tunggu ada yang jadi mangsa dahulu baru nak ambil tindakan sewajarnya…kan dah terlambat tu.
Patutnya cegahlah dari awal…
Anyss recently posted..Cinta Ini