Tanah Runtuh Lagi – Galeria Sri Perdana Diancam Bahaya
Galeria Sri Perdana
Jalan Damansara
Kuala Lumpur
23 Mei, 2011
Alam jika tidak dijaga dan diselenggara dengan baik, ia mampu merubah segala-galanya.
Cuaca yang tidak menentu sekarang dan kebanyakan lokasi hujan turun dengan lebat tanpa henti, boleh menyebabkan pelbagai kemungkinan.
Banjir dan tanah runtuh adalah kejadian yang kerap berlaku sejak akhir-akhir ini.
Tanah runtuh yang mengorbankan nyawa 16 orang termasuk anak-anak yatim Sabtu lalu, bukan kali pertama berlaku tragedi sedemikian di negara ini.
Jawapan kepada persoalan ini – alam tidak dijaga dan mereka yang sepatutnya melakukan amanah untuk menjaganya, ada yang menjalankan tugas dengan tidak jujur, dan ditambah pula dengan kerakusan dan ketamakan manusia itu sendiri.
Kejadian ini pula, berlaku lewat petang semalam, kira-kira jam 6.30 petang dan akibatnya Jalan Damansara terpaksa ditutup
Tanah runtuh ini berlaku berhampiran bahagian belakang Galeria Sri Perdana, Jalan Damansara.
Ia berlaku setinggi kira-kira 20 meter .
Timbalan Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Azizan Ismail berkata, kejadian berkemungkinan kerana hujan lebat hingga menyebabkan pergerakan tanah.
Bagaimanapun tiada sebarang kemalangan jiwa dan kecederaan dilaporkan.
Kerja menambak runtuhan tanah dan pembersihan jalan dimulakan 7.30 malam oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) dengan pemantauan polis.
Menurut Azizan, pihaknya akan membuat pemantauan sehingga kerja-kerja pembersihan selesai.
Galeria Sri Perdana dirasmikan pada 20 Disember 2003.
Nama asalnya ialah Sri Perdana, yang merupakan kediaman rasmi Perdana Menteri ke 4, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Ia dikendalikan di bawah Arkib Negara
Post Lain Yang Berkaitan
5 Comments
You must be logged in to post a comment.



merata-rata runtuh….macam2 pun runtuh gak…akhlak runtuh pun melambak-lambak…
susukambing.info recently posted..Bagaimana Menjana Pendapatan Dengan Blog
itu betulll!!!!! sy stuju 150%.
dah makin kerap tanah runtuh berlaku..
Rozeman Bin Hassan recently posted..Meatball IKEA tidak halal
Dunia ni akan musnah dek perbuatan tangan-tangan manusia?…
Sekadar untuk difikirkan bersama…
Hasmizal recently posted..RIDE PHILIPS @ PENANG – EP2
Assalamualaikum,
Macam penyakit berjangkit pula ya…bersiri pulak runtuhnya.
Harapnya, pembangunan kita pada masa hadapan turut mengambil kira alam sekitar. Apa kata utamakan pembangunan mampan?
Anyss recently posted..Abah Tidur dengan Siapa