Tanah Runtuh – Pemandu Cedera Ringan

KM 13.9
Jalan Genting Highland
Bentong, Pahang
20 Oktober, 2011
11.30 malam
 

Saya menerima maklumat kejadian ini kira-kira jam 11.20 malam, bagaimanapun berbelah bagi untuk ke lokasi kerana kebiasaannya apabila kes tanah runtuh di kawasan ini, sukar untuk membuat liputan.

Bukan kesukaran untuk tiba, tetapi kesukaran untuk akses menghampiri lokasi dan mendapatkan maklumat tepat kerana akan dikawal ketat oleh polis bantuan dan anggota polis yang menerima ‘arahan’ menghalang wartawan membuat liputan.

Malah, selalunya kejadian tidak akan dapat dilihat walau dari jauh kerana laluan ditutup samasekali supaya tidak dapat di lihat terutama oleh wartawan.

Sebenarnya, sudah lali ditengking, diherdik oleh mereka yang menerima arahan tersebut, walaupun arahan saya pasti bukanlah dalam bentuk herdikan atau menengking kepada kami.

Dalam kebanyakan kes, terutama kemalangan besar seperti bas di laluan ini, kehadiran Naib Presiden Kanan Perhubungan Awam dan Komunikasi Genting Malaysia Berhad, Datuk Anthony Yeo Keat Seong amat membantu.

Beliau seorang yang memahami tugas wartawan walaupun sebenarnya risau akan sebarang kes-kes sebegini menjadi perhatian media.

Malangnya, bukan semua kes beliau turun padang,menyebabkan wartawan selalunya terpaksa berdepan dengan anggota polis bantuan dan polis yang sememangnya amat-amat anti kepada media jika berlaku sebarang kes sebegini.

Saya tiba di lokasi kejadian kira-kira jam 12 tengahmalam tadi, dan benar, laluan telah ditutup dan pengguna jalanraya terpaksa menggunakan laluan kontra untuk ke puncak bukit.

Dan benar, arahan telahpun dikeluarkan polis supaya menghalang wartawan membuat liputan berhampiran lokasi kejadian.

Kami hanya dibenarkan berada di simpang laluan kontra dan tidak nampak apa-apa yang berlaku kerana terlindung selekoh dan bukit pada jarak kira-kira 300 meter ditambah dengan kegelapan malam dan kabus tebal serta hujan.

Kejadian berlaku kira-kira jam 11 malam, apabila runtuhan berlaku tiba-tiba dan tanah serta lumpur menimbusi keseluruhan laluan ke atas puncak bukit.

Sebuah kereta dipandu seorang lelaki yang kebetulan melalui jalan ini difahamkan terus tertimbus sebahagiannya menyebabkan mangsa terperangkap di dalamnya.

Lelaki terbabit yang cedera ringan bagaimanapun berjaya dikeluarkan dengan bantuan anggota bomba.

Nota :

Dalam kebanyakan kes yang berlaku di laluan ini, maklumat dari orangawam dan mereka yang kebetulan berada di lokasi amat membantu terutama mereka yang sempat merakamkan foto keadaan di lokasi sebelum ‘dihalau’ keluar !

 

 

Post Lain Yang Berkaitan

5 Comments

  • Pada 2011.10.21 10:17, nurmisnan menulis:

    Risau keadaan begini jika berlaku pada rumah2 atau kondo apartment yang
    dikelilingi bukit2.. skrg pula musim hujan lebat.. Harus pantau keadaan
    yang jika di lihat akan membahayakan penduduk…

    Nasib pemandu itu cedera ringan….
    nurmisnan recently posted..Dinding diri, keluarga dan harta dengan surah Yaasin

    • Pada 2011.10.21 10:50, Anyss menulis:

      Assalamualaikum,
      Itu memang cabaran besar untuk wartawan kan? Walaupun ramai yang beretika dan melapurkan “hal-hal yang benar” sahaja, namun…banyak sangat hal-hal yang benar itu mahu diselindungkan. Banyak kontroversi akan berlaku selepas itu kalau libatkan kes berprofil tinggi.

      Kalau tak lapurkan “hal-hal yang benar”, wartawan juga yang kena kerana memandai-mandai tulis berita. Pendek kata, kalau durian belum jadi tempoyak…memang agak susah, ke kiri kena duri, ke kanan pun kena duri. Dah jadi tempoyak, sedap juga makan dengan petai letak BUDU sekali…fuyoooo, sedap!

      Apa-apapun, terima kasih dengan abg Sham yang sentiasa usahakan “berita-berita yang benar” sahaja kat sini ;)
      Anyss recently posted..Manjakan Diri Sejukkan Hati di Sungai Tekala

      • Pada 2011.10.21 16:12, arena84 menulis:

        sejuk malam sanggup ditempuhi untuk membuat liputan. abang sham naik apa pergi ke site selalu?
        arena84 recently posted..Video Kemalangan Motorsikal dan Kereta di Ipoh

        • Pada 2011.10.21 17:49, latep menulis:

          sekarang ni tiap-tiap petang hujan.. byklah berita pasal tanah runtuh lagi lepas ni..harap-harap tidak melibatkan kehilangan nyawa…
          latep recently posted..Tak cukup rajinkah kita..?

          • Pada 2011.10.21 19:32, naimulfirdaus menulis:

            kerja wartawan pun ada cabaran dan risiko tersendiri
            naimulfirdaus recently posted..cerita lucah ustazah melayu bertudung cantik

            You must be logged in to post a comment.