Tsunami di Acheh – Kenangan 4 tahun lalu
dan semua agensi yang terlibat dalam Kumpulan Pertama, Misi bantuan dan Menyelamat Malaysia di Acheh 2004.
Saya akan cuba dalam masa terdekat, memuatkan cerita ‘on the scene’ dan ratusan foto semasa dua minggu dalam misi bantuan dan menyelamat dan membuat liputan tsunami di Acheh.
(28 Dis 2008-Banda Acheh-mayat mangsa tsunami yang masih berada di dalam sungai)
(28 Disember 2004-Solo, Sumatera Utara – Seorang mangsa tsunami di bawa turun dari pesawat TNI di Lapangan terbang Medan dari banda Acheh untuk dibawa ke hospital untuk rawatan)
Masih segar dalam ingatan saya, betapa ketika mula-mula menjejakkan kaki di bumi Acheh, pada 28 Disember 2004, dua hari selepas tragedi itu, keadaan amat sukar dibayangkan.
Saya merupakan wartawan Malaysia terawal (mungkin yang pertama- saya tak berapa pasti) yang menjejakkan kaki dan melaporkan kejadian tersebut di lokasi Banda Acheh.
(29 Dis 2004-Acheh- Seorang anggota TNI yang cedera akibat perutnya terkena tusukan zink ketika cuba menyelamatkan mangsa tsunami . Sebahagian usus mangsa telah terkeluar akibat belahan dari zink tersebut menyebabkan keadaanya yang bernanah dan membengkak setelah tiada sebarang rawatan diberikan selama 4 hari. Doktor juga ramai yang maut manakala hospital dan klinik musnah)
Dengan kemusnahan total, komunikasi yang terputus, perhubungan udara, darat dan laut yang sukar dan ada yang terputus terus, saya gagahkan diri pergi bersama Pasukan Menyelamat Malaysia untuk sama-sama dalam misi menyelamat di samping menghantar berita ke Malaysia.
(28 Dis 2004- Mayat mangsa tsunami di antara ratusan ribu mayat di merata-rata tempat di Banda Acheh)
Tugas berat itu saya pikul dengan penuh tanggungjawab setelah mendapat persetujuan dan arahan dari pihak atasan Bilik Berita dan kepercayaan penuh dari Pengarah Divisyen Berita dan Ehwal Semasa, Datuk Kamarulzaman Zainal.
(28 Dis 2004 – mayat seorang bayi yang telah membengkak ditemui di timbunan runtuhan rumah)
Memikirkan mungkin saya berseorangan dari negara ini membuat liputan di tempat yang segala-galanya sukar itu, saya mempelawa Bro Osman Lisut dari Berita Harian (sekarang bro Osman bersama Joran Berita Harian)untuk sama-sama menyahut cabaran itu.
Di sana jugalah , beberapa hari kemudian saya bertemu rakan-rakan dari Malaysia yang menyusul kemudian untuk membuat liputan.
(29 Dis 2004- kanak-kanak ini telah 4 hari lukanya tidak dirawat, serpihan kayu melekat di pehanya menyebabkan ia bernanah dan dijangkiti kuman)
Akan saya coretkan sepanjang dua minggu di sana dalam posting akan datang beserta dengan ratusan foto-foto eksklusif ketika misi di Acheh.
Kepada yang sudi untuk singgah dan membacanya, saya ucapkan jutaan terima kasih.
Laporan dan cerita lengkap sepanjang misi tsunami di Acheh 2004 akan cuba saya siarkan secara bersiri di dalam blog ini.
Post Lain Yang Berkaitan
3 Comments
You must be logged in to post a comment.



mennginsafkan
Allah Maha Besar
tq bro… menarik dapat tgk gambar2 ni yg biasanya tak lepas untuk disiarkan di akhbar…
pjoe -tapi, masih ada ada rakyat negara kita, yg jika ditimpa musibah, sibuk menyalahkan pihak lain, orag lain. tetapi mereka tidak melihat, semua itu adalah ujian Allah dan mungkin balasan Allah atas perbuatan mereka selama ini.
Memang benar, kejadian tsunami itu amat2 memberi kesan mendalam kepada mangsa , dan kita bersyukur, tidak ditimpa siatuasi begitu. Minta dijauhkan semuanya.
mywanfai – ada byk lagi foto2 lain, jika ada kesempatan akan saya upload di sini. tq bro wanfai.
bila nak jadi wansix, wanseven, wanten pulak??!!!