(10) – Berita Pili Bomba – Pili Bomba ‘Shisha’
Pernah lihat pili bomba menjadi shisha?
Anda boleh lihat di blog ini!
Beberapa lagi penyertaan disiarkan di sini.
Saya akan update beberapa perkembangan terbaru mengenai pertandingan ini .
Sila ambil perhatian aturan mudah ini:
1- Emailkan 2 foto , setiap foto ada watermark
2.Sertakan butiran ringkas dan mengandungi waktu, tarikh dan lokasi foto dirakamkan.
Berhati-hati ketika merakamkan foto – kerana ada ‘pemilik’ pili bomba yang ‘segan’ foto pili bomba ‘mereka’ dirakamkan!
————————————————————————-
PB021 – Pili Bomba Barisss Sedia!
Ketagori B
Penyertaan ini adalah dari abang bomba kita, lebih dikenali sebagai Sarjan Hassan.
Beliau merupakan Pegawai Bomba Kanan di Balai Bomba dan Penyelamat Chow Kit.
Nampaknya, ini mungkin merupakan satu-satunya blog dari anggota/pegawai bomba yang khusus mengenai pili bomba!
Tahniah tuan!
Mengikut peraturan dalam Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1984
jarak satu pili Bomba mestilah 91.5 meter.
Walaupun dipasang berdekatan (macam orang berbaris) namun ianya
tidak berfungsi.
Kepada anda mempunyai sebarang kemushkilan mengenai pili bomba, atau berkaitan bomba dan penyelamat, bolehlah rujuk dengan beliau!
————————————————————————-
PB022 – Pili Bomba Era Baru
Kategori A- Kesalahan
Penyertaan ke 2 dari abang bomba kita, dengan gelaran Sarjan Hassan .
Pili bomba ini jelas kelihatan dizalimi!
Apa yang kita saksikan adalah merupakan satu kesalahan iaitu menggunakan pili bomba selain tujuan menentang kebakaran.
Pili Bomba tersebut telah diubahsuai dengan satu injap bertekanan tinggi dengan bertujuan selain menentang kebakaran.
Untuk mengetahui apakah kesalahan yang dilakukan ini dan akta yang berkaitan, sila lawat blog beliau : Pili Bomba – Barisss Sedia
———————————————————————-
PB023 – Pili Bomba oh Pili Bomba
Kategori B
Ini penyertaan ke 2 Muhammad Farhan.
Keadaan pili bomba yang turut bersama dengan pelbagai jenis paip, mungkin juga agak mengganggu.
penerangan : sy tak tahu sgt.. mungkin dari pandangan mata kasar mcm normal.. tp dgn kehadiran segala mcm paip dan chamber SAJ di sekitar pili bomba tu.. mungkin akan menyukarkan tugas bomba nanti..
Update dari Muhammad Farhan dalam penyertaan terdahulu mengenai pili bomba yang diikat:
p/s : pili bomba kene ikat hari tu da x kena ikat lagi.. mungkin tuan kedai tu dah terbaca dlm blog ondscene kot.. hehehe
——————————————————————-
PB024 - Mari Merugikan Pihak Syabas
Kategori A – Kesalahan.
Entry ini dari Sanorhizam, penulis blog yang memberi tumpuan kepada aktiviti sukan. Syabas – gaya hidup sihat.
Sekali tengok, nampak macam shisha!
Gambar ini di rakam di area kawasan perindustrian balakong, taman sinaran pada 4 Februari2011 pada pukul 9.36 pagi.
Kelihatan dalam gambar bahawa pili bomba tersebut telah di buat penyambungan paip dengantujuan untuk mengeluarkan air free.
Lawati blog beliau, Running – tiada lain selain dari berlari!
———————————————————————————
PB025 - Batu Bunga Untuk Pagar Ke Pili Bomba
Kategori B
Ini merupakan penyertaan ke 3 dari Muhamad Farhan dan nampaknya anda memang sesuai jadi team pemburu pili bomba!
Penerangan : satu ayat je yg mampu aku ckp masa jumpa pili bomba nih… “batu bunga utk pagar ke pili bomba ni?” mungkin ramai yg tak tahu tentang kewujudan pili bomba aka batu bunga utk pagar ni.. dari jauh mmg mcm batu bunga utk pagar.. tp bila di amati betul2.. baru perasan… laaa pili bomba rupanye.. haha… kalau lihat dari jauh org akan kata tu batu bunga utk pagar.. mungkin kesilapan masa pembinaan hospital HSAJB kot.. tp bila di amati betul2 secara dekat… baru org kata… “ehh.. biar betul pili bomba bentuk mcm nih?” hahaha.. tp tu la hakikatnye.. ade tanya beberapa org yg dtg ke hospital nih.. saja nk kepastian.. totaly dari 4org yg sy tanya.. empat2 kata tu batu bunga.. hehe.. so aku nk lebih pasti.. aku pegi dekat2 dgn pil bomba aka batu bunga nih.. so.. dpt la snap lagi 1 gambar utk tatapan semua.. nah!
Anda boleh lawat blog beliau , Nothing About Me untuk penerangan lanjut. Minatnya pada RCdrift boleh kita kongsi bersama.
Selamat memburu pili bomba…
Post Lain Yang Berkaitan
3 Comments
You must be logged in to post a comment.













semakin canggih pili bomba untuk penyertaan peraduan ni…. masih ada waktu untuk memburu model seksi warna kuning ni…
Kujie recently posted..Pili Bomba Dari Angkasa
hehe.. terima kasih bro..
akuhann recently posted..celcom oh celcom
Hahahahahahaha….
Macamana jadi macam ni? bukan pili bomba ada spesifikasi khas dari jambatan bomba ke?
Sabahan Bloggers Club recently posted..How to register Facebook RSS Graffiti