(11)-Berita Pili Bomba – Tarikh Tutup 31 Mac 2011
Saya menerima banyak lagi penyertaan dalam cabaran ini, bagaimanapun atas kekangan masa, saya tidak sempat untuk kemaskini dengan cepat.
Bagi memberi peluang anda mencari lebih banyak pili bomba, dan atas permintaan, tarikh tutup cabaran ini dilanjutkan sehingga 31 Mac 2011.
Senarai hadiah akan saya siarkan dalam berita berikutnya.
Perlu saya ingatkan sekali lagi syarat mudah ini:
Emailkan ke [email protected] penyertaan anda dengan disertkan sekali butiran berikut:
1- 2 foto (sepertimana tersiar dalam blog anda)
2- letakkan watermark di sudut bawah foto – pb ondscene – blogandaxyz.com.
3. Sertakan butiran ringkas mengenai pili bomba itu serta masa, tarikh dan lokasi foto dirakamkan.
4. sertakan link entry untuk cabaran ini.
5. Nama penuh anda ( hanya nama pangkal sahaja yang akan disiarkan)
Mudah bukan? Selamat beraksi bersama pili bomba!
————————————————————————-
PB026 – Pili Bomba Klasik
Kategori B – Unik
Ini merupakan penyertaan kedua dari Fuzayme .
Pili bomba ini antik dan tidak diketahui tahun ciptaannya.
Foto ini dirakamkan di Taiping.
Menurut Fuzayme:
Sambil bersiar-siar di bandar Taiping dengan kamera sentiasa di sisi, saya ternampak sebuah pili bomba yang saya kategorikan agak klasik.
Setakat ini saya tengok senarai penyertaan yang diterima ondscene belum ada lagi pili bomba jenis ini..
Lawati blog beliau untuk mengetahui lebih lanjut mengenai pili bomba klasik ini!
—————————————————————
PB027 – Malu Tapi Mahu
Kategori A
Pertama kali saya membawa entry dari Siti H ini, saya tergelak!
Ye, gaya penulisannya mengenai memburu pili bomba ini begitu melucukan!
Pili bomba menerima gelaran sebagai Abang K!
Saya jumpa pili bomba nie dekat rumah kawan emak saya . Pili bomba tersebut telah dilindungi dengan sampah sarap seperti daun-daun kelapa yang kering
Lawati blog beliau Hidup Bagaikan Sebuah Mimpi.
Sebuah blog yang menarik dan gaya penulisan yang bersahaja.
Blog ini banyak bunga!
———————————————————————
PB028- Pili Bomba Berkawan Dengan Kereta
Kategori A
Penyertaan ini dari Faizal.
Menurutnya, pili bomba memang ramai kawan!
Dan sebenarnya, ia adalah sindiran kepada kawan-kawan yang menghalang pili-pili bomba tersebut!
Terjumpa kesalahan ini ketika sedang survey aircond utk ofis. Lokasi di Seri Rampai, Setapak, KL
Blog Faizal ada macam-macam dan kebanyaknnya adalah mengenai sukan.
Nama blognya – Blog Rasmi Dunia !
——————————————————————
PB029 – Tolong Mandikan Saya
Kategori B
Ini penyertaan ke 8 blogger Hazim.
Beliau amat prihatin dengan nasib pili bomba dan boleh ditabal jadi pemburu pili bomba!
LIhatlah betapa kotornya pili ini, sudah tidak nampak warna kuning pun lagi. Apa yang jelas ialah lumut-lumut yang cukup tebal mewarnai pili ini. Apakah tuan rumah atau masyarakat setempat sana tidak mengambil berat atau endah masalah ini?
Blog Hazim mengenai insurans, dan anda boleh tau berbagai produk insuran dengan melawat blognya Etiqakini
————————————————————————–
PB030 – Janganlah Malu Sayang
Kategori B
Lagi penyertaan dari Master RCdrift – M Farhan.
Kali ini mengenai pili bomba yang ‘menyembunyikan’ dirinya!
Lokasinya di Taman Rekreasi Hutan Bandar, Johor Bahru
penerangan :
haha ape motif pili bomba ni sembunyi? tahu lah hutan bandar ni sentiasa ramai org.. tp jangan lah sembunyi wahai pili bomba ku sayang.. nanti susah abg bomba kite nk buat keje kalo ade ape2 jadi.. (tgh blur.. x dpt nk explain mengarut sikit.. hehehe)
Blog M Farhan – Nothing About Me – anda dihidangkan dengan pelbagai lagu jika anda klik ke blognya…
Jiwang-jiwang gitu lagu-lagunya!
——————————————————————————–
Banyak lagi entry yang akan disiarkan untuk cabaran ini.
Anda yang telah mengirimkannya, harap dapat bersabar untuk ianya disiarkan!
Post Lain Yang Berkaitan
9 Comments
You must be logged in to post a comment.













ada orang kena kejar dengan tuan kedai sebab nak snap gambar pili bomba
saya pun kena serang kat blog
siap nak buat aduan ke pihak atasan – pihak bomba ke, AJK kampung ke, Tok Penghulu ke…tataulah
katanya sengaja aibkan sekampung pasal pili bomba
hehehe
macam- macam
Kujie recently posted..Kerana Seketul Yang Degil
dunia..dunia..sabar byk2 na…
tq bro sham terima penyertaan saya.
mdfaizal recently posted..Promosi – Flash Training by Encik Samael!
terima kasih bro sebab siarkan.. hehe.. dah x dapat nk cari pili bomba lagi.. dah mula busy siapkan tender.. alahai
akuhann recently posted..tahun ni banyak betul no 1
tima kasih
Hahahahahaha… kenapalah pili bomba tu dalam hutan? Patut kena buat dekat jalan kan?
Sabahan Bloggers Club recently posted..18 common mistake in blogwalking
Mungkin kalau hutan terbakar senang sket bomba nak cari sumber air. hehe
mdfaizal recently posted..Anda tak suka Facebook Photo Viewer yg baru Update cara terbaru – Tekan F5
err.. bro sham.. ada silap sikit ni.. gmbr yg bro sham siarkan.. sy ambil jam 6.40petang.. yg 6.15petang tu gmbr pili bomba yg terselit di sebelah rumah tradisional melayu.. dua2 lokasinya di Hutan Bandar Johor Bahru… dlm 1 posting sy tu ada dua pili bomba.. hehe..
akuhann recently posted..tahun ni banyak betul no 1
tak sempat nak emailkan…entry latest menyahut cabaran ini….
eyriqazz recently posted..Pili Bomba Tenggelam Jalan Gombak