(12)- Berita Pili Bomba – Terus Diburu
Penyertaan terus diterima.
Minggu hadapan , maklumat kerjasama dengan pihak bomba akan saya umumkan.
Buat masa ini, butirannya belum dapat didedahkan.
Mana tau, pemenang-pemenang juga akan merasa menaiki jentera bomba atau pengalaman menggunakan hos bomba!
————————————————————————–
PB031 – Pili Bomba Yang Hampir Dibakar
Kategori A
Ini merupakan penyertaan pertama dari Zul.
Zul antara pemberi komen paling aktif di sini dan banyak komen beliau boleh dijadikan panduan kepada kita.
Tidak ada yang istimewa, cuma saya berpendapat amatlah tidak wajar
tempat pembuangan sampah / tong sampah diletakkan berhampiran pili
bomba. Sementelah pula ada orang yang tidak bertanggung jawab membuat
pembakaran terbuka dan hampir-hampir membuatkan pili bomba itu
terbakar sama.
- 5.25 petang, 13 Feb 2011 – Lunas, Kedah
Ada macam-macam dalam blognya.
Zul sebenarnya sudah lama tidak aktif berblog dan kini mula bergiat semula sejak beberapa bulan lalu.
Blognya, Sejenak Diperjalananku, banyak foto-foto dan kisah menarik di dalamnya.
—————————————————————
PB032- Main Sembunyi-sembunyi
Kategori B
Ini adalah penyertaan kedua Siti.
Kepada orang di Kemaman, mungkin tau di mana lokasi yang dirakamkan ini.
Ramai peminat Siti dah masuk ke blognya yang banyak bunga itu.!
Pili bomba nie dijumpai disebalik semak sebelum masuk ke jalan rumah saya
.
Lawati blog beliau Mimpi Si Bunga – sebuah blog yang penuh warna-warni
—————————————————————————
PB033 – Ingat Sebelum Kena
Kategori A – Kesalahan
Peringatan dari Norazlan, Ingat sebelum kena!
Ye, betul, tindakan pemandu kereta benar-benar mengecewakan kita.
Sikap ‘tak apa’ menjadikan manusia itu mengambil mudah sikap seperti ini.
Blog , Cikidong.com , sebuah blog yang kreatif.
Banyak entry menarik di dalamnya.
Taglinenya pula – If Mom Says No, Ask Dad!
Ingat! If Mom Says No, Ask Dad!
—————————————————————————–
PB034 – Pili Bomba Penghilang Dahaga
Kategori A
Noormaliza menghantar penyertaan mengenai pili bomba yang ‘diberikan’ air bungkus kerana dahaga!
Gambar ini saya rakam dalam perjalanan pulang ke rumah pada 21 Februari jam 1:00 petang. Pili bomba ini terletak di sebuah kawasan perumahan (Taman Perpaduan Koperasi, Ipoh).
Kesalahan yang orang selalu lepas pandang dan ambil mudah. Dari sekecil kesalahanlah terhasil kesalahan yang besar. Ramai yang tidak perasan perkara begini kerana mungkin bagi mereka ianya satu perkara biasa yang tidak perlu diambil kisah pun.
Blog Semekar Kasih @ Cikgu Isza ini penuh warna-warni, malah sarat dengan mesej kekeluargaan.
Cikgu Isza ramai peminat dan kalau nak hadiah, ada peraduan dalam blog beliau!
———————————————————————
PB035 – Kembar Tapi Tak Sama
Kategori B
Ini merupakan penyertaan ke 3 Siti.
Foto ini ada keunikannya.
Lepas ni, warung mak Ani mesti popular!
Pili bomba kembar di jumpai di sebuah warung di Kemaman
Sebab pili bomba ada dua tapi kedua-duanya tak sama . Tengok gambar kat atas nie . Kedua-dua pili bomba tuu sama tak ? Tak samakan ..
Siti memang selalu kemaskini blognya .Macam-macam anda dapat bacanya di sini.
Jika anda sukar warna pink , maka blog Hidup Bagaikan Sebuah Mimpi ini amat sesuai untuk anda!
———————————————————————————-
Post Lain Yang Berkaitan
5 Comments
You must be logged in to post a comment.













yeay! dah publish! tq abang sham!
tak sabar nak tunggu pengumuman penting tu………. saya ni dah berasap² terbakar… dok tunggu bila bomba nak siram :p
Kujie recently posted..Makcik Pun Nak Apple ipad 2 Malaysia
haha kesian pili bomba tu da dahaga…
akuhann recently posted..freak me out LAH sohai!
hehhehe lawak la.. comey pon ada
Kesian pili bomba tu dalam semak.
yang tukang ambik gambar tak tolong kemaskan ke?
Sabahan Bloggers Club recently posted..WW- SBC February Statistic