(13)-Berita Pili Bomba – Ada 20 Hari Lagi
Penyertaan untuk Cabaran Pili Bomba ini telah dilanjutkan dari 28 Feb 2011 ke 31 Mac 2011.
Ada 31 hari masa tambahan, berbanding hanya 10 hari tempoh bayaran diskaun saman yang dilanjutkan sehingga 10 Mac semalam!
Oleh itu, anda ada 20 hari lagi untuk menghantar penyertaan.
Ianya amat mudah – snap n go!
Rujuk di sini untuk syarat dan peraturan cabaran yang pertama kali diadakan ini.
…………………..
PB036 – Putri Lindungan Bulan
Kategori B
Ini adalah penyertaan seterusnya dari Hasmizal yang saya rasa agak unik dan menarik.
Jika dilihat pada kedudukan pili bomba ni.. ia telah dipasang di antara tempat letak kenderaan dan laluan kenderaan.. jadi untuk mengelakkan daripada dilanggar kenderaan yang lalu lalang.. maka pihak yang berkenaan telah memasang tiang serta meletakkan pasu bunga bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tak diingini berlaku.. syabas dan terima kasih…
Cuma satu benda saja yang mencacatkan pemandangan.. masih ada segelintir pengguna troli membeli belah yang kurang berdisiplin.. masih malas nak hantar dan letakkan balik troli tu ke tempatnya.. supaya orang lain pulak boleh menggunakannya.. sebab tu tadi aku tengok troli kurang kat dalam pasaraya.. dan masih ada orang yang tak tahu membezakan antara tong sampah dan pasu bunga… masih gatal tangan membuang sampah merata-rata…
Pengalaman Irdina Sekeluarga – sebuah blog yang mengisahkan tentang sebuah keluarga bahagia dan banyak coretan di dalamnya.
——————————————————————————–
PB037 – Mungkin Terlupa…
Kategori A – Kesalahan
Penyertaan ke 4 dari Hasmizal, dan kali ini masih berkisar di dalam kawasan Hospital.
Nampaknya, kawasan hospital di sini, banyak bahan berita mengenai pili bomba boleh diperolehi.
Pili bomba dalam gambar ni terletak di hadapan Wad Jiwa, Hospital Tuanku Fauziah. Aku ambil gambar ni dalam pukul 9.30 pagi dan apa yang aku boleh katakan, saban hari kereta ni diparkirkan bersebelahan dengan pili bomba ni. Dah macam saudara kembar pulak. Mungkin pemandu kereta ni tak sedar akan kesalahannya memarkirkan keretanya bersebelahan dengan pili bomba atau mungkin terlupa..
……………………………………………..
PB038 – Boleh Berkenalan?
Kategori B
Penyertaan kedua dari N Izaniah.
Penyertaan pertama beliau untuk cabaraan ini adalah merupakan entry pertama untuk blognya!
Pili bomba ini terletak di tengah pembahagi jalan lampu isyarat persimpangan Jalan Bukit Ubi menuju pusat bandar Kuantan. Ia unik dan menarik untuk dirakam kerana kedudukannya ditengah-tengah jalan.
Blognya zennaya, banyak menceritakan pengalaman diri penulis, terutama bab ‘berjalan-jalan.
Kepada pembaca dari Sabah, ada artikel mengenai, benarkah jejaka Sabah hensem-hensem?!!!…
……………………………………………………………………..
PB039 - Pili Bomba Pakai Toncet
Penyertaan pertama dari Haliza A – dan imaginasinya mengenai pili bomba menjadikan pili ini menjadi unik!
Mungkin suka tengok filem P.Ramlee kot!
Ini adalah penyertaan pertama saya.. ketika menunggu bonda & suami yang ke tandas, saya terpandang pili bomba ini. terus teringatkan peraduan yang En Sham anjurkan..
Cuma saya tak tau macam mana nak olah ayat berdasarkan pili bomba ini. pada pengamatan saya, pili ini mungkin rosak dan tidak dapat berfungsi andai kata ada berlaku kebakaran di kawasan rehat & rawat Sg Perak arah utara ini
Baca kisah selanjutnya di dalam blog Haliza, Selamber Je…
Ye, membaca blog Haliza, memang banyak kisah selamba di dalamnya.
Jadi, anda dengan selamba, silalah melawatnya.
————————————————————————
PB040 – Bersama Si Gemuk!
Kategori B
Hasmizal memang terlampau!
Ini adalah penyertaan beliau yang ke 9 !
Oleh itu, rasa-rasanya mungkin tiada siapa akan dapat tandinginya untuk memenangi penyertaan paling banyak!
Tahniah kerana anda teramat tersangat rajin dalam memburu pili bomba.
Tiada siapa sedar bahawa pili bomba juga seperti kita. Ada ramai ahli keluarganya dan ada di seluruh negara kita. Mereka dah macam adik beradik. Kali ini saya jumpa spesis pili bomba yang geeeemoook…haha..mungkin pili ini ‘makan’ air banyak sangat. Si Gemok ini comel dan berkepala botak.
Blog beliau, etiqakini, mengandungi banyak informasi mengenai insurans.
Jangan risau, Hasmizal takkan paksa anda beli insuran dengannya!
Mungkin untuk dapat diskaun, cuba gunakan katalauan ini – ondscene!
————————————————————————
PB041 – Masalah Parking Di Putrajaya
Kategori A
Penyertaan pertama dari Norati A.
Saya tergelak membaca entry mengenainya di dalam blog beliau, sebab gaya penulisan yang begitu bersahaja.
Kerana masalah tempat letak kereta yang agak kronik sekarang di Putrajaya, maka salah satu dari mangsanya ialah pili bomba.
Lawati blog beliau yang menceritakan mengenai masalah ini.
Model terhangat ni terletak di belakang jalan di blok E1 dan E 2 di Parcel E di Putrajaya.
Blog Norati, Saje Suka-suka, apabila melawatnya, anda akan ‘dihidangkan’ dengan lagu jiwang yang mampu menusuk kalbu…!
p/s Norati suka bunga, termasuk bunga plastik…
————————————————————
Jadi, apa lagi, ada 20 hari lagi untuk anda ‘selesaikan’ kes pili bomba ini.
Post Lain Yang Berkaitan
12 Comments
You must be logged in to post a comment.
















20hari lagi.. hahaha.. sudah usya2 3 lagi pili bomba… dlm masa terdekat kasik up nnt…
akuhann recently posted..pelajaran keempat – differential -
yg kat atas skali tu…
amboii…canteknya…hihihihi
Assalamualaikum,
Saya suka juga ambil gambar benda-benda pelik ni dan sangat teringin nak masuk “operasi memburu” pili bomba ni.
Sepanjang tempoh ini, yang saya jumpa hanyalah pili2 bomba yang cantik aje…itu masalahnya. tak kan nak vandalisme sat pili bomba tu, kemudian ambil gambar, ye tak?
Kalau gambar pili bomba yang cantik, comel dan sopan je dikhalayak ramai tu…tak cukup syaratlah pula.
Anyss recently posted..Cara Orang Bujang Ngelat Cukai
ada 20 hari lg ni. ehhe. mesti ramai yg hantar last minit.. serupa mcm bayar saman.
aku rs gamba yg 1st tu fungsi lain sbg hiasan utk pili bomba. hehe
mdfaizal recently posted..Video – Tsunami di Jepun akibat Gempa Bumi 88 skala Richter
Fuh, sedara Hasmizal sampai 9 penyertaan… tahniah..
Rozeman recently posted..Tsunami melanda Jepun VIDEO
Bro Sham, harap² saya menanngggg!! bole dapat camera mahal bro shamm!! yeaaaa. Bro ensem la
rupa-rupanya ada pelbagai jenis bentuk pili bomba ni erk huhuhu tapi pili bomba yang berkepala bulat tu mmg comel hehhee
(13)-Berita Pili Bomba – Ada 20 Hari Lagi | ondscene…
[...]Mungkin pemandu kereta ni tak sedar akan kesalahannya memarkirkan keretanya bersebelahan dengan pili bomba atau mungkin terlupa.. 9.30 pg, 3 Mac 2011 – Hadapan Wad Sakit Jiwa, Hospital Tuanku Fauziah, Kangar …. Bro Sham, harap² saya menanngggg!!…
Gambar 2 tahun lepas pun boleh ke? Tak pasti kalau dh ada dlm ni, nanti ada masa saya cari gmbr tu….
Sabahan Bloggers Club recently posted..emilayusof artwork theft
sangat teringin memasuki pertandingan,tetapi tiada terjumpa yang pelik-pelik,semuanya elok-elok belaka,habis cam na
En. Sham, ada pembetulan nama pada entri abang..bukan hasmizal, tetapi nama saya hazim..terima kasih.