(14) – Berita Pili Bomba – Penyertaan Saat-saat Akhir

 

11.15 pg 18 Mac 2011 - Berhampiran Pasar Besar Kuantan,Pahang.

Salam kepada semua

Jumaat ini , 25 mac 2011, saya akan mengumumkan butiran penuh mengenai beberapa rahsia yang tersimpan mengenai pertandingan ini.

Beberapa pengumuman akan saya lakukan termasuk senarai penuh hadiah-hadiah dan juga bentuk kerjasama yang ondscene dapat dari agensi berkaitan dan pelbagai ganjaran lain untuk pemenang.

Yang pasti, hadiah dan ganjarannya adalah yang pertama seumpamanya!

Anda mempunyai 9 hari lagi untuk menghantar penyertaan dalam Cabaran Pili Bomba ini.

Berikut saya siarkan beberapa lagi penyertaan yang dihantar.

Perhatian – sila patuhi peraturan yang telah ditetapkan bagi memudahkan saya untuk membuat entry penyertaan anda.

———————————————————

PB042 - Pili Bomba dan Basikal

Kategori A- Kesalahan

Ini adalah penyertaan pertama dari Cik Cloudy Monday di dalam blognya, Cloudy Monday

15 Mac 2011 - Kuantan Pahang

Masa nak g makan nasi ayam hainan favorite kiteorang tenghari tadi, terjumpa plak pili bomba ni.

Selama ni tak pernah perasan pun pili bomba tu, tapi kali ni saya jalan ikut laluan lain terus nampak pili ni, yang bestnyer, memang pagi tadi dah niat nak cari pili bomba… hehe.. rezeki..ehh.. nk kena citer penerangan gambar kan.. bukan cerita kisah jumpa pili bomba ni kan.. hehe..sorry yer..

Ok Pili bomba ni letak nyer depan gerai Nasi Ayam Hainan the best kat Kuantan, Pahang. Dekat area nama Kamunting, dekat je dgn Giant Kuantan. Basikal tu tertambat di pili bomba tersebut. So, ini dah kira satu kesalahan lah kan.

15 Mac 2011 - Kuantan Pahang

Blog Cloudy Monday banyak menceritakan mengenai kisah seharian – dan paling best apabila foto-foto makanan terutamanya, memang menarik!

Ada juga mengenai fesyen, dan juga petikan dari media tempatan.

———————————————————————-

PB043 – Pili Bomba Bertudung

Kategori A- Kesalahan

Ini penyertaan ke 3 dari sahabat kita, pegawai bomba di Kuala Lumpur, yang lebih dikenali sebagai ‘Sarjan Hassan”

16 Mac 2011 - Jalan Masjid India, Kuala Lumpur

 

Pili Bomba bertudung,     itu lah gelaran yang sesuai diberikan kepadanya kerana dia bukan malu atau menyorok tetapi dengan   sengaja disorokkan oleh peniaga disitu.

Kesedaran tentang pentingnya Pili Bomba ditahap kurang memuaskan.

Lokasi dalam kawasan bazar depan Wisma Yakin,Jalan Masjid India,KL.

——————————————————————-

PB044 – Pili Bomba A1

Kategori B

Penyertaan ke 4 dari ‘Sarjan Hassan’.

 

16 Mac 2011 - Jln Raja Muda Abdul Aziz, Kuala Lumpur

Bentuk Pili Bomba ini sungguh unik kerana kita dapat pendedahan:

- Punca bekalan air – paip berwarna merah yang disalurkan dari pam bertekanan tinggi.
- Chamber – Berwarna biru berfungsi sebagai pembuka/penutup injap bekalan air.
- Pili Bomba bertiang – Berwarna kuning sebagai penyalur keluar bekalan air.
- Kesedaran yang begitu tinggi tentang pentingnya Pili Bomba apabila berlakunya kebakaran seperti ini patut dipuji.

————————————————————

PB045 – Pili Bomba Cantik@Hancus

Kategori  A- Kesalahan

Dan penyertaan ke 5 dari ‘Sarjan Hassan’

 

16 Mac 2011 - Kuala Lumpur

Pili Bomba diujudkan sebagai mekanisma bekalan air semasa kebakaran / kecemasan.

Walaupun dilihat cantik dan bersih namun fungsinya sebagai Pili Bomba tidak dipatuhi.

Pihak tidak bertanggung jawab seperti kontraktor yang membina siar kaki ini sepatutnya tahu bahawa ada satu chamber (injap membuka/menutup Pili Bomba) dihadapan tiang lebih kurang 0.3 meter (dalam bulatan merah).

Amat malang apabila hendak digunakan ianya tidak boleh dibuka dan terpaksa memecahkan simen konkrit serta memakan masa sebelum bekalan air dapat disalurkan.

————————————————————-

PB046 – Sepi Angin Ke Teluk Chempedak

Jika sekali imbas, tajuknya nampak seperti seperti cerpen atau sajak!

Penyertaan dari Izaniah ini sebenarnya di dalam entrynya pada mulanya , bila dicaca, tiada kaitan dengan pili bomba!

 

12.15 tghri, 18 Mac 2011 - Jalan Tengku Muhammad ,Kuantan.

Pili bomba ini dirakam berhampiran dengan Jalan Tengku Muhammad menuju ke arah Semambu dari Teluk Chempedak Kedudukannya agak terpinggir dicelah semak dan semakin usang.

12.15 tghri, 18 Mac 2011 - Jalan Tengku Muhammad ,Kuantan.

—————————————————————————

PB047 – Tolong Saya – Pinggang Saya Nak Patah..!!

Kategori A

Penyertaan seterusnya dari Izaniah.

 

11.15 pagi, 18 Mac 2011 - Berhampiran Pasar Besar Kuantan,Pahang.

Pili bomba ini dirakam berhampiran dengan Pasar Besar Kuantan. Ianya hampir hendak patah dan semakin condong ke arah kiri akibat perbuatan manusia yang bersifat vandalism.

 

11.15 pg 18 Mac 2011 - Berhampiran Pasar Besar Kuantan,Pahang.

————————————————————————-

PB048 – Atok Pili Bomba Lah

Kategori B

Lagi penyertaan dari Farhan.

 

5.17 ptg, 21 Mac 2011 - Tangkak, Johor

Salam.. aku tak tahu sebenarnye nk tulis ape dlm posting ni.. mase dlm otw balik ke JB dari kampung aku kat n9.. ade jumpe pili bomba ni kat pekan Tangkak.. unik.. sebab bentuk dia x macam pili bomba skrg.. mungkin usia da berpuluh tahun.. banyak yg aku nampak.

Tp cuma 1 ni je yg dpt aku amik gambar… so meh tgk pili bombanye..hahaha.. (camera nset 3.2mp + dlm kereta so gmbr x cantik ye). Pili bomba ni betul2 kat tepi jalan.. mungkin pili bomba ni sama usia dgn deretan kedai2 lama kat Tangkak kot.. 1929.. fuyooo lame tu.. tp x pasti lah.. hehehe…

 

5.17 ptg, 21 Mac 2011 - Tangkak, Johor

——————————————————————-

Di saat-saat akhir ini, anda masih mempunyai masa lagi untuk menghantar penyertaan…


Post Lain Yang Berkaitan

9 Comments

You must be logged in to post a comment.