15-Berita Pili Bomba- Bandwidth Yang Amat Kritikal

Bersama Penolong Pengarah Operasi JBPWPKL, Azizan Ismail
Sejak seminggu lalu, saya berusaha sedaya upaya untuk tidak menyiarkan posting terlalu kerap sehinggalah 31 mac (hari ini).
Bandwidth blog ini sebanyak 100GB telah habis sejak seminggu lalu, dan saya membelanjakan lebih RM200 menambah bandwidth dan menaiktaraf kepada pakej Platinum Serverfreak Web Hosting Plan menjadikan bandwidth bertambah ke 150GB sebulan.
Saya rasa, bila-bila masa sahaja bandwidth ini akan habis sebentar lagi kerana amaran tahap merah telah ‘menyala’ sejak beberapa hari lalu walaupun saya membeli lagi 10GB bandwidth menjadikan ia 160GB.
Saya dinasihatkan supaya ‘berehat’ untuk menerbitkan entry sehingga tengahmalam ini kerana bandwidth baru bermula 0GB akan dikira lepas tengahmalam.
Berbalik kepada Cabaran Foto Pili Bomba yang tamat 12 tengahmalam hari ini, saya ingin maklumkan , bahawa cabaran ini dilanjutkan sekali lagi sehingga 12 tengahmalam, 25 April 2011.
Tarikh ini adalah muktamad dan tidak akan dilanjutkan lagi!
Lanjutan tarikh ini hasil pertemuan dan perbincangan saya dengan Penolong Pengarah Bahagian Operasi Bomba dan Penyelamat WP KL, Azizan Ismail minggu lalu di pejabatnya di Ibu Pejabat Jab.Bomba di Jalan Maharajalela.
Perbincangan secara informal ini sebenarnya hasil pertemuan beberapa kali sebelum ini yang kebanyakannya ketika di lokasi kes.
Perbincangan muktamad akan diadakan dengan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat KL sedikit masa lagi, bergantung kepada kesesuaian masa kedua-dua pihak.
Bagaimanapun, secara ringkasnya:
1- Setiap penyertaan dalam cabaran ini akan turut diberi markah/pengadilan oleh pihak Jabatan Bomba, jurufoto profesional dan penilaian dari beberapa pihak.
2- Jabatan Bomba juga akan turut memberikan berbagai hadiah sampingan kepada pemenang.
3. Lokasinya akan ditentukan kemudian.
4. Keputusan akan diumumkan dalam bulan Mei 2011, bersesuaian dengan sambutan Hari Bomba Sedunia.
5. Majlis juga akan diberi liputan media.
Nota:
Saya menerima banyak lagi penyertaan, dan akan mula dimasukkan ke dalam entry berikutnya beberapa hari lagi.
Kepada yang ingin membaiki skil memburu pili bomba ini, anda boleh menghantar penyertaan lagi.
Antara hadiah yang disediakan termasuk penyertaan terbanyak ,skrip terbaik serta foto paling mencabar!
Ingat :
25 April, 2011 jam 12-00 tengahmalam.
Post Lain Yang Berkaitan
3 Comments
You must be logged in to post a comment.




haaa.. apa lagi rakan2 sekalian.. ambik lagi gambar pili bomba banyak2.. last chance nih.. fuh bang, 160gb pun penuh.. dasyat2.. takpa bang, usaha bang sham ni berbaloi nanti.. insyaAllah…
Rozeman Bin Hassan recently posted..Iklan Lawak
Saya ada beberapa keping ‘model kuning’
tak kira…saya nak turut serta juga
tak de bias2kan…juri pihak bomba
Kujie recently posted..Siri Kenapa – Lelaki Dan Proton
hari tu bandwidth habis beberapa kali tu sbb CDN tak dpt nak di hidupkan lepas blog ni berpindah server. saya sedar tak lama lepas tu. then baru update CDN utk blog ni – selepas tambah lagi bandwidth utk kali terakhir hari tu. rasanya lepas ni kurang sikit kot masalah lepas CDN dah on balik ni abang sham
mrkay recently posted..Sentiasa bersyukur