17-Berita Pili Bomba – Penyertaan Terakhir
Kesibukan yang terlampau menyebabkan saya tidak sempat siarkan entry pili bomba anda.
Cabaran ini telahpun ditutup penyertaan pada 25 April 2011 jam 11.59 malam lalu.
Di saat-saat akhir, ondscene menerima penyertaan dari anda dan berikut saya siarkan penyertaan itu.
Saya juga akan menyiarkan beberapa penyertaan dari mereka yang tidak mempunyai blog yang dipertimbangkan sebagai peserta cabaran ini.
————————————————–
PB065 – Bagaikan Dalam Taman
Kategori B
Ini merupakan penyertaan ke 6 dari ‘Mek Bunga @ Notie’ yang mempunya blog dipenuhi dengan bunga dan diiringi lagu syahdu…
- 7.30 pagi, 26 Mac 2011 – Taman Seraya , Ampang, Selangor
————————————————————-
PB066- Ibarat Lembu Ditambat Tuannya
Kategori B
Penyertaan seterusnya dari Farhan
Penerangan : ok… ape kejadahnye pemilik kedai ni menyeksa Encik pili bomba ni sedemikian rupa.. harap dgn pendedahan ini di blog buruk sy..pili bomba ini mendapat pembelaan sewajarnya..
HARAPKAN PAGAR.. PAGAR TAK BOLEH DI HARAP
———————————————————
Nor menghantar 6 lagi penyertaan menjadikan semuanya 12 penyertaan dari beliau.
PB067 – Kembang Kempis Kembung
Ianya mengisahkan Pilibomba berhampiran dengan tempat sembahyang orang cina dan sudah tentulah banyak colok dibakar yang menyebabkan encik Pilibomba sesak nafas dan hidung. Lepas tu saya teringat lah pulak nyanyian siti Tanjung Perak yang menaiki skuter dengan wahid satay atau mat sentul saya dah lupa. Tu yang beri tajuk macam tu.
—————————————————-
PB068- Bagai Dalam Gua
Dijumpai macam dalam gua je. Lepas tu berderet kenderaan parking di hadapannya. Ianya dihadapan sebuah restoran.
——————————————————–
PB069 – Encik Ning aka Pili Bomba Depan CIMB Bank
Seperti biasa jika ada Pilibomba depan bank mesti ada sahaja yang akan parking di hadapannya. Samada kereta ataupun motorsikal. Janji pada mereka dapat cepat urusan di bank. Tapi semasa kejadian operasi bank dah tutup tapi urusan di kaunter ATM seperti biasa ramai sahaja orang berurusan.
————————————————————
PB070 – Bagaikan Tempat Menyangkut Sampahlah…
Encik Ning aka Pilibomba di jumpai secara tidak sengaja. Nak ambil gambar Encik Ning aka pilibomba yang lain dapat yang ini. Tapi ianya tinggi sebab itu dijadikan penyangkut sampah sebab area kawasan tersebut banyak anjing. Takut kena selongkar tu yang sangkut tempat tinggi.
———————————————————
PB071- Ani Angkat Kain Jemuran…
Encik ning ni memang lama sungguh dok perhatikan sambil mencari waktu yang sesuai nak kidnap gambar dan muka nya. Dan akhirnya dapat walaupun terpaksa menunggu sampai gelap. Sebab bila tenguk terus teringat adegan dalam Pendekar bujang lapok ayat oleh Pak mustarjoo yang telah di ulang semula oleh si sudin.
—————————————————
PB072- Pak Tam La Pulak
Semakin dateline tutup semakin banyak lah pulak ternampak encik pilibomba.
—————————————————
Saya akan menyiarkan lagi beberapa penyertaan yang dihantar di saat akhir tarikh tutup pada 25 April lalu.
Keseluruhannya, terdapat 33 penyertaan dari Paramjit. Sila lawati blog beliau Tanda Soal
Post Lain Yang Berkaitan
No Comments
You must be logged in to post a comment.











