(2) Berita Pili Bomba – Lagi Penyertaan Diterima
Salam semua
1. Saya memohon maaf kerana kesibukan yang teramat sangat, banyak entry yang tidak berapa lengkap sejak beberapa hari ini. Banyak foto-foto yang tak sempat diupload.
2. Entry kisah penderitaan kenak-kanak di bawah juga sebenarnya banyak lagi fakta dan perkembangan harus dilaporkan. dan sebenarnya, banyak kes yang tak sempat saya siarkan…!!!
3. Kepada yang bertanya, jika tiada blog, bolehkan menyertai pertandingan ini?
4.Jawapannya ialah, anda kena adakan juga blog itu. Sebenarnya ianya amat mudah untuk membina sebuah blog. Tidak mengapa, jika anda membuat blog semata-mata untuk menyertai pertandingan ini, kerana mana tau, mungkin kemudian anda boleh kembangkan isi kandungan blog anda kemudian.
5.Ramai rakan-rakan kita yang pakar dalam memberi tips dan panduan untuk membina blog dan ianya hanya mengambil masa beberapa minit.Kepada mereka yang berminat menawarkan khidmat atau mempunyai link untuk panduan membina blog, sila berikan dalam ruangan komen di bawah.
6. Setiap kali ada kemaskini, saya akan letakkan link di sidebar sebelah kanan blog ini di bawah tajuk Berita Pili Bomba. Sila klik ruangan itu untuk melawat setiap entry pertandingan ini dan sebarang maklumat tentang pertandingan ini.
7. Ada beberapa berita terkini sebenarnya mengenai pertandingan ini, tetapi saya terpaksa rahsiakan dulu dan akan didedahkan tidak lama lagi. Yang pasti, pertandingan ini mungkin yang pertama seumpamanya di dunia…!!!
8. Ok, penyertaan kali ini dihantar oleh rakan kita, Hazim namanya. Beliau menghantar 2 penyertaan sekaligus iaitu kategori A (Kesalahan) dan kategori B (lain-lain)
9.Kedua-dua kategori yang disertakan, sila lawati blog beliau di SINI untuk maklumat lanjut.Blog Hazim mengenai insuran. jadi sebarang kemushkilan mengenainya, sila ajukan kepadanya. Macam-macam maklumat ada di dalamnya.
PB002 Kategori A (Kesalahan)
Penerangan foto oleh Hazim:
Jika tuan-tuan perhatikan betul-betul pada gambar yang ke 2, saya telah zoom kan camera untuk menunjuk lebih jelas ada sebuah tong gas di belakang pili ini. Ini merbahaya dan jika meletup tong gas itu, kemungkinan salur pili ini tak dapat digunakan lagi.
PB003 – Kategori B (lain-lain)
Ini penyertaan kedua Hazim.
Penerangan foto olehnya:
Pili ini rosak, hilang tutup..tapi tak tahulah kenapa air dia tak keluar..
Kepada anda yang lain, teruskan memburu pili bomba…!!!
Post Lain Yang Berkaitan
4 Comments
You must be logged in to post a comment.







Sedikit info untuk Hazim…
Pili bomba, pada pengamatan saya, ada satu ‘control valve’ di bawah tanah. Selalunya ia ada di sebelah pili itu juga, tapi ditutup samada dengan kepingan simen atau besi (biasanya besi tuang). Untuk akses kepada control valve itu, memerlukan alat khas yang biasanya hanya ada pada pasukan bomba. Juga satu lagi alat berupa spanar khas berbentuk huruf ‘T’ digunakan untuk membuka valve yang akan mengalirkan air keluar dari pili bomba itu. Maknanya, walaupun tudungnya terbuka atau hilang pun, tiada air yang akan keluar dari muncung pili bomba itu.. Tudung itu hanya untuk menjaga muncung pili dari berkarat atau dirosakkan benang nya (thread) agar tidak mengganggu kelancaran tugas anggota bomba sewaktu memasang paip dari jentera bomba kepada muncung pili itu…
Sekadar apa yang dapat dikongsikan berdasarkan pemerhatian sewaktu anggota bomba menjalankan tugas. Seandainya komen saya ini salah di mana-mana, pohon maaf dan tolong perbetulkan.. (terutama anggota bomba yang membaca Ondscene)
pili yang tak ada tutup ada banyak di kawasan perumahan saya berkampiran kawasa lot kedai – lebih dari 4 yang saya nampak
paip bomba saya tunggu bulan depan….. tak sempat nak taip entri
Kujie recently posted..Jemputan Terhebat Seorang Blogger
bro.. sy ade 4 gmbr pili bomba yg mmg syok abis kalo tgk… tp masalahnya.. blog sy baru buat.. tp hampeh.. da berkali2 cuba buat posting.. xboleh jugak… http://www.ministryofdrift.blogspot.com/
plan nk bercerita tentang RC drift yg tgh ramai peminat bermain seluruh malaysia ni
salam. betul tue.. semua pili bomba mempunyai sekurang2 1 valve (penyekat) yang terletk dibahagian bawah pili dan ada juga yg memiliki valve kedua dibahagian atas pili. Cap (penutup) hose tujuaan utama adalah untuk melindungi laluan air dari masuk sampah, karat dan paling utama supaya haiwan tak buat sarang dlm pili bomba itu.. tapi kebiasaanya pili bomba memiliki 1 valve sahaja kerana untuk mempercepatkan proses.. sekian..
hasnizam recently posted..Modelling – Fatin