(4) Berita Pili Bomba – Dua Lagi Penyertaan
18 Jan 2011
Penyertaan diterima dari Shima-darlingbudsofnovember.blogspot.com dan Fuzayme - fuzayme.blogspot.com
Shima menyertakan entry dalam Kategori B – (Lain-lain)
Foto dirakamkan di Jalan Raja Laut, dan menurut Shima, pili bomba yang ditemuinya agak unik bentuknya, tetapi kedudukannya pula ‘menyorok’.
Ringkasan dari Shima:
“Pili bomba ini terletak di belakang Hotel Quality dan bangunan Lembaga Penduduk Dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Jalan Merpati, Off Jalan Raja Laut. Pili bomba ini dikelilingi pokok-pokok hiasan yang mungkin akan menyukarkan anggota bomba jika terjadi kebakaran di kawasan tersebut.”
Ada banyak foto-foto mengenai pili bomba yang ‘chubby’ ini di dalam entry Shima.
Blog Shima ada macam-macam, termasuk mengenai David Beckham!
Shima merupakan antara pembaca terawal ondscene sejak wujud lebih dua tahun lalu.
Bagi penyertaan dengan Kod PB006 ini pula, Fuzayme menyertakan penyertaan, juga dalam Kategori B dengan tajuk ‘Teman Setia Pili Bomba’.
Kanak-kanak di dalam foto ini kelihatan sedang memayungi pili bomba , menggambarkan seolah-olah pili bomba sebagai temannya.
Foto ini dirakam secara kreatif dan mungkin boleh dijadikan sebagai adaptasi betapa pentingnya menjaga pili bomba.
Blog Fuzayme juga ada berita kemalangan dan kehidupan seharian. Antaranya menghadiri persembahan okestra di Dewan Philharmonic, sebagai salah satu hadiah perkahwinannya. Fuzayme baru sahaja berkahwin…!!!
Nota:
Kujie telah menyediakan tutorial ringkas bagaimana untuk membuat blog.
Sila juga lawati blog makcik ini kerana begitu banyak nota ,panduan dan tips yang tip-top di dalam blognya.
Jangan malu, jangan segan. Kita semua sebenarnya sama-sama masih belajar.
Usahkan buat blog, ada juga antara kita yang masih tidak tahu macamana untuk membuka akaun email…
Tapi, ada juga yang tak tahu apa sebenarnya fungsi email…
Jadi, pergunakan sepenuhnya nota yang disertakan itu.
Selamat berposing… (tapi masih belum ada entry pose maut anda di pili bomba…)
Post Lain Yang Berkaitan
3 Comments
You must be logged in to post a comment.







Ye lah Pakcik….lupa nak bagitau hari tu
kena create akaun gmail
Kujie recently posted..Lelaki Tidak Jujur Mengorat Awek Sabah
susah nak jumpe kalau time kebakaran…
Aan Atan recently posted..Lagu Baru Black Eyed Peas Ada Sebut ‘InsyaAllah’ pada Minit 1-28
Punya dalam banyak2 hari,baru ptg ni dpt bukak blog..
Kat umah ada pili bomaba,sekali pili pecah…satu tmn perumahan main2 air yg banyak tu..siap basuh moto,kete lagi…yg paling suka…budak2lah…tpi syg x ambik pic…x terpikir pulak dan x tahu pun ada pertandingan pili bomba….melepas!!!