(5) Berita Pili Bomba – Penyertaan Tidak Lengkap
Salam semua
Saya menerima beberapa penyertaan yang tidak menepati syarat mudah yang ditetapkan.
Bagaimanapun saya tetap akan menyiarkan penyertaan anda, dan anda dibenarkan kemaskini blog anda dengan penambahan foto untuk pili bomba yang sama.
Bagaimanapun, ringkasannya, anda hanya perlu lakukan perkara berikut:
1- Emailkan 2 keping foto berlainan sudut pili bomba yang menjadi subjek anda. Sertakan masa, tarikh dan lokasi foto dirakamkan. Buat sedikit ringkasan mengenai foto yang dirakamkan
2. Setiap foto samada yang diemail dan di dalam blog anda, letakkan watermark berikut : pb ondscene – namabloganda.com (Sila rujuk penyertaan yang telah disiarkan sebagai panduan).
Butiran asas itu akan dijadikan sebagai sebahagian dari permarkahan dan keutamaan untuk melayakkan anda memenangi pelbagai hadiah yang disediakan.
Itu sahaja. Amat mudah. Selebihnya, anda berceritalah di dalam blog anda dan akan dikongsi bersama rakan-rakan lain yang klik pada link blog anda.
PB007- Pili Bomba Yang Tenggelam
PB008- Lagi Pili Bomba Hospital
Penyertaan Kod PB007 datangnya dari Salahudin blog beliau, My Diary
Foto yang dirakamkannya agak unik , dan saya kategorikan di bawah Kategori A (Kesalahan).
Bagaimanaun, Salahudin hanya menyertakan sekeping foto untuk penyertaan ini dan diharap, beliau dapat rakam beberapa keping foto lagi dan kemaskini di dalam blognya.
Sedutan dari blognya:
“Dari gambar kat situ aku boleh simpulkan yang restoran ni dulu sempit. Dah dekat lebih 10thn sejak aku sekolah aku x jemu makan kat restoran ni. Dulu lantainya pun buruk, cuma simen saja, skrg da letak lantai cantik. Expand lagi keluasannya utk memuatkan byk lagi pelanggan. Maklumlah setiap hari ramai pelanggan. Sampaikan da upgrade camni pun penuh juga, terpaksa lah aku duk makan atas pili bomba tu”
Blog My Diary menceritakan kisah kehidupan penulisnya. Anda patut baca entrynya mengenai saat-saat cemas ketika isterinya hendak melahirkan bayi pertama dan pengalaman berurusan dengan pihak kecemasan hospital untuk mendapatkan ambulan,
Akhirnya baby selamat dilahirkan di rumah, sebelum ambulan sampai…!!!
—————————————-
Penyertaan Kod PB008, sekali lagi dari Hasmizal (blog Pengalaman Irdina Sekeluarga )dan berkisar juga di kawasan hospital, tetapi kali ini di Hospital Tuanku Fauziah, Kangar, Perlis.
Entry ini Kategori A, Kesalahan – mengenai sikap pemandu yang meletakkan kenderaan sewenang-wenangnya berhampiran pili bomba.
Kepada anda yang lain, banyak pili bomba sedang menunggu…!!!
Post Lain Yang Berkaitan
4 Comments
You must be logged in to post a comment.




perghhh di simen tu siap
Aan Atan recently posted..Rupenye Gals Melayu Singapore pun haus ngn Awang Itam!!
Ahahaha, Restoran Nasik Ayam Taman Melawati, Ulu Kelang. Restoran ni memang famous. Lama juga la dia ada. Berhadapan dengan Lot Restoran Mamak, dulu Pejabat Pos Taman Melawati.
Actually, ini medan selera, bukan restoran pun. Tak tau macam mana bleh tertanam pili bomba tu.
Sorry, syarat penyertaan x brapa lengkap. Nanti update satu lg gambar pili tenggelam
uncle_dyn recently posted..Pili Bomba yang Tenggelam