(6) – Berita Pili Bomba – Dihambat Pemilik Kedai!
Ini ada satu berita tragis!
Rakan kita, Rozeman, dihambat/dihalau pemilik kedai kerana ‘cubaan beraninya’ merakamkan foto-foto ini…!!!
Anda boleh lawat blognya di sini : duniakami.com dan beliau menggelarkan pili bomba sebagai ‘supermodel kuning!!!
Penyertaan ini diberikan kod PB009 dan di dalam Kategori A (Kesalahan).
Lokasinya di Jalan Pasar, Kuala Lumpur.
Syabas Rozeman – anda layak dicalonkan jadi paparazi pili bomba!
Blog duniakami.com ada macam-macam di dalamnya. Penggunaan domain sendiri menjadikan blog ini ada gaya sendiri – banyak foto-foto menarik di dalamnya.
Nota:
Untuk Kod PB007 - Pili Bomba Yang Tenggelam, butiran mengenai foto telah diemailkan oleh Salahuddin @ Uncle Dyn
10.14 malam, 14 jan 2011 , Lokasi di Taman Melawati Hulu Klang.
Ada banyak lagi penyertaan yang telah dihantar, akan saya buat entry sedikit masa lagi. Malah ada antara anda yang menghantar beberapa lagi penyertaan.
Ye, anda dibenarkan menghantar seberapa banyak penyertaan.
Sila rujuk sini untuk maklumat lanjut.
Post Lain Yang Berkaitan
7 Comments
You must be logged in to post a comment.






Salam,
Tabik spring kepada sdr Rozeman. Kalau dah kena hambat tu, memang dah tau lah depa yang menghambat tu memang sedar pun buat silap
maknanya, ramai yang tahu buat salah, tapi buat-buat tak tau
Anyss recently posted..Kontes Cerita Paling Lawak Sedunia
Hahaha, syabas sdr Rozeman, kalo menang hadiah, bleh beli long-shot punya lens, tak perlu kene hambat lagi
Idea yang bagus, Tahniah
kenapa dia malu hhee ni kan glemer masuk Blog hhee
Glemer tu memang la glemer tp blog bro sham lagi gelemer tuh. Polis, penguatkuasa, bomba, dan banyak agensi kerajaan pun duk skodeng blog nih jugak. Karang tak pasal ada yg datang melawat kedai depa dengan surat cinta berbayar. Kihkihkih
azrina nur rusly recently posted..Amuk!!!
hhaahah.. terima kasih rakan-rakan sekalian.. apa nak buat, kalau dah buat kesalahan mungkin respon dia macam tu kot.. Tapi nasib baik tak hambat pakai kayu ke, penyapu ke, kayu besbol ke. heheheh..
Rozeman recently posted..Lelaki – Bujang vs dah kahwin
Memang sempoilah, Man… Congrats !!
Balai Bomba Pudu berdekatan saja tuh….di simpang empat! hahaha!