(7) Berita Pili Bomba – Pemburu Pili Bomba

Kali ini , rakan kita, Hazim – mengamuk.

Amukan Hazim menyebabkan banyak pili bomba tidak senang ‘terpacak’!

Hazim menghantar 3 lagi penyertaan, menjadikan setakat ini, 5 penyertaan telah dihantar beliau.

Semua foto dirakamkan sekitar Taman Malinja, Alor Star, Kedah.

KOD PB010 – Pili Bomba di hadapan rumah

Kategori A (Kesalahan)

8.18 pagi, 22 Jan 2011 - Taman Malinja, Alor Star Kedah

Penerangan ringkas mengenai foto ini dari Hazim:

Baru-baru ni semasa Thaipusam di P.Pinang kita dah dengar ada kereta terbakar. Ini bererti kereta berisiko untuk terbakar. Tapi dalam gambar di atas kereta dkt dgn rumah dan dpn kereta itu ada pili bomba. Kalau terbakar kereta dan terbakar rumah, ini merupakan halangan untuk anggota bomba memberi bantuan.

8.18 pagi, 22 Jan 2011 - Taman Malinja, Alor Star Kedah

Di bawah ini, penyertaan ke 4, KOD PB011 – Pembakaran Terbuka di Pili Bomba

Kategori A (Kesalahan)

8.25 pagi, 22 Jan 2011 - Taman Malinja, Alor Star Kedah

Penerangan foto:

Keadaan ini sungguh serius manakan tidak pili bomba memang dah berasap kerana ada pembakaran terbuka dilakukan oleh mereka yang tak bertanggungjawab. Nasib baik pembakaran ini tidak besar tapi kemungkinan besar saluran pili bomba ini sudah menerima kesan pemanasan.

8.25 pagi, 22 Jan 2011 - Taman Malinja, Alor Star Kedah


Dan penyertaan ke 5 Hazim ialah mengenai pili bomba yang ‘menyorok’ di celah pokok lengkuas.

KOD PB 0012 – Pili Bomba Di Celah Pokok Lengkuas

8.40 pagi, 22 Jan 2011 - Taman Malinja, Alor Star Kedah

Kalau tuan2 semua tahu, nak ambil lengkuas bukan mudah kalau tak kena dgn cangkulnya…dalam keadaan ini nak ambil macam mana lengkuas sebab ada pili bomba…Nampak tak ada pili bomba di celah tu? Mungkin sukar untuk kita perasan.

8.40 pagi 22 Jan 2011 - Taman Malinja, Alor Star Kedah

Kepada anda yang masih tercari-cari pili bomba untuk dijadikan model, cuti panjang ini anda boleh cari sepuas-puasnya!

Post Lain Yang Berkaitan

5 Comments

You must be logged in to post a comment.