(8) – Berita Pili Bomba – Tolong Selamatkan Saya!
Cabaran Foto Pili Bomba Menerima Banyak Lagi Penyertaan.
Saya meminta anda supaya dapat memenuhi syarat minima yang dikenakan terutama bagi memudahkan saya memproses penyertaan yang dihantar.
Bagaimanapun, saya tetap menerima penyertaan anda, kerana usaha anda untuk ‘memburu’ pili bomba, amat dihargai.
Yang paling penting – emailkan 2 foto sahaja yang diletakkan watermark, dan sertakan butiran ringkas termasuk masa, tarikh dan lokasi foto dirakam.
Berikut saya siarkan beberapa lagi penyertaan , dan anda boleh melawat blog mereka untuk mengetahui butiran lanjut.
——————————————————
Kategori B
Ini merupakan penyertaan blogger Hazim yang ke 5. Nampaknya Hazim amat berminat dengan pelbagai ‘karenah’ pili bomba yang ditemuinya!
Tahniah hazim, dan anda boleh baca entry lanjut di dalam blognya .
Keunikan dia membuat saya tertarik. pada lubang pili itu ada macam lengan khas dan ada telinga iaitu pili untuk buka saluran air. Di hadapan pula ada satu lubang yang ditutup. Namun tidak pasti adakah kegunaan lubang tersebut.
PB014 – Pili Bomba Tumpang Lalu
Kategori B
Ini penyertaan ke 6 Hazim, dan usahanya memburu pili bomba, berjaya mendedahkan kepada kita pelbagai gaya pili bomba yang ada.
Pili Bomba Tumpang Lalu. Itulah tajuk sesuai yang ingin saya ceritakan. Pili ini duduk di tengah2 laluan orang untuk pergi makan ke restoran, dan apabila hujan, ia menjadi tempat laluan air dari bumbung. Jika saudara perhatikan, ada sebuah lubang utk laluan air turun dari bumbung. Uniknya juga, ada sebuah batu berukuran 2kaki x 3 kaki dihadapannya yang tertera ‘H’.. agak kreatif. tapi dalam situasi ini bagi pili bomba itu ‘H’ yang sesuai ialah ‘Help’
Pili ini telah tertanam separuh badannya. Telinga (tempat tutup lubang pili) sudah lama tertanggal dan hilang entah ke mana. Kesian nampak pili ini dilakukan sebegini. Bayangkan jika badan kita ditanam separuh dan dicabut2nya..pasti kita akan meminta pertolongan..” Help…Help” (agak2 kalau pili tu boleh suara la kan..panggil help!!!”)
———————————————————————
Kategori A
Yang ini, penyertaan dari Farhan – keunikan pili bomba yang diikat!
Farhan baru sahaja berjinak-jinak dalam dunia blogging, dan anda boleh baca beberapa entry yang ada di dalamnya.
penerangan : pili bomba ni xde ape yg pelik.. cuma ada org ikat tali antara tong sampah dgn pili bomba.. lepas tu ada org parking kereta kat kawasan depan pili bomba ni
————————————————————-
PB016 – Tolong Selamatkan Saya!
Kategori A (Kesalahan)
Ini penyertaan dari Nurul Izaniah dengan foto yang dirakamkan di Kelantan.
Blognya masih segar – kerana entry ini merupakan entry pertamanya sejak baru memasuki dunia blogging 1 Feb lalu.
Foto yang dirakamnya dan juga ‘caption’ nya amat menarik – Tolong Selamatkan Saya!
Ye, kita tengokpun, rasa macam tersangkut kat leher!
Foto Pili bomba ini telah di ambil di Kg. Kraftangan di Kota Bharu,Kelantan. Kedudukannya terletak di tepi kaki lima berhampiran di Kg Kraftangan dan Pasar Besar Siti Khadijah. yang telah di batubatakan.
——————————————————–
PB017 – Supermodel Yang Bersedih
Ini penyertaan kedua Rozeman, dan tajuknya juga macam tajuk dalam PB016 di atas.
Rozeman masih mengekalkan pili bomba sebagai ‘Supermodel’ untuk dirakam foto-fotonya!
Lawati blog beliau mengenai entry ini – banyak foto-foto disertakan.

Penerangan Ringkas – Pili bomba seperti terbiar dan tak pasti masih berfungsi atau tidak. Berada disebelah tempat meletak kenderaan yang SAH. Penutup kedua-duanya telah hilang dan terdapat sampah sarap didalamnya..
Banyak lagi entry yang menyertai cabaran ini akan disiarkan!
Post Lain Yang Berkaitan
2 Comments
You must be logged in to post a comment.












Thx abg. Sham kerana terima penyertaan pertama saya. Warghh ni semangat nak cari pili bomba lagi lepas nihh…hehe
zennaya recently posted..Tolong selamatkan saya
terima kasih bro… heee~ insyaAllah akn masukkan lagi 2 pili bomba… agk busy skrg nih
akuhann recently posted..Pili Bomba hehe