(9) – Berita Pili Bomba – Semakin Menarik
Foto ini menarik, malah jika berminat, boleh dijadikan wallpaper!
Ia kelihatan klasik - hasil rakaman oleh blogger Muhamad Yusoff @ Kaki Motors
Penyertaan semakin rancak dan makin banyak yang kita ketahui mengenai ‘rahsia’ pili bomba!
——————————————————————-
PB018 – Pili Bomba, Parking Kereta & Tourist Attraction
Kategori A -Kesalahan
Foto ini di rakam nun jauh di Rantau Panjang, Kelantan . Terkenal dengan blognya, Great Teacher Onizuka , Nur Iman @ eyriqazz merakamkan foto ini ketika melawat tempat tersebut.
Lawati blog beliau, yang mungkin sudah tidak perlu diperkenalkan lagi! Pelbagai tips boleh anda temui didalamnya!
Penerangan : Bersebelahan Pili Bomba dijadikan tempat “Illegal Parking” di Rantau Panjang, salah satu tempat shopping popular di Kelantan.
————————————————————–
PB019 – Pili Bomba Sebagai Divider
Kategori B
Awas kepada drifter-drifter! Kenderaan anda boleh terbelah dua di sini!
Itu amaran rakan kita, Muhamad Yusof dalam entry di blognya mengenai pili bomba ini. Lokasinya di Padang Rengas, Perak.
Ianya unik dan menurut Muhamad Yusof, kedudukan pili bomba itu tidak pernah menyebabkan kemalangan jiwa malah ia lebih dikenali sebagai ‘divider’ di sini.
Pili bomba ini berada di tengah2 jalan kampung yg menjadi laluan harian penduduk kampung. Bagi yang pertama kali melalui jalan ini akan berasa kehairanan. Inilah keunikan yang ada di kampung saya.
———————————————————————–
PB020 – Pili Bomba & Keegoan Manusia
Kategori A ( Kesalahan)
Penyertaan ini dari rakan kita yang baru berjinak dalam dunia blogging – Shukri. Tahniah.
Di dalam blognya, Blogku, anda juga boleh baca berita kemalangan jalanraya, ala-ala ondscene katanya!
pili bomba ini tidak ada cacat celanya akan tetapi perbuatan sesetengan manusia yang ego dan bersikap pentingkan diri sendiri menyebabkan orang yang mengalami kecemasan akan merana.
—————————————————————–
Teruskan menghantar penyertaan anda – banyak pili bomba menanti anda!
Post Lain Yang Berkaitan
5 Comments
You must be logged in to post a comment.










haha sadis betul tgk pili bomba tgh jalan tuh.. hahaha…
akuhann recently posted..Pili Bomba hehe
wahhhh brother.. aku agak ketinggalan ler..
nak masyukkk gak…
nur misnan recently posted..Gerakan pemindahan rakyat Malaysia dilaksanakan
tengok ‘model kuning’ yang dia org post, geramnya…
saya dah ada dalam draft, entah bila nak publish
tunggu saat akhir kot..tapi sy mcm tak layak bertanding, saja nak post utk suka2 bagi sokongan kt orang lain.
Kujie recently posted..Gembira Walau Tak Menang Acer Aspire One
kesian nya…ramai yang tak ambik endah benda remeh mcm nie…
zr8 recently posted..ZR PERFUME ONLINE SHOP
Salam….sebuah restoran di Putatan, sabah lagi menarik……..Sebuah pili bomba ada dalam sebuah restoran di sana…..Macam manalah pihak Majlis Daerah boleh luluskan pembinaan restoran berkenaan….gambarnya di sini….
http://a4.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc6/hs068.snc6/167851_196855583662797_100000150708606_865584_6271034_n.jpg