(1) Berita Pili Bomba – Penyertaan Pertama Diterima

Perhatian: emailkan penyertaan anda kepada : [email protected]

Kuala Lumpur

Cabaran Foto Pili Bomba menerima penyertaan pertamanya dari pembaca ondscene, Zul namanya.

Saya siarkan 2 keping foto yang dikirimkannya untuk cabaran ini.

Ini blog Zul – Tak Tergambar nama blognya.

7.07 pagi, 28 April, 2010. Lokasi- Lorong Medan Tuanku, K Lumpur

Foto ini dirakamkan 28 April tahun lalu,dan di bawah kategori A- Kesalahan, dan diharap, kes ini telah diambil perhatian dan tindakan oleh pihak bomba.

Yang menariknya, Zul juga menyertakan peta lokasi foto ini dirakamkan.

Anda boleh lawat Tak Tergambar untuk mengetahui artikel penuh mengenai kisah pili bomba ini.

Nota – menjawab soalan Uztaz Love, mengenai syarat no 16, 17 dan 19- saya memang sengaja menulis syarat mengenainya begitu.

-  pcmedic2000 – ye, hanya pili bomba berwarna kuning sahaja (selenggaraan/seliaan Jabatan Bomba dan Penyelamat) yang layak menyertainya. Pili bomba berwarna lain  seperti merah bukan dibawah seliaan Jabatan Bomba dan Penyelamat.

-mijie – benar, anggota bomba dan mana-mana agensi lain yang menggunakan pili bomba dalam operasi mereka, boleh menyertai cabaran ini.

- Setiap penyertaan untuk Cabaran Pili Bomba ini, saya akan membuat review ringkas untuk blog yang menyertainya dan menyertakan link untuk anda lawati.

Kepada yang masih tercari-cari pili bomba, silalah mencarinya…!!!

Sekian Berita Pili Bomba kali ini…

Post Lain Yang Berkaitan

7 Comments

You must be logged in to post a comment.