Cabaran Foto Pili Bomba Ondscene

Pertandingan ini mudah dan tidak memerlukan komitmen tinggi seperti Cabaran Berita Ondscene

(Kemaskini jam 10.20 pagi, 7 Jan 2011 – syarat no.7,11 dan 22)

CABARAN FOTO PILI BOMBA ONDSCENE

Hadiah-hadiah

Kamera Digital

Telefon Bimbit

Perkakasan Elektrik

Peralatan Audio-Video

Peralatan Elektronik

Pili Bomba Alat Pemadam Api

dan pelbagai lagi

Mengikut Akta Perkhidmatan Bomba 1998 (Akta 341), Seksyen 26, mana-mana orang menutup, mengepung atau menyembunyikan mana-mana pili bomba hingga menjadikan tempatnya sukar dipastikan, atau mengganggu mana-mana pili bomba, atau menggunakan pili bomba selain daripada tujuan menentang kebakaran adalah melakukan suatu kesalahan.

Mengikut Akta Perkhidmatan Bomba 1998 (Akta 341), Seksyen 58, mana-mana orang yang melakukan sesuatu kesalahan di bawah Akta ini yang tiada penalti diperuntukkan dengan nyata baginya apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit (RM 5000.00) atau penjara selama tempoh tidak melebih tiga tahun atau kedua-duanya.


ondscene.my tidak akan bertanggungjawab jika anda dikenakan tindakan pihak berkuasa jika kenderaan atau anda sendiri melakukan kesalahan terhadap pili bomba yang menyertai pertandingan ini.

Tujuan:

1. Memberikan kesedaran kepada masyarakat betapa pentingnya kita sama-sama menjaga pili bomba khasnya dan peranan anggota Bomba dan Penyelamat amnya.

2.Mendedahkan kepada umum sebarang salah laku masyarakat kita yang tidak bertanggungjawab terhadap pili bomba.

3.Penghargaan ondscene kepada pembaca blog ini yang memberikan sokongan mereka selama ini.

4.Memberikan peluang untuk pembaca meningkatkan trafik blog mereka dengan menyertai pertandingan ini.

Syarat dan Peraturan

5. Semua pembaca blog ini layak menyertai pertandingan ini, dengan syarat mereka juga mempunyai blog sendiri. Jika anda masih belum mempunyai blog, silalah mulakan langkah itu segera.

6a. Pertandingan bermula  6 Januari 2011 dan berakhir  28 Februari 2011.

6b. Tarikh tutup dilanjutkan sehingga 31 Mac 2011.

7. Pertandingan ini dibahagikan kepada 2 kategori:

A- Kesalahan – Foto mengenai sebarang salah laku seperti termaktub di dalam Akta Perkhidmatan Bomba 1998 (Akta 341) Seksyen 26. Boleh juga rujuk artikel ini

B – Unik & Pelbagai – Apa sahaja foto mengenai pili bomba. (Contoh – pili bomba unik , rosak / vandalisma , antik dan sebagainya.

Anda dibolehkan untuk beraksi sebagai model bersama pili bomba tersebut.

8. Hanya pili bomba berwarna kuning sahaja dibenarkan sebagai subjek fotografi anda.

9. Penyertaan dari anggota bomba dan mana-mana agensi yang menggunakan pili bomba ketika sesuatu operasi, dibenarkan menyertai pertandingan ini.

10. Anda boleh menghantar seberapa banyak pertandingan sehingga tarikh tutup – tiada had.

11. Dalam kes di mana pili bomba yang sama , turut dirakam oleh peserta lain, maka peserta yang pertama menghantarnya sahaja yang akan diterima penyertaannya. Yang lain-lain, sila cari pili bomba lain. Peserta terdahulu menghantar akan dilihat pada rekod masa dan tarikh pada email yang diterima ondscene.

12. Foto hendaklah foto yang dirakam sendiri dan bukan diambil, salin, scan, tampal, edit dari sumber lain seperti blog, laman web, buku, majalah atau mana-mana medium lain.

13. Foto yang dirakam dan memasuki pertandingan ini hendaklah tidak pernah disiarkan di dalam mana-mana medium seperti akhbar, majalah, blog, laman web dan seumpamanya.

14. Sebarang penipuan, ubahsuai pada foto dan ciplak/cetak rompak, akan menyebabkan semua penyertaan anda akan dibatalkan.

Syarat untuk pili bomba:

15. Satu pili bomba hanya dibenarkan untuk sekali penyertaan sahaja. Pili bomba yang sama tidak dibenarkan memasuki pertandingan ini  lebih dari sekali.

Contoh : hari Isnin, anda mengambil foto kereta diletakkan di pili bomba itu, Hari Selasa, di pili bomba yang sama , sebuah kereta kebal diletakkan juga disitu. Kemudian anda menghantar dua penyertaan untuk dua kejadian itu. Secara otomatik, penyertaan kedua dan seterusnya dibatalkan.

16.Pastikan anda berwarna kuning. Jika anda berwarna merah, hijau , ungu atau lain-laian warna, anda tidak layak menyertainya.

17. Anda adalah pili bomba yang berada di Malaysia. Sebarang penyertaan dari saudara-mara di luar Malaysia, akan dibatalkan.

18.Sila pastikan jurufoto yang merakamkan foto anda, tidak mengalih, mencabut, mematah atau melakukan perlakuan yang menyalahi undang-undang semata-mata untuk menyertai pertandingan ini. Sebarang rayuan tidak akan dilayan.

19. Jika anda merupakan pili bomba yang memang telah tercabut atau patah dan seumpamanya dan tidak berfungsi lagi, anda juga layak untuk disertakan di dalam pertandingan ini.

Kemudian , Apa Perlu Dilakukan?

20. Rakamkan beberapa keping foto pili bomba itu.

21. Buat 1 artikel ringkas mengenainya di dalam blog anda dengan maklumat berikut diwajibkan:

- Tarikh , masa dan lokasi foto dirakamkan. Sekurang-kurang 3 foto dari pelbagai sudut hendaklah dimasukkan di dalam entry blog anda.

22. Pilih 2 foto terbaik, kemudian emailkan kepada ondscene.sham@gmail.com butiran berikut:

-  nama penuh

- kategori A atau B

-  penerangan ringkas

- pautan blog anda.

23. Sila letakkan ‘watermark’ /tulisan berikut pada bahagian bawah di atas setiap foto diikuti alamat blog anda -

pb ondscene – blog-anda.xyz

24. Foto terbabit akan disiarkan di dalam blog ini dan pautan blog anda supaya rakan-rakan blogger lain dapat membaca berita lengkap di dalamnya.

Keputusan

25. Pemenang akan diumumkan pada pertengahan April 2011

26. Majlis penyampaian hadiah akan diadakan di satu lokasi yang masih belum ditetapkan

27. Seorang peserta hanya layak memenangi 1 hadiah sahaja.

28. Pemenang akan diadili berpandukan beberapa kriteria seperti keunikan foto dan peristiwa yang berlaku.

29. Keputusan adalah muktamad

Butiran ini akan dikemaskini dari masa ke semasa.

Post Lain Yang Berkaitan

47 Comments

You must be logged in to post a comment.