PERHATIAN

Blog ini adalah adaptasi dari blog asal : ondscene.blogspot.com
Banner ini hasil ciptaan kerrel http://www.kerrelynn.blogspot.com

Categories

Akhirnya Kantoi – Jual Hidupan Liar di Internet

Hot:

 

Shah Alam
Selangor

28 Jan 2010

Kepada yang minat berniaga di internet, agak-agaklah jika nak jual barangan.
Akhirnya, 3 lelaki menerima padah apabila pelanggan mereka sebenarnya ialah penguatkuasa dari Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara, Perhilitan.
Mereka mengiklankan haiwan yang dilindungi di bawah Akta Hidupan Liar 1972 sebagai barangan untuk dijual di internet termasuk di portal mudah.my
Kes pertama pada 23 Jan 2010 lalu, apabila seorang lelaki berusia 23 tahun ditahan bersama seekor burung kelicap kunyit (zosterops palpebrosa) di dalam sebuah kereta di Taman Maluri, Kuala Lumpur
Juga pada 23 jan 2010, seorang lelaki berusia 30 tahun ditahan di rumah kediamannya di Bandar Baru Bangi dan merampas 2 ekor burung murai batu (copsychus malabaricus)

Dan pada 26 Jan lalu, seorang lelaki usia 28 tahun ditahan di tempat letak kereta Jusco Bukit Tinggi, Klang dan merampas 2 ekor green iguana diletakkan di dalam kereta miliknya.

Share/Save/Bookmark

Ular Sawa Telan Kucing

Hot:

 

Pangsapuri Pahlawan
Taman Tun Perak
Cheras
Kuala Lumpur

22 Jan 2010

Akhirnya, misteri kehilangan haiwan peliharaan terutama kucing, terjawab.

Rupa-rupanya sang batik yang ‘menghilangkan’nya…

Ular sawa ini ditemui penduduk berhampiran kawasan tempat letak kereta Pangsapuri Pahlawan, Taman Tun Perak, Cheras.
Dan ular sawa seberat kira-kira 20 kg dan panjang lebih 3 meter ini kemudiannya ditangkap setelah kekenyangan menelan seekor kucing.
Haiwan ini walau dalam keadaan apapun, ia tidak melakukan sebarang kesalahan kerana mungkin habitatnya telah diganggu, ataupun mungkin keadaan sekeliling yang menyebabkan dia bersarang di situ.

Dan haiwan ini juga perlu makan untuk meneruskan kelangsungan kehidupannya.

Share/Save/Bookmark

Sentuh dan Pegang RM5, Bergambar RM10…

Hot:

Shah Alam
Selangor
17 Dis 2009
Kes yang ini lain pula. apabila selain dari berniaga haiwan yang dilindungi tanpa lesen, ia juga mengenakan bayaran jika anda hendak menyentuh ular-ular ini…
Dan untuk bergambar pula dengan ular ini, lain pula bayarannya.
6 ekor ular ini dirampas dari sebuah kedai haiwan peliharaan di Dataran Shah Alam semalam.

3 ekor Ball Phthon, 2 ekor Burmese Pyhton dan seekor Ular Sawa Batik dirampas.

Dari bekas/sangkar ini, dikesan bahawa kedai ini mengenakan bayaran seperti:

Sentuh dan pegang Ular, bayaran RM5

Dan untuk bergambar dengan ular ini, RM10.

Perhatikan ejaan yang tunggang-langgang, namun bagi mereka ini, yang penting, dapat duit.

Share/Save/Bookmark

Anak Landak Yang Malang…

Hot:

Shah Alam
Selangor
17 Dis 2009

Usianya mungkin hanya baru beberapa hari.

Namun, akibat kerakusan manusia sendiri, anak Landak Raya (hystrix brachyuran) ini telah menemui ajalnya.
Dan dipercayai, bukan ini sahaja yang mati, dipercayai banyak lagi yang mati apabila manusia lebih mementingkan wang dari nilai nyawa itu sendiri.
Itu baru melibatkan nyawa binatang, kerana manusia juga tetap ada yang bersikap kejam terhadap manusia itu sendiri.
Anak landak ini ditemui telah mati ketika serbuan dilakukan di sebuah rumah di Jalan Kuang Batu 19, Rawang, Selangor 15 Disember lalu.
Manakala seekor lagi ditemui dalam keadaan cedera di kepala.
Serbuan dilakukan 5 anggota penguatkuasa Perhilitan Selangor  diketuai Penolong Pegawainya, Mohd Firdaus Hasbullah.

Serbuan pertama, 13 ekor Landak Raya dewasa yang masih hidup dan seekor anak landak yang telah mati ditemui di bawah rumah seorang pesara kerajaan berusia 50 tahun.

Share/Save/Bookmark

Spesis Ikan Buaya/Crocodile Fish

Hot:

 

Keramat  Permai,
Kuala Lumpur
20 Nov 2009
Malam tadi, saya mendapat panggilan mengenai penemuan ikan ini, tetapi oleh kerana tugas yang banyak, saya tangguhkan untuk pergi hari ini.

Pesan saya, jangan bagi ikan tu mati…

Share/Save/Bookmark

Burung Nuri Terbang Jauh

Hot:

Share/Save/Bookmark

Taktik Cubaan Seludup Burung Murai Batu Gagal

Hot:

Ibupejabat Perhilitan
Cheras
Kuala Lumpur
Harganya di pasaran ada yang mampu mencapai sehingga RM10,000 seekor.

Ia menjadi buruan pihak yang gemar memelihari haiwan peliharaan.Namun, ia menjadi kesalahan untuk menangkap, menjual dan memilikinya.
Oleh kerana pasarannya yang begitu menggalakkan terutama di luar negara seperti China, Eropah dan Amerika Syarikat, ada pihak yang sanggup menyeludupnya ke luar negara.
6 Jun lalu, seorang buruh warga Indonesia ditanah di Kompleks LCCT Sepang kerana cubaan menyeludup 10 ekor burung murai batu (copsychus malabaricus).

Semua burung murau batu ini disorokkan setiap seekor di dalam paip PVC yang telah dipotong mengikut panjang burung tersebut.
Ia kemudian diisi ke dalam sebuah kotak dan dengan selambanya lelaki tersebut membawa bungkusan kotak itu.

Share/Save/Bookmark

Tulang Harimau Ni Nak Buat Apa…

Hot:

Ibu Pejabat Perhilitan
Cheras
Kuala Lumpur
10 Jun 2009Mungkin untuk tujuan perubatan tradisional.
Kerana rakyat Malaysia selalunya percaya kepada benda-benda mengarut ni, maka benda-benda macam ni laku di pasaran gelap.
Oleh sebab itu, penyeludup menggunakan apa jua cara, atau sanggup buat apa saja untuk dapatkan benda begini untuk dijual.Pulangannya amat lumayan.

Serpihan tulang dipercayai milik seeokor harimau belang (panthera tigris) ini ditemui di dalam sebuah kereta dinaiki dua lelaki di Lebuhraya Timur Barat berdekatan Grik, Perak.
Hasil maklumat, sepasukan anggota dari Wildlife Crime Unit, Perhilitan bersama anggota Polis, melakukan pemeriksaan pada kereta yang mencurigakan itu, 30 Mei lalu.

Hasil pemeriksaan , ditemui:

Share/Save/Bookmark

Gigi Harimau, Gading Gajah

Hot:

Kuala Lumpur
5 Mac 2009

Tidak ramai mengetahui bahawa, memiliki, menyimpan, menjual haiwan samada yang masih hidup atau dijadikan perhiasan yang tertakluk di bawah Akta Perlindungan Hipudan Liar, adalah menjadi kesalahan yang boleh membawa hukuman denda dan penjara.

Tidak kurang yang mengetahui kesalahan itu, tetapi tetap menyimpan atau melakukan aktiviti yang sebenarnya memberi keuntungan lumayan.

Permit diperlukan untuk memiliki atau menjualnya yang dikeluarkan oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara – Perhilitan tertakluk dengan beberapa syarat.

Share/Save/Bookmark

RALAT – Foto Biawak ini tidak dapat di’remove’…!!!

Hot:

RALAT -

Share/Save/Bookmark

Siapa Yang Nak Makan Biawak Ni…

Hot:

Kuala Lumpur

Share/Save/Bookmark

Kepak Ayam + Musang + Babi Hutan + Kuku Beruang + Peha Rusa

Hot:

Kepong

Share/Save/Bookmark

Bungkusan Misteri Telah Ghaib

Hot:

Bukit Antarabangsa
Hulu Klang
Selangor
9 Disember 2008

Tinjauan pagi tadi, mendapati bungkusan makanan yang dibuang di sini semalam, telah ghaib dan dipercayai telah diambil oleh pihak-pihak tertentu…

Misterinya di sini, bagaimana hanya bungkusan makanan itu sahaja yang ghaib, tetapi yang telah bertaburan tidak diambil.
Dan siapakah yang mengambilnya?
Jika nak dikatakan babi-babi hutan itu yang ambil atau makan, langsung tak lojik…
Update me when site is updated

Share/Save/Bookmark

Bungkusan Makanan Misteri

Hot:

Jalan Kelab Ukay Utama

Bukit Antarabangsa
8 Disember 2008

Tetapi, apakah yang dimakan oleh babi-babi anak beranak 8 ekor itu?

Share/Save/Bookmark

Babi Kebuluran Di Bukit Antarabangsa

Hot:

Share/Save/Bookmark