ShareKuala Lumpur 20 Disember 2008 Kepada sesiapa yang pernah memakan daging biawak, tentu tau apa keistimewaannya. Dan kerana itulah ia menjadi buruan mereka yang hendak untung lebih, dan menjualnya kepada pembeli-pembeli sedia ada. Biawak Malaysia memang terkenal sebagai antara biawak yang paling sedap dimakan, samada dibuat sup, digoreng (bercili atau biawak halia), atau di panggang. [...]
Share Kepong Kuala Lumpur 19 Disember 2008 Kedudukannya yang terletak di dalam kawasan pasar, sukar untuk dikesan pihak berkuasa apalagi oleh orangramai. Aktivitinya secara kasar dan dapat dilihat ialah sebagai pengedar kepak ayam (chicken wings) dan udang yang telah dibuang kulit. Itu sahaja aktivtinya, tetapi mempunyai kawasan yang amat luas dan berada di dalam kawasan [...]
ShareTahukah anda, untuk menyimpan, memelihara, memiliki haiwan yang dilindungi memerlukan permit? Permit boleh diperolehi (dengan mematuhi beberapa syarat yang telah ditetapkan) dari Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara Perhilitan. Lang Hantu (blyth’s hawk eagle – spizaetus alboniger)Oleh kerana tidak mempunyai permit, maka tindakan boleh dilakukan kepada pihak yang menyimpan haiwan-haiwan tersebut. Oleh kerana itulah, [...]
ShareTangkak Johor Ketika umat Islam sedang menyambut Syawal, ada pula yang mengambil kesempatan untuk mencari rezki dengan cara yang agak janggal. Mencari dan menangkap ular sawa, kemudian dijual kepada peraih. Sasarannya ialah anak ular sawa. Kejadian pada hari raya kedua di sebuah ladang kepala sawit di Tangkak Johor itu , memperlihatkan sifat manusia yang tamak, [...]
Share Kuala Lumpur Tahukah anda, Yak (bos mutus) merupakan seekor haiwan yang dikategorikan hampir pupus dan disenaraikan sebagai spesis terancam. Ia hanya hidup di kawasan Asia Tengah seperti pergunungan Himalaya dan akibat dari hampir pupus ini, maka ia dilindungi sepenuhnya di bawah Akta Perlindungan Hidupan Liar 1972, Akta 76. Malaysia antara 173 negara di dunia [...]


