PERHATIAN Blog ini adalah adaptasi dari blog asal : ondscene.blogspot.com
Banner ini hasil ciptaan kerrel
http://www.kerrelynn.blogspot.com
|
Kuala Lumpur
12 Mac 2010
Anak seorang pelakon wanita veteran, ditahan sepasukan anggota polis di kediamannya di Kepong awal pagi tadi.
Anak lelakinya, yang juga seorang pelakon, ditahan bersama seorang wanita.
Polis menemui sejumlah dadah jenis kokain dipercayai bernilai lebih setengah juta ringgit di kediamannya yang dipercayai dijadikan sebagai makmal memproses dadah tersebut.
Polis berjaya mendapat perintah tahanan reman ke atas lelaki terbabit bagi membantu siasatan.
Posted by ondscene at Saturday, March 13, 2010 4 comments
Permanent link to this post (90 words, 6 images, estimated 22 secs reading time)
Pulau Indah
Selangor
1 Mac, 2010
Dahulu, penyeludup hanya menggunakan tongkang atau sampai, dan paling tidak menggunakan bot berkuasa kuda tidak lebih 100hp.
Kali ini, mereka semakin ‘advance’ kerana pendapatan dari kegiatan menyeludup amat lumayan.
Paling tidak, bot menggunakan enjin sangkut 200hp. Bukan satu, tapi dua enjin setiap bot, menjadikan 400hp.
Dan mereka juga kini mengecat bot berwarna hitam , seolah-olah bot pihak berkuasa.
Tengahmalam tadi, kira-kira 12-30 tengahmalam, sepasukan 3 anggota Pasukan Gerakan Marin Pelabuhan Klang diketuai Kpl Zulkifli Ajid menerima maklumat mengenai satu aktiviti penyeludupan.
Sebuah bot dengan beberapa lelaki dikesan di tengah laut dan sebaik memperkenalkan diri, bot terbabit dipecut laju ke arah hutan bakau Kuala Sungai Langat.
Penyeludup melarikan diri dan meninggalkan bot berwarna hitam itu dengan muatan rokok yang dipercayai diseludup dari Indonesia.
Pemangku Pegawai Pemerintah Markas Operasi Pasukan Gerakan Marin W1 Pelabuhan Klang, ASP Abu Bak Mohamad berkata, sejumlah 1580 kartun rokok Marlboro dan kretek pelbagai jenama ditemui dan dirampas.
Bot dan muatannya kemudian ditunda ke Pelabuhan Klang.
Sejak 3 hari lalu, saya terlalu sibuk dengan pelbagai tugasan /hal yang tidak memungkin untuk update blog ini sepantas yang boleh terutama kes membabitkan arwah adik Syafia Humairah.
Macam-macam diperkatakan mengenai kes penderaan yang amat kejam sehingga membawa kematian ke atas kanak-kanak ini pada 25 Feb lalu.
Oleh kerana pelbagai kontroversi yang timbul rentetan dari kes ini, saya tidak akan mengulas apa-apa mengenainya lagi.
This is a preview of Redhakan Pemergian Syafia Humairah Walaupun Tragis… . Read the full post (280 words, 7 images, estimated 1:07 mins reading time)
This is a preview of Update- Kanak-kanak Perempuan 4Tahun Mati Dipercayai Didera . Read the full post (239 words, 13 images, estimated 57 secs reading time)
MALAYSIA
26 Feb 2010
entry ini tiada foto…
Jam 8-30 malam semalam, dua lelaki membawa mayat seorang kanak-kanak perempuan ke Hospital, mendakwa mangsa mati akibat kemalangan jalanraya dan dakwa mereka, mangsa meninggal ketika dalam perjalanan ke hospital
Mereka kemudian meninggalkan hospital kerana mendakwa mahu membuat laporan di balai trafik. (yang sebenarnya, mereka melarikan diri)
Bagaimanapun, doktor mencurigainya, kerana keadaan mayat yang dipercayai telah meninggal dunia beberapa jam sebelum itu, kemudian menghubungi polis.
Terdapat kesan kecederaan teruk pada badan mangsa.
Mangsa dipercayai didera.
This is a preview of Kanak-kanak Perempuan 5 tahun -Mati Dipercayai Didera . Read the full post (144 words, 6 images, estimated 35 secs reading time)
Kg Setia Jaya
Setapak
Kuala Lumpur
19 Feb 2010
Tajuk berita Terkini di bawah sepatutnya berbunyi – Norlaili Akhirnya Pulang Ke Rumah, dan bukan seperti yang ditulis.
foto menyusul.
saya akan update berita ini secepat mungkin, tetapi yang pasti Norlaili Afizah @ Pijah telah selamat pulang ke rumah.
Semuanya selesai setelah remaja terbabit merasa amat bersalah akan tindakannya dan terlalu rindukan keluarga serta kasihan kepada mereka.
Bagaimanapun ,mengakui, perasaan cinta kepada Sarjo menjadikan dia bertindak di luar kawalan.
Sepanjang 6 hari kehilangannya, Norlaili bersembunyi di sebuah rumah di Sungkai dan merancang melarikan diri Rabu lalu menggunakan laluan haram.
========================================================
Perhatian :
Norlaili Aafizah @ Pijah, 19 tahun yang dilaporkan hilang 12 Feb lalu, telah ditemui beberapa jam yang lalu.
Berita lanjut dan perkembangan terkini akan saya maklumkan kemudian.
Di Manakah Norlaili Afizah
Posted by ondscene at Friday, February 19, 2010 0 comments
Permanent link to this post (56 words, 7 images, estimated 13 secs reading time)
Kg Setia Jaya
Setapak
Kuala Lumpur
14 Feb 2010
Surat ini ditinggalkan oleh remaja bernama Norlaili Afizah, 19 tahun, dan ditemui keluarganya setelah dia lari bersama seorang lelaki warga Indonesia, 12 Feb lalu.
Tidak diketahui di manakah dia sekarang, dan berkemungkinan besar telah berada di satu lokasi , berkemungkinan di Jawa Timur .
Saya siarkan sepenuhnya surat itu setelah saya menemui keluarganya di Kg Setia Jaya , Setapak sebentar tadi yang meminta bantuan untuk mengesan gadis ini.
ASSALAMUALAIKUM
Setapak
Kuala Lumpur
13 Feb 2010
1-30 pagi
foto dan berita menyusul
Suaminya telah menghilangkan diri sejak 5 bulan lalu.
Sejak itu, isterinya didatangi berpuluh orang menuntut hutang suaminya dan suaminya dipercayai berhutang dgn lebih 20 ahlong.
Terkini, jam 1-30 pagi tadi, keretanya dibakar. Baju baru untuk anak-anak dan mertua yang baru dibeli untuk Tahun Baru Cina yang ditinggalkan di dalam kereta, turut hangus.
Posted by ondscene at Saturday, February 13, 2010 0 comments
Permanent link to this post (88 words, 20 images, estimated 21 secs reading time)
Bandar Teknologi Kajang
Bukan mudah untuk mengesan kegiatan ini lebih-lebih lagi jika kedudukannya yang tersorok.
Sindiket yang berjaya ditumpaskan ini dipercayai telah beroperasi sejak kira-kira 3 bulan lalu.
Untuk ke lokasi, terpaksa melalui jalan berdebu dan berlubang-lubang berhampiran Kelab Golf Kajang Hill, Bandar Teknologi Kajang.
Hasil risikan dan maklumat awam, Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Langat berjaya membongkar kegiatan ini.
Diketuai Penolong Pegawai Daerah (Penguatkuasaan), Khairul Fahmi Mahmud bersama kira-kira 20 anggota dan dibantu pegawai dan anggota polis dari IPD Kajang, mereka berjaya menahan 9 orang.
Mereka berusia antara 20han hingga 50 han dan merupakan penduduk tempatan.
Dua dari mereka juga ditahan kerana cuba menghalang tugas anggota penguatkuasa ketika serbuan dilakukan.
4 buah lori dan 2 buah jengkaut bernilai kira-kira RM700,000 disita.
Ketika tiba, anggota sindiket sedang cuba membawa keluar pasir ini dengan lori tetapi berjaya dipintas dan ditahan.
Menurut Pegawai Daerah Hulu Langat, Zainal Abidin Aala, tanah ini adalah tanah hakmilik, bermakna pemiliknya juga akan dikesan dan akan dikenakan tindakan.
Bt 17
Jalan Rawang
Selangor
5 Feb 2010
Syabas kepada anggota polis dari IPD Gombak, kerana pada asalnya, serbuan dilakukan untuk kes lain, tetapi akhirnya menemui yang lebih besar.
Tangkapan dilakukan di dalam kilang ini bagi kes berkaitan dengan dadah, tetapi anggota polis merasa curiga barangan di dalam kilang lalu menghubungi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Gombak untuk kepastian.
Dan siasatan dilakukan bersama peguam dari sebuah syarikat minyak tersohor dan mengesahkan, semua barangan di dalam kilang di Batu 17 Jalan Rawang ini adalah barangan tiruan.
Ketika saya tiba di kawasan kilang ini, anggota penguatkuasa KPDNKK sedang melakukan siasatan dan pengiraan bfrangan yang dirampas.
Namun, ada satu halangan untuk saya membuat liputan apabila seorang lelaki (dari firma guaman) yang mewakili sebuah syarikat minyak, menghampiri saya.
Lelaki itu -”U siapa?”
Saya – “Kenapa? Ada apa masalah?”
This is a preview of Rampasan Minyak Pelincir, Minyak Gear,Minyak Brek – Semuanya Tiruan . Read the full post (711 words, 33 images, estimated 2:51 mins reading time)

Jalan Indah 13
Selayang Indah
Gombak, Selangor
3 Feb 2010
8 pagi
Siapapun akan terkejut, ketika pulang bekerja, setelah pintu rumah dibuka, menemui isteri yang sudah tidak bernyawa lagi.
Lebih menyayat hati apabila isteri ditemui dalam keadaan leher dijerut seutas tali.
Kejadian dipercayai berlaku awal pagi , ketika suami keluar bekerja.
Suami keluar bekerja di Pasar Borong Selayang kira-kira jam 12 tengahmalam dan meninggalkan isteri seorang diri, dan apabila pulang jam 8 pagi tadi, isterinya telah meninggal dunia.
Kejadian berlaku di rumah sewa pasangan ini di Jalan Indah 13, Selayang Indah, Gombak.
Pasangan ini telah tinggal di rumah sewa ini lebih 10 tahun lalu, di mana isterinya bekerja sebagai tukang cuci.
Ini merupakan suami kedua wanita terbabit yang pernah berkahwin sebelum ni, dan wanita ini mempunyai beberapa anak dari perkahwinan pertama yang tinggal di Indonesia.
Menurut jiran, anak-anaknya bekerjaya tinggi dan ada antaranya menjadi doktor.
Siasatan awal polis mendapati, penjenayah memasuki rumah ini dengan membuka cermin tingkap dan menyeluk tangan membuka tombol pintu dari arah dalam.
Penjenayah dipercayai lebih dari seorang.
Keadaan rumah yang berselerak menunjukkan penjenayah dipercayai melarikan barang kemas mangsa.
Kuala Lumpur
6 Jan 2010
Saspek utama yang diburu polis, Rashidi Ismail, 34 tahun berjaya ditahan polis sebentar tadi.
Rashidi dikehendaki polis bagi membantu siasatan pembunuhan 4 sekeluarga di Kg Batang Rokan, Gemencheh, Negeri Sembilan semalam.
Dia ditahan di LRT Masjid Jamek, Kuala Lumpur.
Posted by ondscene at Wednesday, January 06, 2010 0 comments
Permanent link to this post (66 words, 6 images, estimated 16 secs reading time)
|
WARNING !!! VIEW AND READ AT YOUR OWN RISK
The material on this blog may be offensive, frightening, indecent or objectionable
While every caution has been taken to provide my readers with most accurate information and honest analysis, please use your discretion before taking any decisions based on the information in this blog. Author will not compensate you in any way whatsoever if you ever happen to suffer a loss/ inconvenience /damage because of/while making use of information in this blog.
Creative Digital Media Nak Buang?
Jangan!!!
lawati blog ini:
http://mycreativedigital.blogspot.com
|
Recent Comments